Sunday 29 September 2013

Tradisi rewang yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas..

Assalamualaikum....pagi yang dingin dan syahdu  (yelah masa menaip entry nie baru lepas subuh)tetiba plak teringat keriuhan dan kekecohan masa rewang di kampungku malam tadi.  Sudah lama tidak terasa suasana macam itu.  Kenduri kahwin anak sepupuku di kampung Parit Nipah, Parit Raja , Batu Pahat.  Yo memang aku anak Jawa...eh! eh! ingat tak?, kan aku pernah share resepi nasi ambeng tu(testimoni aku nie Jawa)....tapi...bab bercakap bahasa Jawa memang aku fail abis tetapi kalau keluargaku bercakap denganku bolehlah aku faham sikit-sikit.. Itu berkat ajaran arwah abahku dulu...

Oklah hari ini kita citer pasal rewang atau dalam bahasa Melayunya gotong royong atau Berkampung kata orang Negeri Sembilan.  Apapun ia di panggil maknanya tetap sama.  Kami orang-orang Jawa masih lagi mengamalkan tradisi rewang nie dan aku rasalah masyarakat Jawa dikampung-kampung dalam Malaysia ini masih lagi mengamalkan adat tradisi kami sejak turun temurun.  Masyarakat Jawa dibandar kebanyakkannya telah moden dan menggunakan khidmat catering menggantikan tradisi rewang ini.  Yelah dibandar kan kehidupan masyarakatnya berbeza dan tidak sama seperti di kampung. Kadang-kadang orang sebelah pun kita tak kenal...inikan pulak yang sejalan jangan tanyalah.  Tuntutan kerjaya masing-masing membuatkan kehidupan menjadi seperti itu, ditambah lagi dengan kekanggan masa.  Nak mesyuarat tingkap pun tak sempat lagi nak rewang...hemmm.

Oklah berbalik kepada tradisi Rewang tadi...ada sesetengah tempat yang merewang pada malam sebelum majlis perkahwinan diketuai oleh kaum lelaki dan ada juga yang diketuai oleh kaum perempuan. Dikampungku sendiri  pun tradisi ini dimonopoli oleh kaum lelaki dan yang pasti ketuanya adalah kaum lelaki. Maka berduyun-duyunlah mereka datang, yang muda menaiki motor...yang tua ada yag berkereta dan menaiki motor.  Mereka datang dari kampung itu sendiri dan juga kampung berhampiran.  Senang citer malam rewangan ini dah macam majlis kerja kahwin yang sebenarnya.

Kaum lelaki kan kuat dan banyak tenaga berbanding kaum perempuan yang lemah ini sebab itu mereka dipilih kan kan kan...hehehe. Orang lelaki akan dibahagikan kepada bebrapa kumpulan.  Kumpulan yang bertanggungjawab hal-hal bahan mentah seperti daging, ayam akan diletakkan dibawah satu balai manakala yang terlibat dengan bahan mentah seperti bawang, lada kering, kentang, sayur-sayur dan seumpama dengannya akan ditempatkan di satu bahagian. Masing-masing begitu tekun melaksanakan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada mereka.  Maka kedengaranlah macam-macam cerita dengan riuh rendahnya ketika mereka melakukan kerja tersebut.  Yalah nak berjumpa kadang-kadang susah jadi malam rewangan ini menjadi platform mereka berborak, bertukar cerita dan bergembira.  Lau tak caya tengok gambo yang aku amik masa malam itu.
Wak aka pakcik cute tengah melapah lembu 1 1/2 ekor (serius nampak..hihihi)

Ha...yang ini orang-orang kampung tengah mengerjakan kaki lembu..
(bahagian yang handle bawang, lada kering, sayur-sayur tak sempat amik)

Orang perempuan mana? ooo soalan yea...Orang perempuan selain dari memasak hidangan untuk diberi pada kaum lelaki masa malam merewang adalah menghias bilik pengantin, pelamin, menjadi penanggah aka kendarat pada hari majlis nanti atau sekadar melepak macam kat bawah ini. Bestkan dapat melepak macam nie....seronok..seronok..seronok hehehe..
Oklah akhir kalam aku benar-benar berharap agar tradisi sebegini tidak akan lupus begitu sahaja.  Disinilah nilai-nilai kemanusiaan tercipta..x gitu..
   

