Tuesday 20 August 2013

Sehari Selepas Hari Lahirku..


Assalamualaikum.....sunyi aje pagi-pagi nie.....semua anak-anak dah ke sekolah...suami dah pegi kerja....tingggal aku tengah mengadap laptop nie...

Selamat Hari Lahirku yang ke .....(dah tua pun)...sudah sehari berlalu selepas bertambahnya usiaku...Pada orang lain, Hari lahir, pertambahan usia biasa aje tapi pada aku ianya terlalu penting.  KENAPA ?  Tahun ini merupakan tahun kembalinya semangatku yang telah hilang pada jangkamasa yang agak lama... mungkin 2 atau 3 tahun lepas. Berbagai perkara terjadi kepadaku...dan hanya aku sorang yang merasainya...orang lain mungkin akan kesian atas apa yang berlaku padaku tapi yang merasakannya adalah diri aku sendiri. Walaupun aku nie jenis happy go lucky macam xda masalah seperti sesetengah sahabat2 dan keluargaku sering mengatakannya....tapi hakikatnya bila aku bersendirian terutama sewaktu berada di sejadah menghadap Penciptaku aku akan mula menangis dan sentiasa berdoa agar aku diberikan kekuatan, pedoman, kuatkan imanku serta berilah aku Taufik dan Hidayah agar aku dapat meneruskan kehidupanku ini.  Amin Ya Allah Amin Ya Rahim......Syukur...

Agak sedih juga sebab semalam masing-masing terlupa tarikh keramat bagiku...terutama orang yang paling rapat denganku....bukan untuk meraikannya sebagai sebuah Pesta hebat tetapi cukup sekadar ucapan yang paling aku nantikan....Aku mahu semua orang merasakan semangatku yang telah kembali semula..kerana merekalah tulang belakang aku selama ini.  Hemmm.....

Keceriaanku kembali disebelah petang bila anak2 mula mengucapkan Happy Birthday ibu begitu juga dengan bonda tersayang di PD Hjh Zaliha bt Hj Nordin, adik-adik mula menghantar mesej, kawan-kawan menghantar ucapan di FB.....wah seronoknya...barulah ceria sikit suasana.  Aku keluar menghantar tempahan kek marble pada customer pun dengan hati yang berbunga-bunga...walaupun pokok yang sepatutnya pagi2 lagi dah wish kat aku masih belum bersuara....Keceriaan bertambah bila ada customer minta hantar contoh door gift untuk wedding anak saudara dia....Alhamdulillah....syukur rezeki nie...Syukur Ya Allah......

Malam sahabat suamiku datang bertandang sambil berhari raya...sempatlah masak kuew teow goreng tomyam...pelik tapi benar...aku kan memang suka mencuba sesuatu yang baru (tak sempat amik gambo dah licin satu mangkuk hehehe).  Mereka suka nampaknya...Anak-anak ajak keluar makan selepas tetamu pulang, untuk meraikan harijadi ibu mereka...TERIMA KASIH ANAK-ANAKKU tiba-tiba ada orang tu terperanjat dan berkata "EH HARI INI 20hb HARIJADI AWAK KAN"..............Hemmmm..........

PETUA UNTUK HARI INI

Open house nak buat puding tetapi puding lambat nak beku :
Caranya masukkan loyang yang akan digunakan ke dalam peti sejuk di tempat beku (bahagian frozen). Biarkan selama 20 hingga 30 minit.  Kemudian keluarkan.  Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi dan masukkan semula ke dalam peti sejuk(bahagian chiller aje).  Hasilnya anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.

SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -








Resepi - Puding Roti Murtabak Hidangan Untuk Berbuka Puasa !

Untuk Open House Hari Raya pun sesuai..Mudah, Murah Dan Cepat..

PUDING ROTI YANG TELAH SIAP DIMASAK..MEMANG TERANGKAT PUNYA..

