PETUA

PETUA BERKENAAN PENYEDIAAN/PEYIMPANAN MAKANAN

1 - Elak Sardin Roll Daripada Berminyak
Pernah x buat sardin roll, lepas kita goreng roti tu berminyak2 pulak. Hai terbantut nak makan...
Cara mengatasinya sebelum nak gulung roti dgn sardin, sosej atau apa2 intilah. Roti itu mestilah dikukus sekejap, agak2 lembut. Angkat dan boleh digelek dengan penggelek. Pastu letaklah apa2 pun inti nak letak...goreng...Insyallah roti yang digoreng tidak akan berminyak....Ada faham ke adik manis...hihihi

2 - Masalah Kek Melekat Di Sekeliling Loyang
Jika anda membuat kek keju (cheese cake) dan terlupa nak mengeluarkan dari loyang ketika suam dan membiarkan sehingga kek itu sejuk anda akan mengalami masalah kek akan terkopak disebelah tepi loyang. Untuk mengatasi masalah itu panaskan pisau diatas api sekejap dan lalukan pisau itu ditepi-tepi loyang itu, insyallah bahagian tepi kek akan terkeluar dengan mudahnya. Petua ini juga terpakai untuk kek yang suka melekat-lekat di tepi loyang dan susah untuk dikeluarkan...

3 - Tips Menggunakan Acuan Biskut
Bila kali pertama menggunakan acuan tart, acuan biskut kapal atau apa-apa acuan yang digemari...Jangan terus digunakan, gerenti dough biskut akan melekat didalam acuan anda.. Terlebih dahulu basuh acuan-acuan tersebut dan lapkan hingga kering.. Untuk mengelakkan biskut melekat apabila siap dibakar...Letakkan majerin dikeliling dalam acuan. Bakar sekejap didalam oven dalam 15 minit....Keluarkan acuan, sejukkan dan bolehlah digunakan untuk membuat biskut kegemaran anda. Insyallah biskut akan mudah keluar dari acuan..

4 - Meranggupkan biskut (apa-apa jenis biskut) 
Setelah kita membuat dough utk biskut kegemaran kita, bungkuskan dgn plastik lekap dan diletakkan didalam peti ais(kadang2 aku gunakan bekas kedap udara aje), biarkan selama 1-2 jam, setelah itu keluarkan dan barulah dibentuk ikut kesukaan kita. Pasti biskut menjadi lebih ranggup dan yummy..

Untuk merangupkan biskut tart, selain menyimpan doh biskut didalam peti ais selama 1 -2 jam,kita boleh letakkan sedikit minyak sapi di dalam adunan tart kita dan digaul bersama butter. Insyallah biskut tart kita akan menjadi lebih rangup dan gebu....

5 - Memekatkan Soup Dengan Telur (Putih Telur)
Setelah lengkap semua bahan dimasukkan ke dalam soup, biarkan soup mendidih seketika kemudian matikan api...Pecahkan telur di dalam mangkuk (seeloknya gunakan putih telur)..perlahan-lahan tuangkan putih telur tadi ke dalam soup yang masih panas didalam periuk..tuang sedikit demi sedikit dan secepatnya kacau gunakan senduk...Tekstur putih telur akan menjadi seperti bertali(macam sup sharks fin chinese style) dan sup tentulah akan sedikit pekat....

6 - Cara Membahagikan Kek Kepada Dua Atau Lebih Bahagian
Bagi mereka yang pertama kali ingin membahagikan kek mengikut layer dgn tujuan untuk meletakkan inti, icing, fresh cream dan sebagainya..Petua ini insyaallah akan dapat membantu anda..Selain menggunakan pisau khas pemotong kek, kita juga boleh gunakan BENANG atau TALI TANGSI (of cause kena basuh dulu, lap dan jgn lupa keringkan)..Pegang benang menggunakan tangan kanan dan kiri, tegangkan sedikit dan mula memotong di bahagian yang anda kehendaki..tangan kiri dan kanan mesti digerakkan bersama-sama..Tadaa! kek telah terpotong dgn cantik kan? :) boleh lah start letak topping yang anda inginkan..

