BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam dipotong 12 ( lau anak ramai potong lagi kecik)
Bawang besar 2 biji**
Bawang putih 3 biji**
Lada kering segenggam ( digunting kecil2, direbus dengan air hingga lembut)**
Halia 1 inci**
Kunyit hidup 1/2 inci**
Buah keras 2 biji**
Belacan 1 inci**
Serai 2 batang
Asam jawa (jenama Adabi - mudah digunakan) 1 sudu besar
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Beberapa helai daun kesom
Garam, gula untuk perasa secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Ayam dipotong dan dibersihkan ( lihat petua PENYEDIAAN/PENYIMPANAN MAKANAN NO- 20 untuk cara-cara membersihkan ayam --> PETUA )
- Segala tanda ** kecuali serai yang diketuk sahaja dipotong kecil dan diblender bersama lada kering yang direbus. Jangan lupa masukkan minyak masak 1 sudu( untuk menghancurkan biji2 lada yang tertinggal)
- Panaskan minyak, masukkan serai yang diketuk dan tumis bersama-sama bahan-bahan no 2 hingga naik minyak. Itu menandakan paste lada telah masak betul. Jangan tak masak pulak kang sakit perut pulak yang memakannya.
- Masukkan daun kesom, asam jawa, garam, gula sedikit...tumiskan lagi. Dah sebati masukkan air secukupnya. nak pekat air sikit aje tapi kalau anak ramai kena air lebih..
- Biarkan mereneh agak-agak dalam 15 minit.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas atau makan dengan roti. Slurppp sedapnya...Bulan Ramadhan nanti jangan lupa cuba tau..
SELAMAT MENCUBA .....
Ayam masak asam pedas Johor ala-ala Leez Homemade...nyum nyum
No comments:
Post a Comment