Tuesday, 25 June 2013

RESEPI - Cekodok Pisang Ohh Cekodok Pisang..

Assalamualaikum...segarnya pagi nie selepas bumi dibasahi hujan semalam.  Syukur Alhamdulillah kerana berkat doa kita semua, hujan telah turun dan meredakan jerebu teruk yang melanda Malaysia ini.  Pagi nie aku nak kongsikan resepi yang rasanya satu Malaya dah tahu tapi rasanya ada juga yang masih terkial-kial nak membuatnya (termasuklah aku satu masa dahulu)....hehehe.  Kenal x makanan tradisi apa dibawah ini? Hemmm apalagi cekodok pisanglah......Jom tengok resepinya...

Cekodok pisang yang sedia untuk dimakan (Hitam hitam sitampok manggis, makin hitam makin manis)

 CEKODOK PISANG AKA JEMPUT-JEMPUT PISANG LEEZ's HOMEMADE

BAHAN-BAHAN
Pisang Kapas - 500gm
Gula Pasir - 100gm
Tepung Naik Sendiri (Diayak) - 300gm
Tepung Gandum (Diayak) - 300gm
Soda Bikarbonat - 1/2 Sudu Kecil
Garam - 1/2 Sudu Kecil

CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Pisang dilenyek gunakan apa sahaja bahan yang boleh melenyek pisang (Leez guna gelas kaca. Andai ada kemalasan guna aje blender tapi x ori lah kan.. )
  • Jika menggunakan tepung naik sendiri(ayak dahulu supaya tepung lebih ringan dan dapat buang bend asing yang ada pada tepung), x perlu tambah baking soda atau baking powder.
  • Jika menggunakan tepung gandum biasa ayak bersama dengan baking soda ya.
  • Mula-mula, Satukan pisang yang telah dilenyek, tepung naik sendiri ATAU tepung gandum bersama soda bikarbonat, gula dan garam didalam satu bekas. Kacau sebati. Jangan ditambah air ok.
  • Leez biasanya biarkan selama 1 jam sebelum di goreng atau jika nak buat sarapan esok pagi, malam masukkan ke dalam peti sejuk aje.
  • Kemudian, Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng.  
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau nak sedap dimakan bersama aiskrim vanilla..yum yum yum !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com