Saturday 28 September 2013

Pengat pisang oh Pengat pisang...RESEPI..

Pengat pisang merupakan pencuci mulut atau desert yang memang digemari oleh masyarakat kita tidak kira bangsa.  Melayu, China dan India, malah bangsa-bangsa lain sudah mula menikmati pengat ini.  Mungkin dalam bahasa lain mereka tidak memanggil pengat tetapi manisan.  Tidak kira apa nama yang diberi,  nikmat pengat pisang ini memang tidak terkata...boleh dimakan panas atau sejuk.  Kalau dapat dimakan dibulan puasa lagi terangkat...dengan lemak dan manis itu pastinya pulih tenaga selepas seharian kita berpuasa. Oklah taknaklah cakap banyak-banyak sebab air liur dah nak kluar dah nie, masa nak snap gambo pengat nie...hehehe



BAHAN-BAHAN

PISANG NIPAH                       2 SISIR (ANGGARAN 15 BIJI)
GULA PASIR                            2 SENDUK ( SENDUK KECIK)
GULA MELAKA                      1/2 SENDUK
SAGU BIJI                                1 SENDUK (DIBERSIHKAN DAN DITAPIS)
SANTAN  PEKAT                    200 ML
SANTAN CAIR                        200 ML
DAUN PANDAN                     2 HELAI (DISIMPULKAN)
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
AIR SECUKUPNYA


CARA MEMBUATNYA:-

  1. PISANG DIKUPAS KULIT DAN DIPOTONG SECARA MENYERONG. KETEPIKAN.
  2. GULA PASIR + GULA MELAKA (DIPOTONG KECIL) + AIR (ANGGARAN 1 CAWAN) DIMASAK BERSAMA SEHINGGA GULA PASIR DAN GULA MELAKA HANCUR. SETELAH MASAK TUANG DAN TAPISKAN, YALAH TAKUT  ADA MAKHLUK ASING MASA MASAK TADI.
  3. NAIKKAN SEMULA BAHAN-BAHAN TADI ATAS API. KALI INI MASUKKAN SANTAN CAIR DAN DAUN PANDAN. BIAR MENDIDIH SEKEJAP
  4. MASUKKAN PISANG, SAGU BIJI DAN MASAK SEHINGGA SAGU BIJI MENGEMBANG.
  5. SETELAH SAGU BIJI MENGEMBANG DAN PISANG TELAH LEMBUT, MASUKKAN SANTAN PEKAT, DIDIHKAN SEKEJAP.
  6. JIKA SUKA KEPEKATAN BIASA, PENGAT TADI SUDAH BOLEH DIHIDANGKAN TETAPI JIKA MAHU SEDIKIT PEKAT.  AMBIL 2 SUDU TEPUNG JAGUNG DAN 3 SUDU AIR BIASA, SATUKAN DAN KACAU.  MASUKKAN KEDALAM PENGAT TADI.  KACAU CEPAT-CEPAT DAN TUTUP API
  7. SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN PANAS-PANAS...LEEZ SUKA MAKAN SEJUK (MASUK PETI AIS)....TERPULANG PADA SELERA MASING-MASING.



YUM..YUM..YUM...

Thursday 26 September 2013

Kudoakan Angah sentiasa tabah......info penyakit SLE..

Assalamualikum....bertemu lagi..hihihi...memang lau nak bertemu lagi kat blog nie selalunya amat2 lama. Hahaha macam2 hal yang berlaku sepanjang ketiadaanku disini...

Walaubagaimanpun salah satu sebabnya aku mendapat berita yang mengejutkan, sepupuku yang sihat walafiat tiba-tiba disahkan menghidap penyakit SLE.  Pernahku dengar penyakit itu tetapi tidak pernah pun amik kisah...tetapi bila adik sepupuku sendiri yang kena kami sekeluarga amat panik.  Angah....mohon kak long bercerita...

