Monday 10 June 2013

RESEPI - Nasi Ambeng


Seperti yang dijanjikan baru hari ada kesempatan untuk share resepi Nasi Ambeng. Jom kita tengok apa lauk yang terlibat dalam drama nie dan resepinya...









NASI AMBENG
Nasi Putih, Lauk Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng Jawa, Serunding, Mee/ Mee Hoon Goreng, Ikan Masin....

AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan
Ayam - 1 ekor( belah 4)
Kicap Manis - 1/2 cawan
Rempah - 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
Bawang besar - 3 biji ( sebiji dipotong bulat) **
Bawang putih - 3 biji **
Chili kering (ikut suka, nak pedas letak banyak) yang direndam dalam air panas**
Halia - 2 inci **
Serai - 2 batang (ketuk aje)
rempah kari - 1 sudu besar**
Santan kelapa RM1  (beli aje kat pasar)
Minyak masak

Cara-cara Membuat
1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Lulurkan dengan kunyit dan garam, goreng separuh masak.

2. Semua bahan yang bertanda ** dimasukkan kedalam blender..(air jgn lupa plak, nti meletop blender tu)

3. Tumis bahan2 dimulakan dengan rempah 4 sekawan bersama serai yang telah diketuk hingga pengsan..hehe..tumis hingga naik bau lah :) (nak lagi sedap masukkan ikatan daun pandan...harummm nti). Kemudian masukkan bahan2 yang telah diblender. Tumis lagi hingga naik bau dan naik minyak...

4. Masukkan kicap manis dan kacau lagi. dah mendidih masukkan santan pekat. Biar sekejap dan sebati masukkan ayam tadi. Tutup periuk kejap untuk mereneh. Biar hingga pekat, baru ditutup api.

5. Akhir sekali taburkan bawang yang dipotong bulat2, lada merah dipotong 2...Dah siap satu lauk...

SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan
Tauhu - 10 keping
Tempe - 10 keping
Kentang - 7 biji
Soon (rendam dalam air) - RM1
Bawang besar - 2 biji**
Bawang putih - 3 biji**
Bawang kecil (potong halus buat bawang goreng) - 10 biji
Sedikit daun sup
Lada kering - 10 helai
Halia - 2 inci**
Air asam jawa - 2 sudu
Santan kelapa - 5 sudu
Kicap manis - 4 sudu
Geng-geng penyedap (hati, pedal, babat, paru, udang basah) tetapi dalam resepi ni Leez guna hati dan pedal dari ayam tadi, direbus dan dipotong kecil-kecil (ingat jangan selalu makan benda2 dalam badan ayam.. bahaya tau hihihi)

Cara-cara membuat

1. Tauhu, tempe, kentang dipotong kotak2 kecil dan digoreng didalam kuali (jangan goreng sekali tau tapi satu2 dahulu dimulakan dengan tempe, kentang dan tauhu). Dah goreng ketepikan.

2. Bahan-bahan bertanda ** diblender bersama .

3. Tumis bahan-bahan diblender bersama lada kering yang telah digunting halus. Jangan lupa geng-geng penyedap tadi, tumis bersama. Setelah semua naik minyak, masukkan kicap manis, santan pekat dan air asam jawa tadi, renehkan.

4. Dah mendidih masukkan tempe, tauhu, kentang yang telah digoreng tadi. Kacau bersama dan masukkan sohon yang telah direndam dan dipotong2 tadi.

5. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan daun sop yang dipotong rampai...Tadaaa...dah siap
SERUNDING KELAPA

Bahan-bahan
Kelapa parut - 1 biji
Lada kering - 4 tangkai(rendam dlm air panas)**
Bawang besar - 1 biji**
Bawang putih - 3 biji**
Udang kering/ ikan bilis - segengam (rendam dan tumbuk)
Garam dan gula untuk perasa
Minyak sedikit untuk menumis

Cara-cara membuat

1. Blender bahan-bahan bertanda ** dan tumiskan bersama udang kering/ ikan bilis yang telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau

2. Masukkan kelapa parut, garam dan gula. Kacau hingga agak2 kering (tapi Leez suka kalau lembab sikit) Memang ada makan masa sikit buat serunding jadi dicadangkan buat lebih awal berbanding lauk2 lain. Dah ok, ketepikan...

MEE  ATAU MEE HOON GORENG

Mee ini terpulang pada anda...nak guna mee kasar atau mee halus/hoon (jgn guna mee teow atau spagethi..nanti x brape nak jawa pulak). Goreng mee nie xda undang2. Ikut sukahati koranglah..Ini boleh guna resepi sendiri...nak pedas atau tidak tetapi INGAT jangan guna banyak bahan sangat sebab ia akan dimakan bersama lauk2 yang lain...Mee bodoh(mee tanpa byk rencah) pun ok.

Akhir sekali goreng ikan masin bulu ayam atau apa2 ikan masin ikut selera sendiri. TAPI INGAT...lau semua lauk dah dimasak jangan lupa pulak masak nasi. Nanti x jadilah Nasi Ambeng tapi jadi Ambeng aje..hihihi.

Masa untuk menghidang
1.  Sediakan dulang besar(biasa orang buat kenduri)
2.  Letakkan daun pisang didasar dulang, diikuti oleh nasi putih (agak2 untuk 8 orang makan)
3.  Diatas nasi diletakkan daun pisang sebagai alas lauk-lauk yang terlibat.
4.  Susun ayam masak kicap ditengah, lauk-lauk lain diletakkan dikeliling ayam tadi (sambal goreng, serunding, mee goreng, ikan masin dan timun sebagai penyeri)
5.  Dah siap untuk dipotong 4 dan dibahagi kepada 4 orang jemaah kenduri...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com