7 - Cara Untuk Mendapatkan Kek Yang Cantik Dan Gebu
Untuk mendapatkan kek yang cantik dan gebu, selepas adunan dituang ke dalam loyang....hendaklah kita hentak-hentakkan loyang sebanyak 3 kali. Tujuannya untuk membuang sisa-sisa angin/bubble yang ada dalam adunan kek tadi..Insyallah kek yang siap akan jadi gebu sekali (tapi ingat kalau dihentak sekalipun tapi suhu oven terlalu tinggi pun takan menjadi...ingat tu... : )

8 - Cara Mengeluarkan Crust Tart Dengan Mudah
Jika anda ada masalah untuk mengeluarkan crust tart daripada acuan, di sini Leez kongsikan cara yg paling efektif untuk memudahkan anda melakukannya..setelah crust siap dibakar, biarkan hingga ia betul2 sejuk pada suhu bilik..kemudian, terbalikkan acuan tersebut dan dgn mudah tanpa perlu mengetuk acuan..crust tart akan keluar dgn sendirinya..

9 - Cara untuk menyimpan biskut supaya tahan lama
Taburkan sedikit gula kedalam balang tempat simpanan biskut. Kemudian barulah masukkan biskut anda kedalamnya. Ini akan mengelakkan biskut berbau hapak dan tahan lama.

10 - Cara untuk mencantikkan permukaan biskut
Campurkan sedikit esen vanila kedalam telur putih atau telur kuning. Sapukan diatas biskut, kemudian dibakar seperti biasa. Pastinya biskut akan lebih cantik, licin dan menarik bila siap dibakar.

11 - Cara untuk menggelakkan beras daripada bubuk dan Kutu beras
  1. Masukkan beberapa ulas bawang putih tanpa dikupas kulitnya kedalam tong beras
  2. Masukkan beberapa helai daun limau dan daun nangka ke dalam tong beras agar beras tahan lebih lama
  3. Masukkan beberapa pelepah daun belimbing yang di bersihkan dan dikeringkan
  4. Masukkan 6 tangkai lada kering ke dalam tong beras
12 - Cara Memasak nasi yang telah termentah
  1. Letakkan secawan air  sejuk di tengah-tengah nasi mentah.  Tutup periuk dan masak dengan api perlahan hingga wap air keluar.  Ini menandakan nasi itu telah masak semula
  2. Masukkan sedikit air dan secubit garam diatas penutup nasi dengan api perlahan.  Biarkan beberapa minit
  3. Masukkan nasi kedalam periuk kukus yang telah dialas dengan daun pisang atau daun pandan.  Kukus hingga masak
13 - Cara mengatasi nasi yang dimasak terlebih lembik
  1. Letakkan beberapa helai suratkhabar  diatas periuk nasi. Kemudian tutup dengan tudung periuk.  Kecilkan api dan tunggu hingga air kering
  2. Hiriskan sebiji kentang yang telah dihiris kulitnya.  Masukkan ke dalam nasi yang lembik tadi.  Biarkan selama 5 minit dan angkat
  3. Masukkan roti bantal ke dalam nasi lembik itu.  Jumlahnya bergantung kepada berapa lembik nasi itu.
14 - Cara Menghilangkan bau hangit pada nasi
  1. Letakkan beberapa tangkai lada kering diatas periuk nasi itu.  Dengan itu nasi tidak akan berbau
  2. Letakkan sekeping roti atau sehelai daun sirih di dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi telah kering.  Angkat apabila telah kering
  3.  Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah periuk nasi.Tutup periuk nasi dan angkat apabila baunya telah hilang
  4. Tutup periuk nasi dengan daun pisang
  5. Ambil daun pandan dan letakkan di dalam mangkuk dan letak atas nasi yang hangit itu
  6. Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi itu
15 - Cara Menggelakkan nasi menjadi cepat basi
  1. Masukkan 2 atau 3 kuntum bunga cengkih dan secubit garam ke dalam nasi yang ditanak
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih.  Masukkan air dan boleh ditanak seperti biasa
16 - Cara Menggebukan Dan Melembutkan Tekstur Nasi Lemak
Kadang-kadang kita teringin nak makan nasi lemak yang bertekstur lembut dan gebuss....hihihi. Macamana erk (Johor style lagi) Mengikut petua tinggalan maktuaku...beras hendaklah dicuci sebanyak 3 kali, kali ke 3 selepas membuang air basuhan, biarkan beras yang masih basah untuk 1 jam. Kemudian barulah ditambah santan dan masukkan bahan tumisan darat, Insyaallah nasi lemak yang dimasak akan menjadi lebih lembut dan gebuss. Kalau ada kelapangan aku akan kongsi resepi nasi lemak resepi keluargaku....

