Wednesday 5 June 2013

INGAT MENGINGATI.....X GITU?

Assalamualaikum....pernah buang sampah merata-rata, bakar sampah suka2 hati bila2 masa, buang lebihan makanan dilongkang atau melihat hutan gondol dek kerana kerakusan manusia durjana menarah secara haram...hish..hish...Eh! nape pulak so serious arini....Kalau nak tau hari ini 5hb Jun 2013 ialah hari ALAM SEKITAR SEDUNIA.....bila citer bab alam sekitar ini I get emotional sikit.

Sedih tau tgk keadaan dunia skg nie ianya dah melibatkan masalah GLOBAL...tempat x penah banjir tetiba banjir, tempat x penah ada salji tetiba ada salji...knape erk? (org Johor style hihi). SEBABnya  manusia dah x amik kisah pasal alam sekitar. Buang sampah suka2 hati aje.  Nak tau x  yg paling kelako sekali ada papan tanda Dilarang Membuang Sampah Disini tup tup kat bawah tulah tempat org buang sampah yang menimbun2...hish..hish..hish.  Pencemaran jangan citerlah...asap kete, asap ROKOK, asap kilang dan lain2....Disebabkan alam sekitar yang tercemar inilah memberi impak yang teruk kepada makhluk Allah dimuka bumi ini...Ramai manusia dah sakit ( sakit yg kadang2  x penah kita dgr sebelum ini), binatang2 semakin pupus ( akibat terminum, termakan yg tercemar),  tumbuh-tumbuhan mati akibat cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk (sb ozon dah nipis....)...Sebab tu sekarang ni byk kempen kerajaan berkenaan dgn GO GREEN sb x sanggup tgk keadaan bumi yang semakin teruk sekarang nie....WHAT WE GIVE WE GET BACK, Allah SWT mencipta alam ini untuk diimarahkan tapi manusia plak cuba nak musnahkannya...maka dimarahkanNYAdengan natijah untuk beri kesedaran agar kita melihat semula apa yg berlaku...


Jom pakat2 mulakan kesedaran dari rumah kita sendiri, dari  keluarga kita sendiri (pesanan untuk semua n diri sendiri juga) ok!! Then baru gi GLOBAL pulak...x gitu?..

Semalam aku sempat siapkan tempahan chesee tart blueberry/strawberry untuk customer...alhamdulillah rezeki..Mudah-mudahan ada lagi org yang akan membuat tempahan. Sambil-sambil buat tu, aku  tgk anakku Atiqah dan Hannany belek-belek blog aku nie....'Ibu kitaorg edit blog ibu ye?' kata Hannany, sukahati koranglah, jangan masukkan yang bukan2 sudah..hihihi. Kadang2 kita perlu memberi peluang n ruang utk anak-anak kita melahirkan kreativiti mereka(of causelah dgn pengawasan kita). Minda mereka perlu dikembangkan.  Dahlah cuti-cuti sekolah nie x dpt pegi mana2 at least ada benda yang nak dibuat.

Anak aku yang darjah 3 dan darjah 1 aku belikan monopoli versi Melayu...biar mereka belajar bagaimana nak menguruskan rm yg ribu riban tu....itukan matematik, belajar sambil bermain. Xpalah terikial-kial nak kira at least mereka dapat belajar n seronok.  Opal yang bongsu siap berangan nak beli PSP dgn duit monopoli tu hahaha.... BOLEHLAH SGT!!!....lau boleh akulah org pertama yg akan gunakannya utk beli barang2 yang aku suka WOW!! kaya...kaya...kaya...hahaha. Xpalah mungkin aku x kaya dari segi rm tapi aku ada saham yang paling berharga n lebih bernilai dari rm selain dari kesihatan n kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Anak-anak aku adalah saham papan utama, bila mereka berjaya itulah pulangan saham yang paling maksima sekali...sekarang nie kaunter saham dibuka utk mereka belajar n apabila kaunter saham ditutup nanti segala keuntungan adalah utk mereka juga, sebagai ibu n ayah kami hanya remiser mereka saja....Eh ala-ala saham plak...oklah tu...(teringat plak masa belajar dulu hihihi).

Oklah cukup...cukup...sudah, cukup sampai disini saja(cam lagu pulak) buat hari nie...esok sambung lagi....seperti biasa aku akhiri entry aku dgn sehari satu petua...


PETUA UNTUK HARI INI

Jika anda membuat kek keju (cheese cake) dan terlupa nak mengeluarkan dari loyang ketika suam dan membiarkan sehingga kek itu sejuk anda akan mengalami masalah kek akan terkopak disebelah tepi loyang. Untuk mengatasi masalah itu panaskan pisau diatas api sekejap dan lalukan pisau itu ditepi-tepi loyang itu, insyallah bahagian tepi kek akan terkeluar dengan mudahnya.  Petua ini juga terpakai untuk kek yang suka melekat-lekat di tepi loyang dan susah untuk dikeluarkan.....

SELAMAT MENCUBA !!!!!      -Lebih banyak petua di Petua-





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com