Sunday, 30 June 2013

Resepi - Ayam masak asam pedas versi Leez's Homemade





BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam dipotong 12 ( lau anak ramai potong lagi kecik)
Bawang besar 2 biji**
Bawang putih 3 biji**
Lada kering segenggam ( digunting kecil2, direbus dengan air hingga lembut)**
Halia 1 inci**
Kunyit hidup 1/2 inci**
Buah keras 2 biji**
Belacan  1 inci**
Serai 2 batang
Asam jawa (jenama Adabi - mudah digunakan) 1 sudu besar
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Beberapa helai daun kesom
Garam, gula untuk perasa secukupnya


CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dipotong dan dibersihkan ( lihat petua PENYEDIAAN/PENYIMPANAN MAKANAN NO- 20 untuk cara-cara membersihkan ayam --> PETUA )
  2. Segala tanda ** kecuali serai yang diketuk sahaja dipotong kecil dan diblender bersama lada kering yang direbus.  Jangan lupa masukkan minyak masak 1 sudu( untuk menghancurkan biji2 lada yang tertinggal)
  3. Panaskan minyak, masukkan serai yang diketuk dan tumis bersama-sama bahan-bahan no 2 hingga naik minyak.  Itu menandakan paste lada telah masak betul.  Jangan tak masak pulak kang sakit perut pulak yang memakannya.
  4. Masukkan daun kesom, asam jawa, garam, gula sedikit...tumiskan lagi. Dah sebati masukkan air secukupnya.  nak pekat air sikit aje tapi kalau anak ramai kena air lebih..
  5. Biarkan mereneh agak-agak dalam 15 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas atau makan dengan roti. Slurppp sedapnya...Bulan Ramadhan nanti jangan lupa cuba tau..
SELAMAT MENCUBA .....

Ayam masak asam pedas Johor ala-ala Leez Homemade...nyum nyum




Kemalangan itu tidak berbau..Syukur Ya Allah aku selamat..

Assalamualaikum....fuhh dalam kedinginan pagi syahdu akhirnya ada masa gak untuk update entri kat my beloved blog nie..

Syukur..syukur kehadrat illahi kerana aku masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun ada kesan sakit-sakit di tangan sebelah kiriku....Mesti ramai tertanya-tanya nape entri macamnie....nak jadikan cerita aku telah terlibat dalam kemalangan...oppss bukan kemalangan jalanraya...syukur tetapi kemalangan didalam lif.  Kenapa lif pulak...Alamak banyak pulak persoalannya.

Pada hari sabtu 29hb yang lepas telah diadakan taklimat dari JKM dan BAITULMAL disebuah pejabat 4 tingkat dikawasan daerah tempat tinggalku dan aku menjadi salah seorang dari petugas yang terlibat dalam majlis itu.  Sebenarnya aku telah ditugaskan untuk mengangkat kerusi tambahan untuk peserta kursus, dari tingkat 3 ke tingkat 4..cara terbaik tentulah gunakkan lif..x gitu...Setelahku susun sebahagian kerusi didalam lif, rakanku pula memegang sebahagian kerusi lagi yg bakal dimasukkan kedalam lif...nakdi jadikan cerita rakanku tidak sengaja telah terlepaskan pegangan kerusi dan menyebabkan lif itu tetutup dengan tiba-tiba.....Aku yang berada didalam terperangkap bersama-sama kerusi yang tunggang langgang(bayangkan ketika anda melihat blender yang sedang berputar) begitulah aku gambarkan diriku ketika itu.  Lif berhenti ditingkat bawah...disebabkan kerusi tersangkut di dinding maka lif itu tidak terbuka dan aku didalam telah terhempap dek kerusi yang tunggang langgang itu.   Alhamdulillah dengan sekuat tenaga aku cuba menolak kerusi utk melepaskan diri.  Tolakan berjaya melepaskan aku dari situasi cemas tadi....perasaan panik mula menguasai..aku mula alami masalah susah bernafas mungkin disebabkan terkejut.


Sekadar gambar hiasan...contoh lif yang terlibat dalam kes aku huhuhu(gambar ehsan dari internet)

Siapa sangka semua ini terjadi kepadaku...aku cuba bertenang..Lif bergerak semula hingga ke tingkat 3.  Syukur aku mendengar namaku dipanggil.."Akak ok ke" kata sipemanggil yang amat aku kenali . Syukur aku dapat mendengar suaramu Nor...lega rasa hati.  Seorang demi seorang memanggilku dan mengharapkan aku bertenang didalam lif tu.  Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku ketika itu.  Bayangkan terperangkap didalam ruang lif yang kecil bersama-sama kerusi yang tidak tentu arah susunannnya.  Aku hanya mampu berdoa....pelbagai usaha dilakukan untuk mengeluarkan aku dari lif tu sementara menunggu mekanik baiki lif tiba.  Sedang mereka melakukan pelbagai usaha, tiba-tiba lif bergerak semula kebawah.  Aku menjadi panik semula...Ya Allah kenapa begini...Dari bawah ia bergerak semula ke tingkat 3...Kawan-kawan mula memanggil namaku..aku menjawab dengan mengatakan aku ok(entahlah...ok ke tidak hanya Allah yang tahu).


Inilah contoh kerusi banquet yang turut menyumbangkan keributan di dalam kes aku(sekadar gambar hiasan..ehsan dari internet)

Sedang mereka melakukan usaha bantuan kepadaku....lif bergerak semula ke tingkat 2.  Dah macam yoyo aku rasakan saat itu.  Tiba-tiba ada insan mulia memanggilku dari luar.  Rasanya dengan segala tenaga yang ada padanya dia menolak pintu lif sekuat hati dan menjerit agar aku keluar dengan pantas..Tanpa berlengah aku cuba meloloskan badanku dicelah-celah kerusi itu.  Alhamdulillah syukur aku berjaya keluar dari lif tersebut..Fikiranku terhenti tiba-tiba, tidak dapat berfikir hinggakan aku tidak ingat samada telah mengucapkan terimakasih kepada yang membantuku ketika itu atau tidak.  Sahabat penyelamatku..terima kasih kerana membantuku...hanya Allah yang dapat membalas segala pertolonganmu.