17 - Cara mengempukkan dan melembutkan ayam tua aka ayam pencen
Nak makan apa harini, apakata masak ayam tua/pencen..pasti sedap...alamak camana nak bagi di empuk cepat? kalau x empuk alamatnya makan ayam springlah...hehehe Jangan risau petua hari ini macamana nak empukkan/lembutkan ayam tua..
  1. Potong ayam kecil-kecil, kemudian rebuskan dengan air kelapa, direbus hingga air kelapa mengering sedikit. Ayam akan lembut dan lebih sedap sebab dah menyerap air kelapa tadi. 1 ekor Ayam Tua = air kelapa dari 3 biji kelapa.
  2. Kisarkan sepotong buah nenas sehingga halus. Kemudian perapkan dengan ayam tua yang sudah dipotong selama 15 minit. Selepas itu, barulah dibersihkan ayam tersebut dan masak seperti biasa. Carik-carikkan daun pisang abu. Kemudian masukkan dalam masakan ayam tua anda
18 - Cara mengempukkan dan melembutkan daging(lembu,kerbau,kambing dan sewaktu dgnnya
Mmmm sedapnya daging tu...tapi bila dimakan, alamak liatnya...macamana nak bagi daging lembut dan senang dimakan...Haa.. ini petuanya
  1. Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka selama 10 - 15 minit.  Selepas itu toskan air hingga kering.  Ketika memasak perlahankan api ketika kuah sdang mengelegak.  Hasilnya, daging lebih cepat empuk dan enak.
  2. Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging. Hasilnya daging akan cepat empuk
  3. Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam rebusan daging. Boleh juga dimasukkan sebiji betik muda ke dalam masakan daging anda
  4. Atau masukkan sudu steel anda bersama-sama ketika memasak daging.  Sekiranya dah masukkan sudu daging tak empuk2, ini bermakna anda telah terbeli sudu steel yang palsu...hihihi gurau aj
19 - Cara Menghilangkan Bau Hanyir Ikan
Menu ikan air tawar atau ikan sungai memang sedap tapi masalah pulak bila masak baunya kuat dan berlendir lagi. Cara-cara mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil sehelai daun pisang, garam kasar dan asam keping. Daun pisang dicarik-carik dan dicampur dengan garam kasar dan asam keping lalu diramas bersama-sama ikan air tawar atau ikan sungai. Biarkan seketika dan dibasuh seperti biasa. Bukan sahaja ikan tidak akan berbau hanyir malah apabila dimasak akan menjadi lebih sedap lagi..

20 - Cara Membersihkan Ayam atau Ikan
  1. Setelah membersihkan ayam/ikan, gaul ayam atau ikan dengan tepung untuk menggelakkan lendir-lendir terperangkap dibadan ayam atau ikan.  Biarkan dalam 10 minit baru dibasuh dengan air biasa
  2. Ayam/ikan di bersihkan seperti biasa.  Sediakan semangkuk air yang diperahkan limau kasturi dalam 4 biji. Masukkan ayam tadi dan biar perap sekejap.  Ayam/ikan bukan sahaja bersih, tidak berbau tetapi daging ayam/ikan akan lebih sedap lagi. 
21 - Cara Mengelakkan Ayam atau Ikan yang digoreng melekat dikuali
Taburkan sedikit garam  dalam minyak yang panas.  Kemudian masukkan ayam atau ikan atau apa2 barang gorengan.  Insyallah bahan gorengan tidak akan melekat dikuali. Jangan lupa masukkan sedikit perahan limau agar bahan gorengan lebih cepat garing.

22 - Cara agar taugeh tahan lebih lama dan tetap segar

Bila dah dekat nak puasa ni mesti macam-macam resepi kena gunakan taugeh..cara agar taugeh tahan lama dan tetap segar
  • Ambil sebiji limau nipis dibelah tiga.  Masukkan ke dalam taugeh yang direndam di dalam air.  Pastikan airnya ditukar setiap hari
  • Masukkan taugeh ke dalam bekas berisi air ang menutupi keseluruhan taugeh, kemudian masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam bekas rendaman.  Selepas itu boleh disimpan di dalam peti sejuk
  • Rebus air sehingga mendidih dan sejukkan.  Apabila sudah sejuk rendamkan taugeh tadi di dalamnya dan disimpan di dalam peti sejuk
  • Atau tidak perlu rendam didalam air hanya perlu buang ekornya dan simpan didalam peti sejuk sahaja
23 - Cara Merangupkan bawang goreng

Bagaimana untuk merangupkan bawang goreng yang banyak digunakan untuk menyedapkan masakan dan sebagai hiasan diatas makanan.  Ramai menghadapi masalah untuk mendapatkan bawang goreng yang ranggup tetapi sekarang bukan masalah lagi..Bawang kecil dikupas dan dibersihkan, dihiris nipis2...lebih nipis lebih sedap lagi.  setelah dihiris ambil sedikit majerin dan digaul bersama dengan bawang yang dihiris tadi.  Biarkan sekejap kemudian barulah digoreng didalam minyak yang banyak dan panas.

