Sunday 9 June 2013

RESEPI - Homemade Pizza



HOMEMADE PIZZA

Dough Pizza (dengan yis)

1 kg tepung gandum ( apa-apa jenama pun boleh, Leez pakai jenama 1 Malaysia)
1 peket mauripan
1 sudu garam
1 sudu gula (xnak letak pon bolehhh)
1 sudu besar minyak jagung/minyak zaiton
500 ml air (ala agak2 bila diuli dah x melekat kat mangkuk)

Cara-cara Membuat Dough (dengan yis)

1. 1 peket mauripan dicampur gula dan sedikit air suam (rehatkan sekejap). Lau dah nampak buih-buih  oklah tu...
2. Leez suka campurkan tepung dan garam sekali (gaya2 orang jaman dulu). Jangan lupa mixkan kedua-duanya,
3. Dah bercampur, tepung hendaklah dibuatkan lubang ditengah-tengah...tujuannya utk dimasukkan campuran mauripan/yis dan kawan2 dia tadi (gula dan air suam).  Perlahan-lahan gaulkan semua sekali. Uli sehingga dough tidak melekat di mangkuk.
4. Rehatkan dough sebentar kira-kira 15 - 20 minit (selalu Leez gunakan tuala lembab).
5. Bila dough dah naik sekali ganda. Tumbuk-tumbukkan dough bagi buang segala angin-angin dalam badan dough tu....Uli sekejap aje. pastu rehatkan sekali lagi
6. Setelah dia berehat selepas diurut, bahagikan dough kepada beberapa bahagian untuk buat crust pizza secukupnya. Dough digelek menggunakan penggelek mengikut sukahati kita (nak tebal gelek sikit tapi lau nak nipis gelek lebih-lebih sikit)
7. Untuk loyang pembakar, boleh gunakan loyang khas untuk bakar pizza (ada kat kedai menjual barangan kuih) atau Leez guna cara mak2 kita dulu...tutup periuk leper hihihi....permudahkan apa yang susah kan..kan..kan..
8. Akhir sekali dah boleh letakkan apa topping yang kita suka dimulakan dengan tomato corcomessan....sementara buat dough yg pertama jgn lupa tutup baki dough yang ada dalam mangkuk dgn kain lembab..

Cara-cara Membuat Tomato Corcomessan (diletakkan didasar crust pizza)

3/4 cawan tomato sos/ tomato pes pun boleh
1/4 chili sos
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang putih dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
minyak jagung/ minyak zaiton untuk menumis
Thyme/ Bay Leaves/ Daun Salam
garam untuk perasa

Tumiskan bawang dan bawang putih. Masukkan Thyme / Bay Leaves / Daun Salam. Kemudian masukkan tomato sos, chili sos, tomato potong dadu dan garam untuk perasa.  Kacau bersama sehingga sebati dan masak. Sekiranya sangar kering masukkan air sedikit.

Bahan-bahan untuk topping atas crust pizza

Cheese yang digunakan  :- Mozarella dan Parmesan

Topping perasa Hawaian :-
Nenas, Capsicum, Bawang Besar (dipotong bulat2), Ayam Panggang/ Sosej(di potong nipis), Cheese    pilihan

Topping perasa Sosej      :-
Sosej ayam / daging (dipotong nipis), Bawang Besar(dipotong bulat2), Cheese pilihan.

Topping perasa Sayuran  :-
Cendawan, Capsicum, Buah zaitun, Lobak merah(potong nipis), Cheese Pilihan

Topping perasa Melayu   :-
Sukahati nak letak apa...lau ada rendang lebih, hancurkan sikit campak aje atas crust pizza tu atau ada ayam/daging masak merah pun bolehhhh.

Dah topping bakar dalam oven selama 15 - 25 minit atau sehingga masak dengan suhu 180C....Tadaaaa...dah boleh ngap...nyum nyum nyum.

SENANG KAN......SELAMAT MENCUBA!!! 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com