Badanku basah lencun dibasahi peluh...bajuku juga terkoyak sedikit...mungkin ianya terkoyak  ketika aku berusaha menolak segala kerusi yang jatuh ke atasku tadi.  Apapun aku bersyukur kerana tiada apa yang tidak elok berlaku padaku.  Memang hari ini telah tertulis n termaktub dalam lipatan sejarah hidupku...Setelah menenangkan diriku sendiri aku telah kembali ke tingkat 4 untuk menyambung semula tugasku disana.  Ada petugas dan peserta yang tahu dan ada juga yang tidak tahu apa yang berlaku kepadaku sebentar tadi...xpalah yang penting aku selamat...Ya Allah syukur kepadamu....Sehingga habis taklimat itu badanku masih lagi mengeletar lebih-lebih lagi bila mengingati kejadian tadi...Senyum dalam tangisan lagaknya....tetapi aku bersyukur kerana segala usaha aku untuk menjual produk2 kek dan tart aku berjaya dilakukan...sold out  dan feedback  juga amat menakjubkan.....Alhamdulillah Allah mendengar doaku...hambamu ini diuji dahulu sebelum diberi ganjaran....aku redha Ya Allah...

Walaupun badanku masih sakit2 aku gagahkan juga untuk berkongsi cerita dengan kawan2 semua.  Berhati-hati walau apapun yang kita kerjakan atau lakukan...kemalangan itu tidak pernah dapat dihidu..

PETUA UNTUK HARI INI
Bagaimana untuk mententeramkan diri bila berlaku kes-kes seperti aku atau menghadapi apa-apa musibah dalam kehidupan kita...jika berada dirumah cepat2 ambil wuduk dan terus membaca AlQuran, seelok-eloknya sebelah pagi dan malam.  Jika berlaku diluar rumah bacalah ayat 3 Qul( surah AlIkhlas, surah Al Falaq, surah An Nas) , membaca ayat kursi dan istifar banyak2.  Insyallah ketakutan, panik dalam diri akan segera beransur-ansur reda...Insyallah..


SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -



Tuesday, 25 June 2013

RESEPI - Mee Ladna Bungkus Leez's Homemade





BAHAN-BAHAN

Mee Kuning/ Mee Hoon/ Kuey Tiow  - 500gm
Kicap Cair/ Kicap Manis
Bawang Putih - 4 Ulas
Carrot
Kobis Bunga                                            
Baby Jagung                                                                        
Capsicum/ Lada Benggala (Merah/ Hijau/ Kuning)
Cili Padi (Kalau Suka Pedas)                                                                      
Ayam (Potong Kecil-kecil)                                                  
Sotong (Potong Kecil-kecil)
Fish Ball
Daun Sup
Sos Tiram
Kiub Ayam
Tepung Jagung
Air - 2 Cawan
Minyak Masak Untuk Menumis
**  SEMUA SAYUR-SAYURAN SENGAJA LEEZ X LETAK JUMLAH GM SEBAB MAIN CAMPAK BALING AJE.  AGAK-AGAK AJELAH, LAU NAK BANYAK LETAK IKUT SUKA AJE OK.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH
  • Basuhkan Mee Kuning (Jika Guna Mee Kuning) Untuk Membuang Kapur-Kapur.
  • Panaskan Minyak Masak, Ketuk Bawang Putih Seulas Dan Tumiskan Didalam Minyak Yang Telah Panas Tadi. Diikuti Dengan Mee Kuning/ Mee Hoon/ Kuey Tiow Tadi. Masukkan Kicap Cair Dan Kicap Manis Secukup Rasa. Apabila Dah Sebati Dan Masak Letakkannya Didalam Pinggan. Ketepikan.
  • Didalam Periuk Lain Tumiskan 3 Ulas Bawang Putih Yang Telah Diketuk, Masukkan Ayam Dan Segala Sayur-sayuran Yang Lambat Empuk( Seperti Carrot, Baby Jagung). 
  • Masukkan Sos Tiram, Air 2 Cawan, Kiub Pati Ayam, Capsicum/ Lada Benggala Dan Cili Padi. Renehkan Sebentar.
  • Akhir Sekali Masukkan Sotong, Fish Ball. Kemudian Tuangkan Perlahan-lahan Tepung Jagung (Dibancuh Dengan Air Sedikit).  Tutupkan Api Dan Boleh Dihidang.
CARA MEMBUNGKUS MEE
  • Ambil Mee Dalam Anggaran 3 Sudu Besar Dan Letakkan Diatas Telur Dadar Yang Telah Digoreng Dan Bungkuskannya. Terbalikkan Diatas Mangkuk Dan Potong Sedikit Diatas Telur (Bentuk Pangkah) Kemudian Bukakannya Untuk Membentukkannya Seperti Kelopak Bunga Yang Terbuka.  Mee Didalam Akan Kelihatan.
  • Curahkan Kuah Diatas Mee Bungkus Itu Dan Lengkapkan Dengan Taburan Daun Sop..Sedia Untuk Dimakan !!
Lebih cantik  kalau ada sayur sawi ( Leez x letak sebab xda dalam peti sejuk masa masak mee nie huhuhu)




RESEPI - Cekodok Pisang Ohh Cekodok Pisang..

Assalamualaikum...segarnya pagi nie selepas bumi dibasahi hujan semalam.  Syukur Alhamdulillah kerana berkat doa kita semua, hujan telah turun dan meredakan jerebu teruk yang melanda Malaysia ini.  Pagi nie aku nak kongsikan resepi yang rasanya satu Malaya dah tahu tapi rasanya ada juga yang masih terkial-kial nak membuatnya (termasuklah aku satu masa dahulu)....hehehe.  Kenal x makanan tradisi apa dibawah ini? Hemmm apalagi cekodok pisanglah......Jom tengok resepinya...

