JDT akan bertemu Kelantan...pasukan kuat tu.....tapi apa ada heran...JDT ada team bola yang hebat, team Management juga hebat...DAULAT TUANKU untuk TMJ Yang Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, TMJ sebagai penaung merangkap pengurust pasukan JDT telah membawa satu era baru dalam kesebelasan pemain begitu juga dengan pengurusan pasukan ini. Segunung tahniah untuk Tuanku dan team JDT...patik sebagai rakyat Johor begitu berbangga dan pastinya sentiasa setia dan menyokong dibelakang Tuanku. Harimau Selatan GO FOR IT!!!! untuk game final di Stadium Bukit Jalil nanti....tapi huhuhu aku x dapat ikut sama ke stadium ....nampaknya tengok tv ajelah. Tetap bersemangat oiii!!!
Main Bola Untuk Bersuka Ria, Jangan Berhasad Dengki, Jangan Bermusuh.. |
Apapun sebenarnya berada di padang bola bukan sahaja motifnya tertumpu untuk mengejar bola yang satu tu tapi...lebih dari itu... Dipadang kita tak nampak sikap plastik pemain-pemain, mereka adalah diri mereka sendiri walaupun mereka adalah selebriti. Mereka marah, mereka gembira, mereka hampa atau sedih...semuanya tergambar diriak wajah mereka. Realiti kehidupan juga seperti itu...kita bersama-sama orang lain juga ingin mengejar perkara yang sama contohnya dalam mengejar kejayaan. Bersikaplah secara adil dalam mengejar kejayaan itu. Kita juga berasa marah, gembira, hampa dan sedih tetapi itu tidak akan sekali-kali mematahkan semangat kita untuk berjuang macam pemain2 bolasepak tu. Walau sukar mereka tetap bermain bermati-matian hingga ke minit2 terakhir sebelum wisel dibunyikan....fokus mereka tetap satu nak MENANG...
JDT DAN JOE FLIZZOW |
Luaskan Kuasamu Johor Darul Takzim ! |
PETUA UNTUK HARI INI
Pernah tak korang menghadapi peti ais berbau bila dibuka...almaklumlah masing-masing busy dengan hal sendiri sampai x sempat membersihkan peti ais. Apakata gunakan daun pandan, ambil 3,4 helai daun pandan, ikatkan dan terus masukkan ke dalam peti ais. Insyallah peti ais yang berbau busuk akan berbau harum sekali. Selain dari itu boleh dimasukkan sebungkus kopi dan simpankannya didlm peti sejuk atau titikkan esen vanila pd perca kain dan simpan dipeti sejuk.. Tapi ingat jangan sebab dah letak daun pandan dan barang2 yang lain ambik kesempatan xnak bersihkan peti ais pulak????bersih tetap kena bersihkan...yelah kat situ kan tempat letak makanan, lau kotor nanti tercemar pulak makanan tu....Sapa yang makan?, sapa yang susah? KITA JUGAKKKK...x gitu?
SELAMAT MENCUBA!!! -Lebih banyak petua di Petua-
No comments:
Post a Comment