Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara..How I Miss Rainy Day.. |
Hari Rabu sibuk buat contoh2 kek untuk diberikan pada kawan2, yelah kami budak baru belajar kan..kan..kan.. Adik ipar pun mtk utk 6o bungkus buat contoh..biasalah masing2 nak ngetes rasa...Mudah2an mereka suka dan akan oder hehehe...Amin. Pagi selepas hantar anak2 ke sekolah aku dah bersilat siapkan kek asam manis, kek batik, kek coklat dan sedikit tart blueberry/strawberry. Siap semuanya dalam jam 12.30 tengahari...perfect timing sb lepas nie nak hantar anak sekolah petang pulak....Simpan sumenya dalam esbox direct to school. Kekadang rasa macam superwoman pulak hihihi (perasanlah tu..) ..kejap kat dapur, kejap hantar anak ke sekolah, kejap ke kedai atau ke pasar, kejap jumpa customer atau bakal customer....fuhhhh ngalahkan ahli koporat nie...Boleh dapat DATUK x?
Chocolate Cupcakes With Toppings ! Ditoppingkan Dengan Fresh Cream Dan Dihiaskan Dengan Oreo, Cherry Dan Chocolate Rice.. |
Hari Khamis....dapat order dari sekolah anak...nak cupcakes untuk jualan hari gerko a.k.a. hari ko-kurikulum. Cupcakes coklat ala2 negeri orang putih tu...topping dia nak coklat oreo dan cherry merah. X boleh ke mintak ala2 Melayu macam letak durian ke, letak rambutan ke atau yang cun sekali letak manggis...anti oksidan tuuu....hahaha....Saja je nak melawak time2 jerebu nie. Selalu kena ingat customer always right, so diaorg hve the right to choose, x gitu?. Tapi bila difikirkan semula why not letak buah2an tempatan sebagai hiasan? xpa nti aku RnD dulu. RnD memang jadi kegemaran aku, lau x jadi apa jua masakan yg aku try, aku jugak yg makan...sebab tu aku setuju lau tukang masak nie badan comel2 macam aku nie (ikhlas mengaku dari hati tau)...hemmm. Rasa harini nak kongsi resepi buat cupcakes nielah. Jap ye....nanti kita follow resepi...Tungguuuuu..
Macam biasa nak tutup entry kena ada petua...arini korang nak petua apa....jomlah kongsi sama2. Sesiapa yang sudi membaca blog aku nie dialu-alukan untuk kongsi petua utk kita manafaatkan bersama-sama. Hanya PM di https://www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes atau email saya di norlizasarno@gmail.com Terima kasih in advance kepada sesiapa yang bakal berkongsi petua dengan Leez.
PETUA UNTUK HARI INI
Kadang-kadang kita akan hadapi masalah untuk menajamkan gunting samada gunting kain atau gunting didapur. Hari ini Leez akan kongsikan 3 cara yang dapat membantu kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah ini.
- Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Ingat guna gunting kita yg dah tak tajam tu ye. Gunting yang dtumpul itu akan tajam semula.
- Potong beberapa helai daun serai dengan gunting yang tumpul tu, kemudian asah mata gunting itu dengan daun serai. Hasilnya gunting akan tajam semula
- Selain daripada cara diatas anda juga boleh menajamkan gunting dengan menggunting daun tebu. Gunting sampai yang tumpul, tajam semula
No comments:
Post a Comment