Cekodok pisang yang sedia untuk dimakan (Hitam hitam sitampok manggis, makin hitam makin manis)

 CEKODOK PISANG AKA JEMPUT-JEMPUT PISANG LEEZ's HOMEMADE

BAHAN-BAHAN
Pisang Kapas - 500gm
Gula Pasir - 100gm
Tepung Naik Sendiri (Diayak) - 300gm
Tepung Gandum (Diayak) - 300gm
Soda Bikarbonat - 1/2 Sudu Kecil
Garam - 1/2 Sudu Kecil

CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Pisang dilenyek gunakan apa sahaja bahan yang boleh melenyek pisang (Leez guna gelas kaca. Andai ada kemalasan guna aje blender tapi x ori lah kan.. )
  • Jika menggunakan tepung naik sendiri(ayak dahulu supaya tepung lebih ringan dan dapat buang bend asing yang ada pada tepung), x perlu tambah baking soda atau baking powder.
  • Jika menggunakan tepung gandum biasa ayak bersama dengan baking soda ya.
  • Mula-mula, Satukan pisang yang telah dilenyek, tepung naik sendiri ATAU tepung gandum bersama soda bikarbonat, gula dan garam didalam satu bekas. Kacau sebati. Jangan ditambah air ok.
  • Leez biasanya biarkan selama 1 jam sebelum di goreng atau jika nak buat sarapan esok pagi, malam masukkan ke dalam peti sejuk aje.
  • Kemudian, Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng.  
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau nak sedap dimakan bersama aiskrim vanilla..yum yum yum !


Monday, 24 June 2013

Tempahan Kek Hari Jadi Full Of Chocolate ! X Gitu?



Assalamualaikum....hari Ahad sibuk menyiapkan tempahan kek harijadi cik Faezah yang menyambut hari lahir yang ke 16 tahun.  Kek yang penuh bercoklat nie memang menjadi kegilaan budak-budak....ala orang dewasa pun suka juga kan x gitu?....Anyway terima kasih kerana sudi menempah kek dengan Leez's Homemade Cookies and Cakes...

Esoknya dapat feedback dari cik Faezah...sedap katanya, sekejap aje dah licin....Alhamdulillah....Leez rasa bersyukur andai customer2 memberi good feedback apabila mereka merasa kek atau biskut buatan Leez.  Terima kasih semua sebab support Leez.  Ehem...jangan lupa tempah lagi tau...

Oh ya bermula hari ini Leez akan memberikan diskaun kepada sesiapa yang ingin menempah KEK ASAM MANIS untuk dinikmati sekarang atau untuk tempahan hari raya nanti....Jangan lepaskan peluang yea....Jom pakat ramai2 n jangan lupa story kat kawan-kawan tau....hehehe.. Untuk keterangan lanjut klik sini HARGA


PETUA UNTUK HARI INI

Menu ikan air tawar atau ikan sungai memang sedap tapi masalah pulak bila masak baunya kuat dan berlendir lagi.  Cara-cara mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil sehelai daun pisang, garam kasar dan asam keping.  Daun pisang dicarik-carik dan dicampur dengan garam kasar dan asam keping lalu diramas bersama-sama ikan air tawar atau ikan sungai.  Biarkan seketika dan dibasuh seperti biasa.  Bukan sahaja ikan tidak akan berbau hanyir malah apabila dimasak akan menjadi lebih sedap lagi..

SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -




Harga Diskaun Terbaikk Sempena Musim Perayaan Ini ! X Gitu?

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN !

PENGUMUMAN !!!! PENGUMUMAN !!! SEMPENA HARI RAYA YANG AKAN MENJELANG TIBA TAK LAMA LAGI...LEEZ DENGAN MURAH HATINYA INGIN MEMBERIKAN DISKAUN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENIKMATI KEK ASAM MANIS PADA MUSIM PERAYAAN NANTI ATAU MENJAMU KAWAN2 SEBELUM KEDATANGAN RAMADHAN N SYAWAL...

JANGAN MALU-MALU UNTUK  MEMBUAT TEMPAHAN DI :-

NO H/P  :  012 7730491  atau
EMAIL  :  norlizasarno@gmail.com  atau
PM (private message):  https://www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes



 (SAIZ KEK 8 X 8 )      

DISKAUN PERAYAAN BERMULA HARI INI !!!
  • KEK LAPIS ASAM MANIS
       >> 1++  kg   - RM35.00
          >> 2 ++ kg - RM70.00 RM65.00


Untuk jengah harga-harga kek yang lain dan cheese tart terbaekkk diabad ini sila klik sini  -->  HARGA




    Friday, 21 June 2013

    Chocolate Cupcakes Leez's Homemade !

    Haa..Nampak Tue? Chocolate Cupcakes Oreo? Sedapnya !! 
    Ni Pulak Chocolate Cupcakes Cherry ! >.<

    Leez tengah murah hati nak share resepi dgn korang nie..hahah ! Jom kite tengok resepinya..

    BAHAN-BAHAN

    Bahan A
    150gm butter dicairkan/ minyak jagung
    180gm susu cair
    200gm gula castor
    220 gm susu pekat (kurangkan lau xnak manis sangat)
    1 sudu coklat emulco

    Bahan B
    50gm serbuk koko (guna jenama Van Houten)
    90gm tepung
    1/2 sudu kecil bikarbonat
    1/2 sudu kecil baking powder

    Bahan C
    3 biji telor gred A

    CARA-CARA MEMBUATNYA:-

    Chocolate Cupcakes Yang Telah Dimasukkan Dalam Cup..
    Tapi  Belum Dikukus Ya..