Angah merupakan pelajar USM di Pulau Pinang, seorang yang ceria dan bijak..pernah mengambil jurusan kedoktoran di USM Kubang Kerian, Kelantan tetapi telah menukar course ke bidang kimia di USM Pulau Pinang atas sebab-sebab kesihatan...Segalanya bermula ketika cuti semester yang lalu, seperti biasa angah ceria aje sebab sepupuku ini jenis orang yang tidak kisah sangat...semua ok aje pada dia.  Ketika cuti semester angah telah buat praktikal disalah sebuah kilang berkaitan bahan kimia di Kluang.  Segalanya berjalan seperti biasa sehingga lagi seminggu nak habis praktikal tiba-tiba ditempat kerja dia muntah-muntah tidak berhenti.  Panik juga auntie aku tengok anak dia macam tu.   Malam pulak tiba-tiba demam yang tinggi amat. Badan menjadi semakin lemah.


Ke klinik angah dibawa tetapi doktor kata dia stress masa praktikal atau mungkin terhidu bau chemical kat kilang tu...Pada hari angah nak balik USM dia masih kelihatan lemah dan masih muntah-muntah.  Aku nasihatkan dia sambung cuti tetapi dia tetap nak pegi...sayangkan pengajiannya, katanya.  Itulah sikap Angah bila disentuh bab pelajaran, apa pun dia tidak dengar..Seminggu berlalu...rupa-rupanya selepas 2 hari mendaftar Angah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Besar P Pinang...auntie sekeluarga menyusul ke P Pinang......
Telefon berdering pada satu pagi...mak call dari PD mengatakan Angah masuk wad dan disahkan menghidap SLE...Kami sekeluarga terkejut dan sedih sekali..Terus aku google segalanyadisini-chindek.blogspot.com/.../apa-itu-peny... cari apa itu penyakit SLE...
Baruku sedar selama ini banyak tanda-tanda telah kulihat ada pada Angah, malah ianya sejak dari sekolah rendah lagi.....Untuk pengetahuan semua disini aku copy pastekan tentang penyakit tersebut untuk kita rujuk bersama-sama...Sebelum itu nak ucapkan terima kasih kepada penulis BLOG SEGALA DISINI...oleh nazlyrahim kerana info yang sangat berguna  ini aku serta semua ahli keluargaku telah tahu sedikit sebanyak apa itu penyakit SLE...

APA ITU PENYAKIT SLE

Penyakit lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh keliru menyerang jaringan sehat. Hal ini menyebabkan peradangan kronis jangka panjang. Dari segi bahasa, Eritematosus artinya kemerahan, sedangkan sistemik berarti tersebar luas diberbagai organ tubuh, tetapi dalam pembicaraan sehari-hari SLE disebut lupus saja (Philips, 1996; Heru, 2002).
lupus (sistemik lupus eritomasus)

Mengenal Sekilas tentang Penyakit Lupus
Tubuh manusia telah dirancang untuk mekanisme pertahanan (kekebalan/imunitas) dari serangan penyakit dan menjaganya agar tetap sehat. Namun, pada penyakit ini kekebalan tubuh justru menyerang organ tubuh yang sehat.
Penyakit Lupus disinyalir berhubungan dengan sistem imunologi yang berlebihan. Tubuh manusia memiliki antibodi yang berfungsi menyerang sumber penyakit yang hendak memasuki tubuh. Akan tetapi, pada penyakit Lupus ini antibodi yang terbentuk dalam tubuh muncul berlebihan sehingga yang terjadi adalah antibodi tersebut justru menyerang sel-sel organ tubuh yang sehat (autoimunitas) .
Penyakit Lupus ini setidaknya terdiri dari 3 jenis yaitu:

  1. Cutaneus lupus atau seringkali disebut discoid . Penyakit ini hanya menyerang bagian kulit saja. Ditandai dengan gejala-gejala: adanya ruam yang muncul didaerah leher, kulit kepala atau bahkan ruam pada seluruh tubuh, salah satu bagian tubuh dan atau seluruh tubuh berwarna merah sampai bersisik, kadang-kadang sampai gatal dan hampir semua golongan ini akan berubah menjadi sistemik.
  2.  Sistemik lupus yaitu penyakit lupus yang menyerang organ tubuh seperti: persendian, otak/saraf, darah, pembuluh darah, paru-paru, ginjal, jantung, hati dan mata. Penyakit ini adalah tahap penyakit lupus yang sangat berat karena jenis ini menyerang organ-organ vital baik satu dan atau beberapa organ vital lainnya.
  3. Drug Induced Lupus (DIL) yang timbul setelah sering menggunakan obat-obat tertentu. Obat-obat antibiotik seperti golongan sulfa, obat-obat antituberkulosa seperti INH, golongan obat hydralazin untuk hipertensi dan golongan obat prokainamid untuk jantung, namun untuk beberapa tahun terakhir ini obat hydrlazin dan prokainamid sudah jarang sekali dipakai.
Umumnya prevalensi penyakit ini lebih sering terjadi pada wanita dibandingkan pria. Hal ini dapat terjadi pada usia berapapun, tetapi paling sering muncul pada orang  antara usia 10 dan 50, dengan mayoritas penderita berasal dari ras Afrika, Amerika dan Asia daripada ras lain.
Gejala-Gejala Penyakit Lupus (SLE)
Gejala penyakit SLE bervariasi dari orang ke orang. Kebanyakan mengalami nyeri sendi dan bengkak, dan bisa berkembang ke arah arthritis. Sendi yang sering terkena adalah jari, tangan, pergelangan tangan, dan lutut.Selain itu penderita juga mengalami:

  • Ruam kulit – sebuah “kupu-kupu” ruam di pipi dan jembatan hidung mempengaruhi sekitar setengah dari orang dengan SLE. Ruam semakin parah di bawah sinar matahari. Ruam juga dapat meluas.
  • Nyeri dada saat mengambil napas dalam
  • Kelelahan
  • Demam
  • Mengalami ketidaknyamanan, kegelisahan, atau perasaan sakit (malaise)
  • Rambut rontok
  • Luka pada mulut
  • Sensitif terhadap sinar matahari
  • Pembengkakan kelenjar getah bening
Gejala lain tergantung pada apa bagian tubuh yang terkena:
  • Otak dan sistem saraf:  sakit kepala, mati rasa, kesemutan, kejang, masalah penglihatan, perubahan kepribadian
  • Saluran pencernaan: nyeri perut, mual, dan muntah
  • Jantung: ritme jantung abnormal (aritmia)
  • Paru-paru: batuk darah dan kesulitan bernapas
  • Kulit: warna kulit tidak merata, jari-jari yang berubah warna saat dingin (fenomena Raynaud). Sebagian penderita hanya memiliki gejala-gejala kulit. Hal ini disebut lupus discoid.
Sementara itu menurut pedoman diagnosis SLE dari American Rheumatism Association (ARA). Diagnosis lupus adalah berdasarkan adanya 4 dari 11 gejala lupus yang khas, yaitu:
  1. Ruam kupu-kupu pada wajah (pipi dan pangkal hidung)
  2. Ruam pada kulit
  3. Luka pada mulut (biasanya tidak menimbulkan nyeri)
  4. Cairan di sekitar paru-paru, jantung, dan organ lainnya
  5. Artritis (artritis non-erosif yang melibatkan 2 atau beberapa sendi perifer, dimana tulang di sekitar persendian tidak mengalami kerusakan)
  6. Kelainan fungsi ginjal, dimana kadar protein dalam air kemih >0,5 mg/hari atau +++,
  7. Adanya elemen abnormal dalam air kemih yang berasal dari sel darah merah/ putih maupun sel tubulus ginjal
  8. Fotosensitivitas (peka terhadap sinar matahari, menyebabkan pembentukan atau semakin memburuknya ruam kulit)
  9. Kelainan fungsi saraf atau otak (kejang atau psikosa)
  10. Hasil pemeriksaan darah positif untuk antibodi antinuklear
  11. Kelainan imunologis (hasil positif pada tes anti-DNA rantai ganda, tes anti-Sm, tes antibodi antifosfolipid; hasil positif palsu untuk tes sifilis)
  12. Kelainan darah, dimana terjadi anemia hemolitik, penurunan jumlah sel darah putih (lekopenia)
Aku harap info yang aku kongsikan disini akan memberi panduan dan rujukan kepada kengkawan diluar sana.  Perhatikan ahli keluarga kita jika terdapat tanda-tanda yang aku kongsikan diatas...Cepat-cepatlah rujuk ke klinik atau hospital...SEGALANYA BOLEH DIELAK JIKA KITA BERTINDAK AWAL.