24 - Cara mempercepatkan puding membeku
Open house nak buat puding tetapi tetapi puding lambat nak beku :
Caranya masukkan loyang yang akan digunakan ke dalam peti sejuk di tempat beku (bahagian frozen). Biarkan selama 20 hingga 30 minit.  Kemudian keluarkan.  Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi dan masukkan semula ke dalam peti sejuk(bahagian chiller aje).  Hasilnya anda tidak perlu tunggu menunggu lama untuk menikmatinya.




PETUA BERKAITAN KESIHATAN  DAN PERUBATAN TRADISIONAL

1 - Cara mengurangkan tahap kolesterol didalam darah
Harini nak share petua cara mengurangkan kolesterol(tima kasih Zurina Ehwan atas perkongsian) :- 1 gelas kecil perahan limau kasturi, 1 gelas kecil perahan jus bawang putih, 1 gelas kecil perahan halia, satu gelas kecil  Apple Cider(masak keempat2 bahan 1 jam dgn api kecil). Sejukkan dan cmpurkan dgn 1 gelas kecil madu. Diambil 2 sudu sehari sebelum makan...Insyallah tahap kolesterol akan menurun..

2 - Cara untuk merawat asma secara tradisional
Pada mereka  yang menghidapi masalah lelah atau asma, Ketika cuaca macam ni , anda adalah orang yang paling perlu menjaga kesihatan dan berhati-hati kerana anda lebih mudah terdedah kepada masalah.  Selain dari rawatan moden, mari kita kongsi dari sudut rawatan tradsional, mudah2an dapat membantu:-
 Rebus sedikit halia, cekur, asam jawa dan temulawak.  Sejukkan dan minum air rebusan tersebut.  Hasilnya anda akan merasakan nafas anda ringan dan lancar.

3 - Cara untuk merawat keracunan makanan
Dalam keghairahan menghadiri majilis dan kenduri sana sini (yelah sekarang nie kan musim orang pergi haji). Kadang kala makan dan minum dah tak boleh control.  Akibatnya terkena keracunan makanan. Ini ada petua yang boleh dilakukan dirumah sebelum mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Rebus hingga mendidih secekak kangkung.  setelah agak kering sedikit, angkat dan sejukkan.  Apabila telah suam bolehlah diminum airnya.  Insyallah akan dapat melegakan sedikit kesakitan itu.

3 - Cara untuk menghilangkan atau mengurangkan batuk

PETUA 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan air suam.

PETUA 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.

PETUA 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.

PETUA 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.

PETUA 5


Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.





PETUA BERKAITAN PENJAGAAN PERALATAN RUMAH DAN LAIN-LAIN PETUA

1 - Cara untuk menajamkan gunting
Kadang-kadang kita akan hadapi masalah untuk menajamkan gunting samada gunting kain atau gunting didapur. Hari ini Leez akan kongsikan 3 cara yang dapat membantu kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah ini.
  1. Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Ingat guna gunting kita yg dah tak tajam tu ye. Gunting yang dtumpul itu akan tajam semula.
  2. Potong beberapa helai daun serai dengan gunting yang tumpul tu, kemudian asah mata gunting itu dengan daun serai. Hasilnya gunting akan tajam semula
  3. Selain daripada cara diatas anda juga boleh menajamkan gunting dengan menggunting daun tebu. Gunting hingga yang tumpul, tajam semula
2 - Cara membersihkan peti ais yang berbau
Pernah tak korang menghadapi peti ais berbau bila dibuka...almaklumlah  masing-masing busy dengan hal sendiri sampai x sempat membersihkan peti ais.  Apakata gunakan daun pandan, ambil 3,4 helai daun pandan, ikatkan dan terus masukkan ke dalam peti ais. Insyallah peti ais yang berbau busuk akan berbau harum sekali. Selain dari itu boleh dimasukkan sebungkus kopi dan simpankannya didlm peti sejuk atau titikkan esen vanila pd perca kain dan simpan dipeti sejuk.. Tapi ingat jangan sebab dah letak daun pandan dan barang2 yang lain ambik kesempatan xnak bersihkan peti ais pulak????bersih tetap kena bersihkan...yelah kat situ kan tempat letak makanan, lau kotor nanti tercemar pulak makanan tu....Sapa yang makan?, sapa yang susah? KITA JUGAKKKK...x gitu?