BAHAN-BAHAN

1 bantal - Roti Gardenia ( apa-apa jenama roti pun ok aje tapi Leez guna Gardenia buatan Malaysia)
1 litre - Susu UHT/ susu cair pun boleh**
3 biji - Telur**
1 pokok - Daun sup**
1 sdt - Lada Hitam serbuk**
1 sdt - Garam n Gula**
1 sdb - Tepung jagung (bancuh dengan susu UHT tadi)**
~(yang bertanda ** disatukan bersama-sama)~
6 biji - Kentang ( direbus, dilecek bersama-sama mentega sedikit untuk dijadikan kentang putar)
1 peket - Cheesedale (dikoyak-koyak)
Inti Curry Puff  (sila semak resepi sebelum ini --> CURRY PUFF VERSI LEEZ di bahagian bahan-bahan inti)
Sedikit bawang goreng untuk hiasan


CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1.  SEDIAKAN LOYANG 8 X 8 (KALAU ADA CASSEROL LAGI CANTEKKK)...GRISKAN DENGAN  MENTEGA
2.  LAPISAN PERTAMA, CELUPKAN ROTI KE DALAM BAHAN BERTANDA ** YANG TELAH DICAMPUR TADI.  SUSUN ATAS LOYANG SEHINGGA PENUH (UTK FIRST LAYER)
3.  LAPISAN KEDUA, LETAKKAN INTI  DAN DIIKUTI DENGAN KENTANG PUTAR (KENTANG LENYEK) DALAM KUANTITI 5 SUDU. TABURKAN CHEESEDALE YANG DAH DIKOYAK-KOYAK. (UTK SECOND LAYER)
4.  LAPISAN KETIGA, CELUPKAN ROTI KE DALAM BAHAN BERTANDA **  (UTK THIRD LAYER)
5.  ULANGI CARA KE 3 DAN LAKUKAN HINGGA SELESAI.  
6.  AKHIR SEKALI, LETAK INTI CURRY PUFF, KENTANG PUTAR, CHEESEDALE DAN BAKI CAMPURAN BAHAN BERTANDA **.  TABURKAN DENGAN BAWANG GORENG DAN DAUN SUP
6.  PANASKAN OVEN 180C - 200C SELAMA 10 MINIT.  BAKAR SEHINGGA 40 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK
7.  HIDANGKAN PANAS-PANAS.. :D

SELAMAT MENCUBA !!

 
Puding Roti Murtabak yang telah dipotong...yummm!! jemput makan!!! :D



Resepi - Curry Puff Versi Leez



Assalamualaikum...diam x diam dah dekat 10 hari berhari raya...nak tunggu punyalah lama...tup tup  dah masuk keminggu ke2 kita berhari raya...Oklah sempena hari raya yang penuh dengan open house nie apa kata hari nie kita semak resepi yang Leez nak kongsikan bersama kengkawan...resepi yang boleh dibuat utk open house.  Boleh juga disediakan awal dan difrozenkan...jimat masa kan..kan...kan.  Jom layan resepinya...

BAHAN-BAHAN DOH

400gm - Tepung gandum
1/2 cawan - Minyak masak
2 1/2 sudu - Margerin/Butter
1/2 cawan - Air Sejuk ( masukkan ketulan ais batu)
1 sdt - Garam


CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1.  Campurkan garam dalam tepung (ayak bersama).  Masukkan marjerin/butter ke dalam tepung dan diuli menjadi seperti serbuk roti.
2.  Dalam masa yang sama panaskan minyak di kuali sebentar dan curah atas tepung yang dijadikan seperti serbuk roti tadi. Uli sedikit.
3.  Curahkan air sejuk ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.  Untuk meranggupkan doh curry puff masukkan doh ke dalam peti sejuk selama 1 -2 jam dan ianya juga memudahkan untuk dicanai nanti
4.  Doh yang di perap kemudiannya di bahagikan kepada bulatan kecil untuk memudahkan di canai.


BAHAN-BAHAN INTI

500gm - Daging hancur
3 sudu - Serbuk kari daging
1 labu - Bawang besar (dipotong dadu)
1 biji - Bawang putih (dipotong dadu)
1/2 inci - Halia (dipotong dadu)
1/2kg - Kentang (dipotong dadu)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Daun sup dihiris nipis
Sedikit tepung gandum
garam dan gula sebagai perasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.  Tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama-sama hingga naik bau
2.  Masukkan daging hancur dan kentang bersama-sama. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging dan kentang empuk
3.  Setelah empuk kedua-duanya(daging dan kentang) masukkan daun sop.  Akhir sekali masukkan tepung gandum untuk memekatkan inti curry puff kita