Buat Angah, Auntie dan keluarga aku berharap dapat bersabar dalam menempuh dugaan yang mendatang ini.  Kami semua mendoakan yang terbaik untuk kalian.  AMIN....Sesungguhnya ALLAH SWT MENDATANGKAN MUSIBAH KEPADA HAMBANYA KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SANGAT PEDULI DAN MENYANYANGI HAMBANYA dan setiap yang berlaku itu pasti ada HikmahNYA...Amin... 

Tuesday 10 September 2013

KEK PANDAN LAYER




Ini merupakan salah satu favourite Leez dalam senarai kek-kek idaman...Selama ini hanya dapat membeli dikedai aje, yelah tak reti buat.  Nak tempah dari pembuat kek, ramai yang tak mahu buat.  Sudahnya Leez jumpalah pak google untuk mencari camana nak buat kek nie....dah kira tahap ngidam nie hihihi.  Akhirnya dengan ilham dari bloger-bloger lain dan hasil bertanya dengan kawan2 dan rujukan majalah-majalah maka terhasillah kek pandan layer versi Leez.  Tima kaceh semua....akhirnya dapatlah Leez membuat dan menikmatinya bersama keluarga sepuas-puasnya..hehehe.  Dari cuba-cuba buat untuk makan sendiri, Alhamdulillah dah boleh dijual sekarang..


BAHAN-BAHAN(KEK SPAN PANDAN)

Tepung superfine                150gm (1 1/2 cawan) **Leez ayak tepung gandum 3 kali aje
Baking powder                   1 sudu teh (ayak bersama dengan tepung)
Gula castor                         150gm (1 cawan)
Telor Gred A                      5 biji
Ovellette                             1 sudu besar
Air daun pandan(10 helai + air blend)           80ml (1/3 cawan)
Minyak                               80ml (1/3 cawan) ** Leez cairkan mentega
Pes pandan                                                  1 sudu teh
Pewarna hijau (Leez guna hijau Apple)

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1.  Gaulkan gula dengan ovellette, masukkan tepung + serbuk baking powder  dan telor dalam bekas mixer atau mangkuk.  Rehatkan selama 10 minit agar bahan akan cepat kembang bila dipukul nanti.
2.  Pukul bahan-bahan diatas hingga kembang dan ringan serta bertanduk (6 - 10 minit).
3.  Masukkan minyak dan air daun pandan (campurkan pes pandan dan pewarna hijau sekali). guna spatula untuk kaup balik bahan campuran
4.  Sediakan loyang 8 x 8 (bentuk kotak). Tidak perlu griskan tepi-tepi loyang hanya dibawah loyang aje untuk mengelakkan kek mengecut bila dah masak.
5.  Panaskan oven 150 C (atau ikut kepanasan oven masing-masing) selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45- 50 minit.
6.  Terbalikkan loyang selama 5 minit di redai untuk mengelakkan kek turun bile dah masak....kek spanlah katakan....dah sejuk keluarkan dan letak semula di redai
Masuk semua dalam satu mangkuk...senang kan

Kek span yang sedang berehat sambil mengembangkan dirinya didalam oven

Kek span pandan yang telah sejuk dan ready untuk disolekkan

BAHAN-BAHAN KASTARD

BAHAN A
Gula castor                                         155gm (1 1/2 cawan)
Air daun pandan                                 500ml
Serbuk agar-agar segera                     1 sudu besar (Leez guna jenama NONA)

BAHAN B
Santan pekat                                      400ml (Leez guna 2 santan kotak)
Tepung hong kwee                              85gm
Pewarna hijau                                     1 sudu kecil

CARA-CARA MEMBUATNYA:-
1.  Bahan A satukan dan masak hingga gula hancur
2.  Satukan Bahan B dan masukkan kedalam periuk yang ada Bahan A, kacau pada api sederhana.  Jangan lama sangat sebab kepekatan kastad akan menyebabkan permukaan tak cantik atas kek.
3.  Ambil loyang saiz 9 x 9 dan masukkan kek span pandan tadi, potong dua dan masukkan kedalam loyang 9 x 9 tadi.
4.  Letakan satu lapisan 1/3 adunan kastad atas kek diikuti dengan lapisan kedua kek
5.  Hentakkan 3 x agar kastad yang dibawah sekali akan menjadi padat.  Hias dengan kelapa kering
6.  Masukkan ke dalam peti ais selama 2 - 3 jam, barulah dipotong.