    Chocolate Cupcakes Yang Telah Siap Dikukus ! >.<
    1. Bahan A dimasukkan kedalam satu periuk dan dimasak hingga sebati, tidak perlu terlalu mendidih.
    2. Bahan B diayak bersama-sama agar mereka dapat bermesra di dalam adunan nanti.
    3. Bahan C dipukul hingga kembang dan 'gebusss'.
    4. Apabila Bahan C dah kembang, masukkan Bahan A berselang seli dengan Bahan B. Dah bersatu semuanya rehatkan sebentar dalam 15 - 20 minit. Sementara itu panaskan periuk kukusan. Ingat, Sentiasa panaskan periuk kukusan sebelum mengukus kek ya.
    5. Masukkan adunan kedalam cup kegemaran korang.  Leez gunakan yang cup sedang2 aje. Masukkan adunan 1/2 aje sebab kek tu akan naik selepas dikukus..so kita tak nak kek tu terlampau naik sbb kita nak hiaskan dengan buttercream nanti.  Kukus 20 minit.
    6. Sejukkan kek kita dan mula menghias dengan buttercream atau coklat ganache pun boleh.  Hias ikut suka hati korrang yang penting sedap dipandang mata. Hias dengan penuh perasaan bahagiatau ! hahah. Atas permintaan hiasan kali ini, Leez hiaskan dengan biskut oreo dan ceri merah.
    Hasilnyaa !








    Jerebu..Masih Jerebu..

    Assalamualaikum....dah 2 hari xda entry...sibuk sikitlah.  Rindu gak nak menaip...hishh tapi bila teringat tentang jerebu rasa malaslah pulak.  Sedikit menganggu waktu nak menaip...Mata pedih ngadap komputer nie...hidung pun terasa perit dan asyik nak berdesin aje...Moga-moga 2, 3 hari ini hujan rahmat akan turun untuk meredakan jerebu nie....Amin, amin Ya rabbalalamin....


    rain
    Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara..How I Miss Rainy Day..

    Hari Rabu sibuk buat contoh2 kek untuk diberikan pada kawan2, yelah kami budak baru belajar kan..kan..kan..  Adik ipar pun mtk utk 6o bungkus buat contoh..biasalah masing2 nak ngetes rasa...Mudah2an mereka suka dan akan oder hehehe...Amin.  Pagi selepas hantar anak2 ke sekolah aku dah  bersilat siapkan kek asam manis, kek batik, kek coklat dan sedikit tart blueberry/strawberry.  Siap semuanya dalam jam 12.30 tengahari...perfect timing sb lepas nie nak hantar anak sekolah petang pulak....Simpan sumenya dalam esbox direct to school.  Kekadang rasa macam superwoman pulak hihihi (perasanlah tu..) ..kejap kat dapur, kejap hantar anak ke sekolah, kejap ke kedai atau ke pasar, kejap jumpa customer atau bakal customer....fuhhhh ngalahkan ahli koporat nie...Boleh dapat DATUK x?


    Chocolate Cupcakes With Toppings ! Ditoppingkan Dengan Fresh Cream Dan Dihiaskan Dengan Oreo,
    Cherry Dan Chocolate Rice..

    Hari Khamis....dapat order dari sekolah anak...nak cupcakes untuk jualan hari gerko a.k.a. hari ko-kurikulum.  Cupcakes coklat ala2 negeri orang putih tu...topping dia nak coklat oreo dan cherry merah.  X boleh ke mintak ala2 Melayu macam letak durian ke, letak rambutan ke atau yang cun sekali letak manggis...anti oksidan tuuu....hahaha....Saja je nak melawak time2 jerebu nie.  Selalu kena ingat customer always right, so diaorg hve the right to choose, x gitu?.  Tapi bila difikirkan semula why not letak buah2an tempatan sebagai hiasan? xpa nti aku RnD dulu.  RnD memang jadi kegemaran aku, lau x jadi apa jua masakan yg aku try, aku jugak yg makan...sebab tu aku setuju lau tukang masak nie badan comel2 macam aku nie (ikhlas mengaku dari hati tau)...hemmm.  Rasa harini nak kongsi resepi buat cupcakes nielah.  Jap ye....nanti kita follow resepi...Tungguuuuu..

    Macam biasa nak tutup entry kena ada petua...arini korang nak petua apa....jomlah kongsi sama2.  Sesiapa yang sudi membaca blog aku nie dialu-alukan untuk kongsi petua utk kita manafaatkan bersama-sama.  Hanya PM di  https://www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes atau email saya di norlizasarno@gmail.com Terima kasih in advance kepada sesiapa yang bakal berkongsi petua dengan Leez.

    PETUA UNTUK HARI INI
    Kadang-kadang kita akan hadapi masalah untuk menajamkan gunting samada gunting kain atau gunting didapur.  Hari ini Leez akan kongsikan  3 cara yang dapat membantu kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah ini.
    1. Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Ingat guna gunting kita yg dah tak tajam tu ye.  Gunting yang dtumpul itu akan  tajam semula.
    2. Potong beberapa helai daun serai dengan gunting yang tumpul tu,  kemudian asah mata gunting itu dengan daun serai.  Hasilnya gunting akan tajam semula
    3. Selain daripada cara diatas anda juga boleh menajamkan gunting dengan menggunting daun tebu.  Gunting sampai yang tumpul, tajam semula
    SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -














    Tuesday, 18 June 2013

    JEREBU OH JEREBU....X GITU?





    Assalamualaikum....sudah beberapa hari ini mataku berasa pedih, kepala terasa berat, susah nak bernafas...kenapa erk? Mesti ada yang kata "Ala Leez tu tengah berbadan dua...hihihi"...hish tidak le...Pandang keluar tingkap aje pandangan menjadi blurr aka kabur...bukan sebab power spek berkurang tetapi disebabkan JEREBU....Aku memang pantang lau orang x jaga alam sekitar nie...Kan dah menyusahkan orang lain.   Yang orang sebelah Selat Melaka tu suka sangat buat pembakaran terbuka...hish diaorang x fikir ke tentang oranglain.  Bayi, anak-anak kecil, orang tua, mereka yang sakit asma, jantung, pengguna jalanraya, ruang udara dan lain-lain yang terlibat.  Durjana sungguh mereka nie, nak untung lebih aje.  Untuk  GO GRENN x masuk dalam kepala mereka langsung.  Kerajaan Malaysia kena amik tindakan yang sangat tegas nie...jgn biarkan aje mereka tu.

    Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS) rakyat dinasihatkan untuk minum banyak air dan kurangkan aktiviti luar.  Bagi mereka yang ada penyakit lelah, selsema, batuk digalakkan untuk memakai mask.  Xpalah lau orang nak kata kita macam Power Rangers(pun bolehhh...aku x kisah) dengan pakai mask janji kita tidak terlalu terdedah dengan pencemaran jerebu ini. Sapa lagi nak jaga kesihatan kita kalau bukan diri kita sendiri...kan..kan...kan..



    Disini ingin aku kongsikan ayat Quran untuk kita renungkan bersama-sama. Terdapat didalam ayat AL Quran dari Surah An Naml ayat 82 "Dan perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi dikenali sebagai Dabul Ardh yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin pada ayat-ayat  kami"

    Binatang itu akan keluar diakhir zaman sebagai tanda2 hari kiamat.    Nabi SAW bersabda ada 10 tanda-tanda kiamat iaitu:-

    1. Gempa bumi di Timur
    2. Gempa bumi di Barat
    3. Gempa bumi di Jazirah
    4. Asap
    5. Dajjal
    6. Nabi Isa turun ke bumi
    7. Haiwan bumi - Dabul Ardh
    8. Ya'juj dan Ma'juj
    9. Matahari terbit dari arah barat
    10. Api keluar dari jurang Aden akan mengiringi manusia   
    Bila difikir2 dan direnung2 banyak terdapat didada2 akhbar, di media massa tanda no 1 - no 3 tu banyak dah berlaku...fikir2kan ok..Lau dulu masa aku kecik2 memang susah nak nampak jerebu nie kalau adapun embun dipagi hari...nyaman dan sejuk sekali(aku tinggal di kaki gunung, lagilah terasa sejuknya...jangan jeles ye hehehe).  Subhanallah hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...Apapun jangan lupa apa yang dipesan dan kita sebagai manusia sentiasa ingat mengingati dan mengambil iktibar atasNya.....Insyallah...x gitu?

    Rasa nak share resepilah, sedap dimakan waktu2 begini. apa kata kita minum JUS DURIAN BELANDA yang semua orang tahu mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan, memberi tenaga dan sebagai alternatif mengelakkan kanser....

    Air_durian_belanda_citrus

    BAHAN-BAHAN
     2 cawan isi durian belanda ##
     3 cawan gula pasir ##
     3 cawan air ##
     Air masak secukupnya
     1 biji lemon (amik jus)
     Ketulan ais secukupnya

    Cara Membuatnya

    Bahan ## dikisar diblender
    Masukkan kedalam Gelas yang paling cun yang korang ada hihihi
    Tambah air secukupnya
    Perahkan lemon
    Last sekali tambah air batu (sejukkkk nye)


    PETUA UNTUK HARI INI
    Pada mereka  yang menghidapi masalah lelah atau asma, Ketika cuaca macam ni , anda adalah orang yang paling perlu menjaga kesihatan dan berhati-hati kerana anda lebih mudah terdedah kepada masalah.  Selain dari rawatan moden, mari kita kongsi dari sudut rawatan tradsional, mudah2an dapat membantu:-
     Rebus sedikit halia, cekur, asam jawa dan temulawak.  Sejukkan dan minum air rebusan tersebut.  Hasilnya anda akan merasakan nafas anda ringan dan lancar.


    SELAMAT MENCUBA!!!!        -Lebih banyak petua lagi di PETUA -




    Sunday, 16 June 2013

    RESEPI - Makaroni Bakar Ala-Ala Melayu

    Makaroni Bakar 


    Makaroni Bakar Jugak...Saje2 Hias Letak Cili Dengan Kacang Peas Atas Tue Haa..Hehe

    BAHAN-BAHAN
    • Makaroni 1/2 kg - direbus dan ditoskan ( masa merebus jangan lupa masukkan mentega dan garam)
    • Daging kisar/Ayam kisar anggaran 1 1/2 - 2 cawan (ikut sukahati)
    • 2 sudu rempah kari daging
    • Bawang besar 1 biji (dipotong kiub2)
    • Bawang putih 3 biji (dipotong kiub2)
    • Kentang 2 biji (besar) di kupas kulit dan disagat
    • Carrot 1 batang dikupas kulit dan disagat
    • Mentega untuk menumis
    • Lada hitam, garam dan gula secukup rasa
    • Daun sop
    • Keju Cheesedale
    Bahan-bahan untuk dicurahkan keatas makaroni(Bahan B)
    • Telor 2 biji
    • Santan 1/2 cawan + air + tepung jagung 3 sudu
    • garam, lada hitam
    -Kesemua bahan yang diatas dicampurkan bersama-sama menggunakan whisk-


    CARA-CARA MEMBUATNYA

    1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu, masukkan daging kisar dan masak hingga garing
    2. Masukkan rempah kari dan kacau lagi. Kalau agak kering masukkan air sedikit. Kemudian masukkan kentang dan carrot, kacau lagi
    3. Bila kentang dan carrot dan empuk, masukkan garam, lada hitam dan gula secukup rasa.
    4. Panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 200C.  Sementara itu lenserkan loyang spring form atau jika ada caserol lagi cantik.
    5. Masukkan 2 senduk makaroni kedalam loyang , diikuti dengan curahan bahan B juga 1 senduk. Kemudian taburkan daun sop dan koyakkan cheesedale.  Buat selang seli hingga habis.
    6. Akhir sekali tuangkan baki Bahan B, daun sop dan keju cheesedale
    7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam atau hingga masak
    8. Boleh dihidangkan terus diatas meja tetamu.



    RESEPI - Puding Roti Pelangi

    Puding Roti Pelangi Leez's Homemade !


