Puding Roti Pelangi Leez's Homemade ! |
BAHAN-BAHAN
- 5 keping roti (Leez kidnap roti baki sarapan pagi tadi hihihi)
- Air 4 1/2 cawan
- Susu cair 1/2 cawan
- Susu pekat 1/2 cawan
- Gula pasir 1/2 cawan
- Agar-agar kering 12gm
- Butter cair 2 sudu
- Telur 2 biji
- Bekas untuk meletak puding (Leez guna mangkuk)
- Pewarna Coklat emulco, hijau epal, pink
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Roti dicarik2 (ala carik je macam tengah lepaskan geram) + Susu cair + Susu pekat + Air 1/2 cawan + Telor 2 biji ( semua sekali masukkan dalam blender dan biarkan mereka bermesra(bercampur) kat dalam tu)
- Agar-agar kering dimasak bersama gula hingga hancur dalam periuk, dah bersatu, tapis (untuk elak berketul2) dan masukkan semula ke dalam periuk
- Bahan yang diblender tadi dimasukkan ke dalam periuk berisi agar2 bersama butter yang telah dicairkan. Kacau hingga sebati dan likat sedikit.
- Bahagikan puding kepada 3 warna sama rata. Dimulakan dengan coklat, diikuti warna hijau dan akhir warna pink. Lakukan berselang seli sehingga habis (ala-ala kek marble). (nak tukar warna lain pun boleh..ikut sukahati korang..)
- Masukkan kedalam peti sejuk dan rehatkan lebih kurang 3 jam sebelum dimakan...
- Akhir Sekali? Makan Lah..Apa Tunggu Lagi.. >.<
No comments:
Post a Comment