LAYER CARA LEEZ.....
1. Bahagikan kek kepada 2, masakkan kastad macam cara diatas.  Setelah kastad masak, ambil dalam 2 senduk dan sapukan pada layer kek yang pertama, tunggu sekejap..selepas itu letakkan lapisan kek yang kedua.
2. Masukkan ke dalam loyang 9 x 9 dan jiruskan selebih kastad ke atas keseluruhan kek.  Hentakkan 3 x agar kastad padat dibawah dan sejukkan di dalam peti ais selama 2 -3 jam baru dipotong.



GEBUSS UOLLSS.....


TEMPAHAN UNIK.....KEK PANDAN LAYER GIGANTIC....X GITU?

Assalamualaikum....hari nie tetiba teringatkan kek pandan layer yang ditempah customer tempohari. Sepatutnya dah dari hari tu lagi nak masukkan entry nie tapi USB ada problem lak, xleh transfer gambo dari phone ke komputer.  Dahlah aku nie buta IT sikit (sikit aje tau hihihi) nasib baiklah anakku si Nanny dapat pulihkannya. At last dapat jugak masukkan entry kali nie...

Padaku customerku kali ini agak unik sebab tidak pernah ada customer yang menempah 4 kek pandan layer tetapi minta disatukan menjadi kek yang amat besar...Atas kek pulak kena letak 10 nama mereka yang menyambut harilahir bermula dari bulan 1 hingga bulan 8...Fuhh cabaran nie tapi akanku sahut cabaran ini walaupun sebenarnya xda idea pun camana nak buat (pada masa itulah...).  Setelah di fikir-fikir dan dibincangkan dengan suami dan anak-anakku akhirnya kami mendapat gambaran macamana nak melakukannya...DAN...inilah hasilnya...

DARI SEBIJI KEK SPAN PANDAN BEGINI......



BERTUKAR MENJADI BEGINI.....


DAN AKHIRNYA MENJADI SEPERTI INI....TADAAA.....

Pandangan dari atas kek...nama 10 orang yang menyambut harilahir...


Pandangan dari sisi ...kastad pandan dan buttercream 

Kotak kek buatan sendiri hasil karya suamiku...besor tu.....

Alhamdulillah...berjaya juga aku menghasilkannya.  Sepanjang hari kami sekeluarga berganding bahu bekerjasama merealisasikan kejadian kek harijadi nie...ada jemputan open house pun terpaksa ditolak..harap mereka faham.  Jam 7.30malam aku dan suami deliver kek ini ke rumah customer di Taman Intan...TERIMA KASIH KAK NORHAFIZA kerana sudi menempah kek ini.  Terima kasih juga membenarkan Leez mengutip pengalaman melakukannya.  Harapan Leez agar customer berpuashati...Amin.



PETUA UNTUK HARI INI

Dalam keghairahan menghadiri majilis dan kenduri sana sini (yelah sekarang nie kan musim orang pergi haji). Kadang kala makan dan minum dah tak boleh control.  Akibatnya terkena keracunan makanan. Ini ada petua yang boleh dilakukan dirumah sebelum mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Rebus hingga mendidih secekak kangkung.  setelah agak kering sedikit, angkat dan sejukkan.  Apabila telah suam bolehlah diminum airnya.  Insyallah akan dapat melegakan sedikit kesakitan itu.

SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -

Friday 6 September 2013

MY LITTLE FRUITY TARTS.....KENANGAN DIBULAN RAMADHAN....


MY FRUITY TARTS VERSI MANGGIS PERGHHH...

MY FRUITY TARTS VERSI STRAWBERRY..YUM YUM YUM


 MY FRUITY TARTS VERSI EPAL HIJAU....GITEW....


 MY FRUITY TARTS VERSI LABU KUNING YG NAMPAK MANIS SEKALI...AUW..