    BAHAN-BAHAN

    • 5 keping roti (Leez kidnap roti baki sarapan pagi tadi hihihi)
    • Air 4 1/2 cawan
    • Susu cair 1/2 cawan
    • Susu pekat 1/2 cawan
    • Gula pasir 1/2 cawan
    • Agar-agar kering 12gm
    • Butter cair 2 sudu
    • Telur 2 biji
    • Bekas untuk meletak puding (Leez guna mangkuk)
    • Pewarna Coklat emulco, hijau epal, pink


    CARA-CARA MEMBUATNYA

    1. Roti dicarik2 (ala carik je macam tengah lepaskan geram) + Susu cair + Susu pekat + Air 1/2 cawan + Telor 2 biji ( semua sekali masukkan dalam blender dan biarkan mereka bermesra(bercampur) kat dalam tu)
    2. Agar-agar kering dimasak bersama gula hingga hancur dalam periuk, dah bersatu, tapis (untuk elak berketul2) dan masukkan semula ke dalam periuk
    3. Bahan yang diblender tadi dimasukkan ke dalam periuk berisi agar2 bersama butter yang telah dicairkan. Kacau hingga sebati dan likat sedikit.
    4. Bahagikan puding kepada 3 warna sama rata.  Dimulakan dengan coklat, diikuti warna hijau dan akhir warna pink. Lakukan berselang seli sehingga habis (ala-ala kek marble). (nak tukar warna lain pun boleh..ikut sukahati korang..)
    5. Masukkan kedalam peti sejuk dan rehatkan lebih kurang 3 jam sebelum dimakan...
    6. Akhir Sekali? Makan Lah..Apa Tunggu Lagi.. >.<
    TIPS untuk kali ini : kalau ada roti-roti yang lebih jangan dibuang, gunakan untuk membuat puding roti ini okay. Tak baik membazir tau..hehe..





    SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA SPECIAL EDITION !

    Assalamualaikum...hari yang penuh bersejarah dalam tahun 2013 ini...kenapa?  Hari ini adalah hari jadi my hubby yang ke 43 tahun yang jatuh juga pada hari Bapa Sedunia, tidak lupa juga hari ini adalah hari HOL untuk arwah Maktua ku yang tercinta...3 hari istimewa yang perlu diingati.  Semoga bapa-bapa diluar sana akan sentiasa menjadi ketua keluarga yang terbaik dalam memimpin keluarga masing2.  Ini termasuk untuk suamiku jua....x gitu?  Sempena hari istimewa sang suami ni sang isteri telah sudi menyediakan  kek hari jadi n kek hari bapa untuk suaminya...hemmm chewah.  Dengan bantuan anak-anak, masing2 sibuk didapur melakukan tugas dapur bersama-sama dari yang sikecik sampai kakak yang besar. Akhirnya 3 menu telah berjaya kami sediakan... Kek coklat ganache bersama-sama buttercream frosting, makaroni bakar ala-ala melayu dan puding roti pelangi.  Terbaekkkk...yelah apa yang kami masak, kami jugak yang makan hehehe...

    Tadaaa ! Kek Chocolate Ganache, Makaroni Bakar, Puding Roti Pelengi
    Dihidangkan Bersama Air
    Menu yang simple tapi menyelerakan.  Nak resepi ke? jap ye nanti akan dikongsikan bersama.  Makaroni bakar nie memang kegemaran keluarga aku.  Jadi tak sampai beberapa minit aje,  licin( versi licin lupa pulak nak amik gambo). Puding tu pulak memang kegemaran aku. Kalau masuk peti ais lagilah terangkat Pehhhh..


    Makaroni Yang Dihidang Panas2 !
    Aikk Dah Hilang Sepotong? Sape Punye Kerja Lah Nie..

    Haa..Nie Lah Versi Makaroni Yang Belum Diusik Dan Masih Berada Di Dalam Loyang.. 

    Puding Roti Idaman Ku..Mungkin Idaman Korang Jugak? Nyum ! x gitu?

    Walaupun Rupamu Tak Seberapa, Namun Kau Tetap Menjadi Idamanku..Nielah Watak Utama Untuk MAJLIS HARI BAPA DAN HARI LAHIR Hari Nie.. >.<
    Bercakap tentang sambutan hari bapa mengingatkan aku pada arwah abah...Alfatihah untuk arwah abah.  Semoga rohnya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman....Amin....Walaupun aku  telah hampir 9 tahun kehilangan abah tersayang yang telah pulang ke rahmahtullah tapi pada aku abah akan sentiasa berada dihati aku sampai kehujung nyawaku...Bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai bapa...hargailah mereka selagi ada hayat.

    Segala pengorbanan abah dari sejak aku kecil sampai dah berumahtangga akan tetap aku kenang.  Sebagai anak sulung aku banyak diajar oleh abah bagaimana untuk berhadapan dengan dunia ini...kenangan kali pertama diajar ke pasar dan belajar mengenali dunia ikan, daging ayam, sayur-sayuran tetap aku ingat sampai bila-bila.  Dunia yang baru ku kenali sewaktu berumur 7 tahun...yg mana pada kanak-kanak lain, pasar adalah tempat yang paling tidak disukai, yelah tempat yang berbau dan becak...tapi abah mengajar aku mengenali itu semua, waktu itu aku tetanya-tanya kenapa ke situ.  Rupanya setelah aku bekerja dan tinggal menyewa ilmu itulah yang kubawa bersama. Dengan ilmu itu juga aku dijadikan pusat rujukan rakan2 serumah kalau nak membeli bahan mentah di pasar.  Abah juga mengajar aku untuk lebih berdikari dan sentiasa hormat kepada orang lain. Terima kasih abah atas segala tunjuk ajar selama ini.  Walaupun abah dah tiada, segala ilmu yang diberikan akan sentiasa digunakan pakai sampai bila-bila...

    Sekali lagi aku berdoa agar suamiku akan menjadi bapa yang terbaik kepada anak-anakku...suami terbaik untukku...SELAMAT HARI BAPA juga untuk bapa mertuaku...


    PETUA UNTUK HARI INI
    Cara untuk menyimpan biskut supaya tahan lama
    Taburkan sedikit gula kedalam balang tempat simpanan biskut. Kemudian barulah masukkan biskut anda kedalamnya. Ini akan mengelakkan biskut berbau hapak dan tahan lama.

    Cara untuk mencantikkan permukaan biskut
    Campurkan sedikit esen vanila kedalam telur putih atau telur kuning.  Sapukan diatas biskut, kemudian dibakar seperti biasa.  Pastinya biskut akan lebih cantik, licin dan menarik bila siap dibakar.

