Sunday, 16 June 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA SPECIAL EDITION !

Assalamualaikum...hari yang penuh bersejarah dalam tahun 2013 ini...kenapa?  Hari ini adalah hari jadi my hubby yang ke 43 tahun yang jatuh juga pada hari Bapa Sedunia, tidak lupa juga hari ini adalah hari HOL untuk arwah Maktua ku yang tercinta...3 hari istimewa yang perlu diingati.  Semoga bapa-bapa diluar sana akan sentiasa menjadi ketua keluarga yang terbaik dalam memimpin keluarga masing2.  Ini termasuk untuk suamiku jua....x gitu?  Sempena hari istimewa sang suami ni sang isteri telah sudi menyediakan  kek hari jadi n kek hari bapa untuk suaminya...hemmm chewah.  Dengan bantuan anak-anak, masing2 sibuk didapur melakukan tugas dapur bersama-sama dari yang sikecik sampai kakak yang besar. Akhirnya 3 menu telah berjaya kami sediakan... Kek coklat ganache bersama-sama buttercream frosting, makaroni bakar ala-ala melayu dan puding roti pelangi.  Terbaekkkk...yelah apa yang kami masak, kami jugak yang makan hehehe...

Tadaaa ! Kek Chocolate Ganache, Makaroni Bakar, Puding Roti Pelengi
Dihidangkan Bersama Air
Menu yang simple tapi menyelerakan.  Nak resepi ke? jap ye nanti akan dikongsikan bersama.  Makaroni bakar nie memang kegemaran keluarga aku.  Jadi tak sampai beberapa minit aje,  licin( versi licin lupa pulak nak amik gambo). Puding tu pulak memang kegemaran aku. Kalau masuk peti ais lagilah terangkat Pehhhh..


Makaroni Yang Dihidang Panas2 !
Aikk Dah Hilang Sepotong? Sape Punye Kerja Lah Nie..

Haa..Nie Lah Versi Makaroni Yang Belum Diusik Dan Masih Berada Di Dalam Loyang.. 

Puding Roti Idaman Ku..Mungkin Idaman Korang Jugak? Nyum ! x gitu?

Walaupun Rupamu Tak Seberapa, Namun Kau Tetap Menjadi Idamanku..Nielah Watak Utama Untuk MAJLIS HARI BAPA DAN HARI LAHIR Hari Nie.. >.<
Bercakap tentang sambutan hari bapa mengingatkan aku pada arwah abah...Alfatihah untuk arwah abah.  Semoga rohnya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman....Amin....Walaupun aku  telah hampir 9 tahun kehilangan abah tersayang yang telah pulang ke rahmahtullah tapi pada aku abah akan sentiasa berada dihati aku sampai kehujung nyawaku...Bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai bapa...hargailah mereka selagi ada hayat.

Segala pengorbanan abah dari sejak aku kecil sampai dah berumahtangga akan tetap aku kenang.  Sebagai anak sulung aku banyak diajar oleh abah bagaimana untuk berhadapan dengan dunia ini...kenangan kali pertama diajar ke pasar dan belajar mengenali dunia ikan, daging ayam, sayur-sayuran tetap aku ingat sampai bila-bila.  Dunia yang baru ku kenali sewaktu berumur 7 tahun...yg mana pada kanak-kanak lain, pasar adalah tempat yang paling tidak disukai, yelah tempat yang berbau dan becak...tapi abah mengajar aku mengenali itu semua, waktu itu aku tetanya-tanya kenapa ke situ.  Rupanya setelah aku bekerja dan tinggal menyewa ilmu itulah yang kubawa bersama. Dengan ilmu itu juga aku dijadikan pusat rujukan rakan2 serumah kalau nak membeli bahan mentah di pasar.  Abah juga mengajar aku untuk lebih berdikari dan sentiasa hormat kepada orang lain. Terima kasih abah atas segala tunjuk ajar selama ini.  Walaupun abah dah tiada, segala ilmu yang diberikan akan sentiasa digunakan pakai sampai bila-bila...

Sekali lagi aku berdoa agar suamiku akan menjadi bapa yang terbaik kepada anak-anakku...suami terbaik untukku...SELAMAT HARI BAPA juga untuk bapa mertuaku...


PETUA UNTUK HARI INI
Cara untuk menyimpan biskut supaya tahan lama
Taburkan sedikit gula kedalam balang tempat simpanan biskut. Kemudian barulah masukkan biskut anda kedalamnya. Ini akan mengelakkan biskut berbau hapak dan tahan lama.

Cara untuk mencantikkan permukaan biskut
Campurkan sedikit esen vanila kedalam telur putih atau telur kuning.  Sapukan diatas biskut, kemudian dibakar seperti biasa.  Pastinya biskut akan lebih cantik, licin dan menarik bila siap dibakar.

SELAMAT MENCUBA!!!      - Lebih banyak petua di PETUA -







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com