READY STOK SIAP UNTUK DIEDAR...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah nampaknya bulan Syawal baru melabuhkan tirainya...pelbagai peristiwa, kenangan terindah telah tercipta dibulan yang mulia ini.  Kenangan yang akan sentiasa terlipat didalam sejarah hidup kita dan sesungguhnya kita amat bersyukur sebab dapat dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang mulia dan penuh keberkatanNya...Amin...  Aku sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan, mudah-mudahan akanku lipatgandakan amalanku Ya Allah...Amin..

Fuhhh...bila minda dah kena virus cik "M" tangan pulak dah mula kebas2 nak menaip jawabnya xdalah apa-apa entry yang dapat dikongsi....wake-up Leez!!!...hahaha...Benornya byk yang nak taip tapi masa pulak mencemburui ditambah lagi kekangan masa dan banyak gambo2 cun yg belum upload.....ALASAN???.......aku teringat kata-kata salah seorang yang pernah mendidikku dulu....DALAM HIDUP KALAU SENTIASA DIPENUHI DENGAN ALASAN, HIDUP KITA AKAN SENTIASA BERGERAK SATU TAPAK KE BELAKANG SEDANGKAN SEMUA PERKARA AKAN BERGERAK BERTAPAK-TAPAK KE HADAPAN....Aku sangat-sangat suka dengan kata-kata itu, walaupun aku cuba melakukannya tetapi sebagai manusia yang lemah aku sering kalah dengan kata-kata itu.....hehehe mungkin kengkawan kat sana pun macam tu agaknya...Anyway yang penting kita sentiasa dikelilingi oleh kata-kata positif ok.  Jadikan kata-kata positif dari sesiapa sahaja mahupun dari diri sendiri sebagai kamus hidup kita ya. 

Oklah kat atas sinun tu adalah biskut tart buah-buahan @ Fruity Tart iaitu salah satu produk Leez yang laris di jual dan ditempah sempena hariraya yang lalu.  Biskut yang asalnya tidak pernah terfikir nak buat ditambah lagi dengan tiada ilmu untuk membuatnya. Kenapa erk? (bahasa Johor dah kluar nie hihihi).  Ceciter2...pada bulan Ramadhan yang lalu aku mendapat offer untuk buat door gift bagi sekumpulan NGO's sempena majlis berbuka puasa mereka.  Mereka minta aku buat biskut tarts dan biskut suji sebanyak 300 balang.  Alhamdulillah rezeki tu...dengan rendah diri aku terima offer itu.  Biskut suji pada aku xda hal sebab itu resepi keluargaku begitu juga dengan biskut tarts tapi....biskut tarts aku nak try cara lain dari kebiasaanku(aku selalu buat Tart Nyonya aje) tapi camana erk...belek2 majalah NONA tahun 2000 (lau x silap) ada pulak tart bentuk buah-buahan nie.  Walaupun aku tahu pesen nie dah lama tapi aku yg baru perasan...Berkat terus mencuba, akhirnya terhasillah tat buah-buahan versi Leez...WALAUPUN..x pegi kelas formal...kira oklah tu(perasan kejap)...Nak jadi citer kengkawan suka pulak sebab of cause rasa dia dan kepelbagaian warna yang ada...Meriah raya uolllls...hahaha.

Bermula dari 300 balang bertambah 150 balang, mereka menempah lagi...syukur....walau kerjanya rumit tapi seronok....untuk tahun depan wallahualam x tau lagi...Anyway pada sapa-sapa nak tempah untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau apa-apa majlis sangat dialu-alukan..Hanya PM saya di www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes atau email di norlizasarno@gmail.com ok...x gitu?

Untuk resepi biskut tart buah-buahan dan biskut suji Insyallah Leez akan kongsikan nanti..Tunggu yea....tengok tu cik 'M' dah datang...shoo shoo shoo (gaya menghalau kucing) hahaha...


PETUA UNTUK HARI INI
Untuk merangupkan biskut tart, selain menyimpan doh biskut didalam peti ais selama 1 -2 jam,kita boleh letakkan sedikit minyak sapi di dalam adunan tart kita dan digaul bersama butter. Insyallah biskut tart kita akan menjadi lebih rangup dan gebu....

SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com