3 - Cara mententeramkan diri bila menghadapi musibah
Bagaimana untuk mententeramkan diri bila berlaku kes-kes seperti aku atau menghadapi apa-apa musibah dalam kehidupan kita...jika berada dirumah cepat2 ambil wuduk dan terus membaca AlQuran, seelok-eloknya sebelah pagi dan malam.  Jika berlaku diluar rumah bacalah ayat 3 Qul( surah AlIkhlas, surah Al Falaq, surah An Nas) , membaca ayat kursi dan istifar banyak2.  Insyallah ketakutan, panik dalam diri akan segera beransur-ansur reda...

4 - Cara membersihkan balang yang lama
Bulan puasa dah dekat dan tak lama lagi nak menyambut hari raya.  Apalagi surirumah pun pasti sibuk membersihkan balang-balang kuih yang boleh direcycle semula, jangan membazir tau.  Macamana erk...he3 oklah mula-mula basuh balang kuih dan keringkan. Masukkan kayu arang yang telah bersih dan kering ke dalam balang tersebut.  Tutup dan biarkan selama lebih kurang dua jam.  Selepas itu, buka tutup balang dan jika bau sudah hilang, barulah dibersihkan atau jika bau masih ada tutup balang dan biar arang didalamnya.



 



PETUA BERKAITAN PENJAGAAN KECANTIKAN WAJAH DAN BADAN

1 - Cara untuk menghilangkan jerawat

  1. Rendam asam gelugur semalaman.  Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campurkan dengan air rendaman tadi.  Sapukan pada muka.  Biarkan beberapa minit.  Lakukan dua kali seminggu.
  2. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu.  Campurkan dengan bedak sejuk.  Tepekkan di muka sebelum tidur.  Amalkan setiap hari
  3. Giling beras dengan daun inai hingga lumat.  Bulatkan adunan sebesar duit lima sen dan jemur hingga kering.  Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis.  Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
  4. Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air.  kemudian sapukan campuran tadi pada muka sbelum tidur.  Lakukan seberapa kerap yang boleh
  5. Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat.  Kemudian gosokkan ke muka setiap malam dan setelah kering.  Basuh muka dengan air bersih.  Amalkan petua ini setiap hari
  6. Campurkan susu tepung dengan air bersih.  Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh muka dengan air suam.  Amalkan selalu
  7. Belah dua biji tomato.  Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur.  Biarkan sehingga kering.  Buangkan biji tomato melekat di muka.  Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih.  Amalkan seminggu sekali.
  8. Masak secekak daun inai bersama dua cawan air.  Biarkan hingga mendidih.  Setelah sejuk, sapukan pada jerawat.  Amalkan setiap hari hingga hilang jerawat.
  9. Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air.  Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi.  Biarkan selama dua hingga tiga minit.  Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
  10. Ambil beberapa kulit timun.  Tumbuk hingga lumat.  Pupurkan kulit timun yang ditumbuk ke muka yang terdapat kesan jerawat.  Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan.  Amalkan setiap malam.
  11. Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya.  Titik pada jerawat secara melata pada muka.  Titik sebelum tidur.  Amalkan setiap malam
2 - Cara untuk mengelakkan jerawat berjerawat

Bancuh tepung kanji bersama putih telur.  Kemudian sapukan pada jerawat yang baru timbul dimuka. Jerawat akan hilang dan tidak akan meninggalkan kesan

3 - Cara untuk menghilangkan pigmentasi/bintik hitam
  1. Parut sebiji timun hingga hancur.  Campurkan parutan bersama tepung jagung.  Apabila sebati, sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering.  Amalkan setiap pagi.  Hasilnya kulit akan nampak bersih dan lembut.
  2. Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji telur.  Tampalkan tisu pada tempat ditumbuhi bintik hitam.  stelah kering tanggalkan.  cuci muka dengan air dan pencuci muka.  Lakukan 2 kali seminggu.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis.  Goreng tanpa minyak hingga kekuningan.  Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
  4. Belah limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam.  Sapukan pada bahagian berbintik hitm dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air.  Amalkan petua ini tiga kali sehari.
  5. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air.  sapukan pada muka yang telah dibersihkan.  Setelah kering, bersihkan muka dengan air suam
  6. Gaulkan satu sudu minyak zaitun dan sebiji telur.  Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.  Lakukan sebelum tidur





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com