Berbalik kepada cheese tart tu dapatlah dalam 200 biji. Oklah tu buat contoh rasa2...Insyallah aku akan post gambo cun kat sini utk tatapan semua but not now sb kamera canggih aku dah masuk air so x dapatlah nak guna (kwang..kwang..kwang..hihihi). Mudah-mudahan banyaklah order untuk raya nie...dapatlah income sikit2...Insyallah....Amin..Dah penat buat biskut tart...esoknya hari Jumaat aku dan anak2 berseronok buat pizza plak...Fuhh rajin betullah kitaorg nie (upkan diri sendiri...x salah kan..x gitu? hahaha). sekg tepung dapatlah 6 keping pizza dgn topping yang berbagai citarasa..yelah buat sendiri..hentam aje nak letak apa tapi yg penting sedapppp...3 keping pizza kami hadap ramai2...lagi 3 keping buat frozen untuk majlis hari lahir anak saudara aku esok (sabtu) merangkap hari istimewa aku n suami aku gak....
Hari sabtu yang sibuk.....hari ini satu Malaysia cuti sambut hari keputeraan DYMM Sri Paduka Yang Dipertuan Agong...DAULAT TUANKU(tp hubby x cuti, biasalah keje kilang). Pagi sibuk mengemas rumah sambil buat kek pandan layer untuk majlis hari lahir anak saudara...tengahari lepas masak terus amik bonda tercinta di Tol air Hitam, on the way pegi jem teruk di persimpangan nak masuk tol, ingatkan ramai bebenor org cuti. Rupanya tgh renovate jalan n parit untuk upgrade jalan lebih lebar dan selesa. Mula-mula memang nak marahlah gak, yelah jauh tu jemnya...tapi bila fikir balik...lau x buat camni macamana kerajaan nak bagi keselesaan pada pengguna jalanraya...bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...x gitu? Lepas amik mak kat tol...terus bergegas gi beli barang utk persiapan hari lahir anak saudara aku...adush penatnya....
Tahu Tak Apa Makna Holiday? Ketenagan ! XD |
Sampai rmh trus masak mee goreng...nasiblah mak ada tolong aku siap2kan bahan mentah...Majlis hari lahir malam tu meriahlah gak...Meriah dgr suara budak2, aku ada 6 org anak saudara..(cuma seorang xda mlm tu di JB...Afiq sayang) wah dah macam hari rayalah pulak..Penat, letih tapi meriah sakan...hehehe....Berkumpul dgn keluarga adalah moment yg paling tidak dapat dilupakan..x gitu? Mlm tu gak aku perkenalkan blog kesygan aku nie pada adik-adik iparku....Blog yang mengandungi pelbagai citarasa dan rempah ratus didalamnya (ala-ala rojak) yang akan aku garap menjadi cetusan ilham buat diriku, keluargaku, teman2ku n sapa-sapa aje di muka bumi ini....Insyallah...Setiap kali aku akhiri entriku, insyallah aku akan lampirkan bersama petua-petua atau tips untuk renungan kita bersama....
PETUA UNTUK HARI INI
Cara untuk meranggupkan biskut (apa-apa jenis biskut)
Setelah kita membuat dough utk biskut kegemaran kita, bungkuskan dgn plastik lekap dan diletakkan didalam peti ais(kadang2 aku gunakan bekas kedap udara aje), biarkan selama 1-2 jam, setelah itu keluarkan dan barulah dibentuk ikut kesukaan kita. Pasti biskut menjadi lebih ranggup dan yummy..
SELAMAT MENCUBA!!! - Lebih banyak petua di Petua -
No comments:
Post a Comment