CARA MEMBUAT CURRY PUFF

1.  Ambil  doh yang dibulat-bulatkan tadi dan dicanaikan.  Letak inti dan di kelim tepi curry puff tadi..(Leez x reti kelim so guna pencetak...senang citer..hihihi).  Nak buat bentuk kotak pun boleh..sukahati kengkawanlah nak buat gaya apa...gaya bebas pun boleh
2.  Sapukan kuning telur diatas curry puff tadi dan dibakar pada suhu 180 C - 200 C selama 1/2 jam( oven jangan lupa panaskan dulu 10 minit).
3.  Jangan terperanjat kalau kelim tepi ternganga...biasalah tu kadang-kadang currp puff nie pun termelatah, terperanjat kat dalam oven tu so terngangalah dia. Bior aje janji sedap sebab rasanya yang ranggup dan gebu memang terangkatlah....

SELAMAT MENCUBA !!

Curry Puff 'ternganga' versi Leez...itulah yang sedap sekali


YUM...YUM... SEDAP ! SUDI-SUDIKAN MENJAMU... :D




Monday 12 August 2013

Blog Berhutan Dah..Ini Ceritanya..

Assalamualaikum....Ya Allah lamanya tak buat apa-apa entry kat sini...Nampak x sawang dah ada kat sana sini, lalang pun dah meninggi, yelah dah berkurun x update apa2....hehehe nasib baik orang yang menaip nie x berkarat, lau x tak taulah camana agaknya.... Lama menghilang bukan apa sibuk dengan tempahan biskut dan kek.  Almaklumlah nak raya....disaat ini dan diketika ni pun masih ada tempahan lagi.....Alhamdulillah rezeki bulan Syawal....



Rumah kalau x dibersihkan lama pun akan menjadi seperti ini.....x gitu.  Hemmm dah x tau plak nak mula dari mana....macam banyak nak citer, dalam kepala nie berdesup-desup idea nak keluar tapi mana satu nak keluar dulu ( macam bagus aje hehehe).   

Oklah mula2 nak citer pasal huruf  M....kenapa huruf itu dipilih?  Sebab disitulah terletaknya permulaan bagi perkataan Makan, Minum, Menu, Menjamah, Mentekedarah, Menyuap, Mencecah dan lain-lain...Nampak x huruf tu berkait rapat dengan makanan dan seumpama dengannya.

Ya...apalagi nak citer pasal makananlah nie....sepanjang bulan Ramadhan yang lalu macam2 menu aku dah buat untuk berbuka puasa dan bersahur.....Nak citer satu2 sampai kesudah pun x siap...marilah kita tengok aje gambornya  (sori yea yang ori dah kena sapu dulu hihihi)

Kari Dhall di makan dengan roti Arab(roti Arab x sempat snap sebab letak aje berebut sekejap aje dah abis hihihi)


Curry Puff bakar yang menggiurkan


Puding Roti Murtabak Berdaging ( versi kecik)


Puding Roti Murabak Berdaging versi satu loyang


Kerabu kacang botol, timun, bunga kantan terbaekkk punya


Biskut suji bersalji untuk tempahan dan hidangan dihari raya dirumah sendiri

Ha...nie baru sikit aku kongsikan, banyak lagi yang x sempat snap gambolah, belum sempat amin gambo dah abis dan macam2 lagi...Yang penting ini semua air tangan aku untuk keluarga tersayang...x gitu? Akhir kata dikesempatan ini Leez sekeluarga ingin mengucapkan......

SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR BATIN dari Leez sekeluarga (Norliza, Zainuddin, Nurul Atiqah, Nurul Hannany, Muhammad Naufal Hakimi, Yasmin Batrisyiah)...Maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata sewaktu berblogging, menyinggung sesiapa...termakan terminum (ada ke hihihi) mintak halal dan untuk blogger2 lain mintak halal segala resepi yang diambil untuk dicuba......


PETUA UNTUK HARI INI
Bagaimana untuk merangupkan bawang goreng yang banyak digunakan untuk menyedapkan masakan dan sebagai hiasan diatas makanan.  Ramai menghadapi masalah untuk mendapatkan bawang goreng yang ranggup tetapi sekarang bukan masalah lagi..Bawang kecil dikupas dan dibersihkan, dihiris nipis2...lebih nipis lebih sedap lagi.  setelah dihiris ambil sedikit majerin dan digaul bersama dengan bawang yang dihiris tadi.  Biarkan sekejap kemudian barulah digoreng didalam minyak yang banyak dan panas.

SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com