    SELAMAT MENCUBA!!!      - Lebih banyak petua di PETUA -







    Thursday, 13 June 2013

    Bola Oh Bola...LUASKAN KUASAMU JDT !!!

    Assalamualaikum...hai sahabat2....asyik2 resepi dan petua aje entry aku 2, 3 hari nie...apa kata hari ni kita citer bab lain pulak. Tetiba hari nie rasa nak citer pasal bola sepak pulak....bola yang satu dikejar2 oleh ramai orang tu...hehehe,  walaupun aku nie bukan kategori peminat fanatik tapi lau melibatkan negeri Johor (bangga jadi anak jati Johor) pasti aku tidak ketinggalan mengikutinya.    seperti yang kita tahu JDT berjaya meloloskan diri memasukki Final FA  (Fuhh lamanya mengidam nak masuk final FA) Bak kata orang tua-tua dah berapa kali beranak ngidam x habis2...hihihi. Alhamdulillah Harimau Selatan akan mengaum di Stadium Bukit Jalil..

    JDT akan bertemu Kelantan...pasukan kuat tu.....tapi apa ada heran...JDT ada team bola yang hebat, team Management juga hebat...DAULAT TUANKU untuk TMJ Yang Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, TMJ sebagai penaung merangkap pengurust pasukan JDT telah membawa satu era baru dalam kesebelasan pemain begitu juga dengan pengurusan pasukan ini.  Segunung tahniah untuk Tuanku dan team JDT...patik sebagai rakyat Johor begitu berbangga dan pastinya sentiasa setia dan menyokong dibelakang Tuanku.  Harimau Selatan GO FOR IT!!!! untuk game final di Stadium Bukit Jalil nanti....tapi huhuhu aku x dapat ikut sama ke stadium ....nampaknya tengok tv ajelah.  Tetap bersemangat oiii!!!
    Main Bola Untuk Bersuka Ria, Jangan Berhasad Dengki, Jangan Bermusuh..
    Korang ingat x Fandhi Ahmad (jurulatih Harimau Selatan tu..). Satu masa duluuuu(lama sangat tu..masa aku sekolah menengah Fandhi merupakan pemain favourite aku.  Dia wakil Singapura dulu...Mamat nie dulu hansome(skg pun masih cute) peminat ramai(terutama perempuan) dan dia selalu buat kelako kat padang mcm Mat Yo sekarang nie(perangai ada sikit-sikit camtu)...hahaha.  Apapun siapa sangka pemain yang tekenal sebagai pemain penyerang dahulu sekarang mengabdikan diri sebagai jurulatih pulak, jurulatih Johor lagi..

    Apapun sebenarnya berada di padang bola bukan sahaja motifnya tertumpu untuk mengejar bola yang satu tu tapi...lebih dari itu... Dipadang kita tak nampak sikap plastik pemain-pemain, mereka  adalah diri mereka sendiri walaupun mereka adalah selebriti.  Mereka marah, mereka gembira, mereka hampa atau sedih...semuanya tergambar diriak wajah mereka.  Realiti kehidupan juga seperti itu...kita bersama-sama orang lain juga ingin mengejar perkara yang sama contohnya dalam mengejar kejayaan.  Bersikaplah secara adil dalam mengejar kejayaan itu. Kita juga berasa marah, gembira, hampa dan sedih tetapi itu tidak akan sekali-kali mematahkan semangat kita untuk berjuang macam pemain2 bolasepak tu.  Walau sukar mereka tetap bermain bermati-matian hingga ke minit2 terakhir sebelum wisel dibunyikan....fokus mereka tetap satu nak MENANG...
    JDT DAN JOE FLIZZOW
    Eh dari bola ke lain pulak...xpalah kan harini nak citer benda-benda lain jugak.  Macam biasa bersama-sama ini saya sertakan sekali petua untuk kita cuba bersama-sama dan jangan lupa usha2 biskut cheese tart, kek asam manis dan kek batik, boleh ditempah bila-bila masa aje...takkan nak tunggu hari raya baru nak makan kan..kan...kan...So jomlah tempah dan boleh dinikmati bersama-sama keluarga tersayang....

    Luaskan Kuasamu Johor Darul Takzim !

    PETUA UNTUK HARI INI

    Pernah tak korang menghadapi peti ais berbau bila dibuka...almaklumlah  masing-masing busy dengan hal sendiri sampai x sempat membersihkan peti ais.  Apakata gunakan daun pandan, ambil 3,4 helai daun pandan, ikatkan dan terus masukkan ke dalam peti ais. Insyallah peti ais yang berbau busuk akan berbau harum sekali. Selain dari itu boleh dimasukkan sebungkus kopi dan simpankannya didlm peti sejuk atau titikkan esen vanila pd perca kain dan simpan dipeti sejuk.. Tapi ingat jangan sebab dah letak daun pandan dan barang2 yang lain ambik kesempatan xnak bersihkan peti ais pulak????bersih tetap kena bersihkan...yelah kat situ kan tempat letak makanan, lau kotor nanti tercemar pulak makanan tu....Sapa yang makan?, sapa yang susah? KITA JUGAKKKK...x gitu?

    SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di Petua-



    Tuesday, 11 June 2013

    Facebook Page 'Leez's Homemade Cookies And Cakes'

    LEEZ'S HOMEMADE COOKIES AND CAKES

    Assalamualaikum.. : ) Visitor-visitor Yang Leez Kasihi Sekalian..Leez's Homemade Cookies And Cakes Kini Berada Di Facebook ..Mohon Jasa Baik Anda Semua Untuk Menge'like' page Leez Ya..Terima Kasih Sebab Tak Lokek Dengan Button Like Korang Tue.. : ) hehe..
    Sila Pergi Ke -->https://www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes .. ^.^ Korang Yang 'Ada Hati' Nak Menempah/Membeli Hasil2 Leez's Homemade, Boleh Lah PM (Private Message) Leez Di  Page Ini.. : ) Jangan Lupa Like Tau ! Like Sini Ea.. ; ) Malas Nak Klik Link Tue? Pergi Je Like Box Kat Atas Yang Bertajuk " Sudi Lah Like Page Nie ^-^ " Tue , Haa Nampak Tak Nampak Tak? hehe.. Login FB, Then Tekan Je Button Like Tue, Settle Dahh.. >.<
    Tinggalkan Jugak Jejak Korang Kat Shoutbox Ye..Leez Nak Jugak Tengok Muka2 Comel Yang Visit Blog Leez Nie.. : D



    Tart Kastard Versi Pelbagai Muka Leez's Homemade Special Edition



    Assalamualaikum.... pernah x korang berada didalam situasi seperti diatas....gembira - happy face/ sedih - sour face/ terkejut - shocking face/ pelik - confusing face, marah/ angry face dan sebagainya.  Tart kastard ini telah dibuat dan dicipta oleh aku dan anak-anak sebelum pilihanraya (PRU13) dulu.  Nak tau citer x? Hanya dengan coklat emulco dan lidi ianya terhasil.... Ada aku kisah!!......heiii suara sumbang mambang sapa tu, sibuk aje...x kira nak citer jugak, nak jugak..nak jugak.......hahaha...

    Citer dia macamni...Pada satu hari kira-kira sebulan lagi nak PRU 13 yang lalu, masa tu aku menjadi volunteered untuk membantu petugas2 pilihanraya.  Masing-masing begitu sibuk sekali membuat kerja masing2.  Macam-macam kerja nak dibuat sedangkan masa begitu suntuk sekali...penat tapi seronok...
    Idea untuk buat tart kastard ni datang bila aku tengok muka petugas-petugas yang sibuk kehulu ke hilir. Masing-masing dengan berbagai keletah dan karektar....Dah tentu2 ianya terpampang diriak muka masing2.  Ada yang gembira, ada yang tension, ada yang confuse, yang marah2 pun ada dan ada jugak yang asyik buat muka terkejut aje..hahaha...Amacam ok x idea nie....Maaflah kengkawan, bukan nak mengajuk tetapi saja untuk enjoy2..


    Jangan x tau, disebabkan tart perasa kastard versi wajah2 nie...ramai pulak yang suka...hehehe...siap ada yang nak tempah untuk birthday anak-anak.  Hemmm...not bad yea..Aku no problem aje...Anak aku Atiqah mesti suka sebab dia yang banyak bagi idea kreatif nie.  Apapun tart kastard nie memang sedap giler (pada akulah, oranglain hem x tahu lah pulak...)

    Entry kali ini pendek aje sebab sambil menaip nie aku tengah tunggu kek asam manis aku masak...alhamdulillah ada customer tempah...sementara layer by layer masak adalah  masa sikit utk buat entry nie....teringat kat gambo tart kastard nie trus recalled apa yang menyebabkan terciptanya tart ni.
    Oklah aku akhiri entry nie dengan petua istimewa dari arwah maktuakua(nenek).

    PETUA UNTUK HARI INI

    Kadang-kadang kita teringin nak makan nasi lemak yang bertekstur lembut dan gebuss....hihihi.  Macamana erk (Johor style lagi) Mengikut petua tinggalan maktuaku...beras hendaklah dicuci sebanyak 3 kali, kali ke 3 selepas membuang air basuhan, biarkan beras yang masih basah untuk 1 jam.  Kemudian barulah ditambah santan dan masukkan bahan tumisan darat,  Insyaallah nasi lemak yang dimasak akan menjadi lebih lembut dan gebuss. Kalau ada kelapangan aku akan kongsi resepi nasi lemak resepi keluargaku....

    SELAMAT MENCUBA !!!             - Lebih banyak petua di PETUA -





    Monday, 10 June 2013

    RESEPI - Roti Sosej Versi Leez's Homemade




    RESEPI ROTI SOSEJ VERSI LEEZ

    Bahan-bahan

    Roti buku panjang(Leez guna jenama GARDENIA) - 1 bantal
    Sosej direbuskan dahulu(cari sosej yang banyak dan murah..hehehe anak ramai tu )
    Butter (jenama pilihan masing-masing)
    Carrot (disagat) - 1 batang **
    Salad (dipotong kecil-kecil) - 1 pokok kecil **
    Mayonis (jenama pilihan masing-masing) - 1 cawan **
    Rempah kari - 1 sudu kecil **
    Garam - hujung sudu **
    Serbuk lada hitam - hujung sudu **
    Cheesedale (terpulang nak letak atau tidak) - 1 peket**
    Pengukus dan  Penggelek

    Cara-cara membuat

    1.  Kukus roti sekejap( kenapa kukus? sila lihat PETUA no.1 ye). Keluarkan dan terus digelek menggunakan penggelek.

    2.  Sementara kesemua roti digelek-gelek dengan 'lagu2 Arab'..Kita campurkan bahan-bahan yang telah bertanda ** ..Biar mereka 'berkawan bersama-sama' didalam satu mangkuk.  Dah sebati letak ketepi dulu.

    3.  Mula meletakkan inti ke atas roti, dimulakan dengan satu sudu bahan-bahan bertanda ** yang telah dicampurkan tadi..Diikuti dengan keju cheesedale dan seterusnya sosej yang telah direbus tadi.

    4.  Kemudian gulungkan roti itu perlahan-lahan(macam dalam gambar di bawah). Gamkan hujung roti dengan gam tepung( campuran tepung gandum dan air). Celupkan ke dalam telur begitu sahaja atau menggunakan biscuit crumbs untuk menambahkan kerangupan roti.(cara buat cam dalam gambo)

    5.  Siap untuk digoreng. Gunakan butter untuk menggoreng supaya roti itu lebih enak bila dimakan.

    6.  TADAAAAA......


    1. Roti yang telah siap digelek   
    2. Campuran mayonis n kengkawan  
    3. Potongan sosej
    4. Bahan no 2 diletakkan diatas roti 
    5. Letak sosej( nak letak cheese pon sodappp ) 
    6. Gulungkan roti dan gam dgn gam tepung.   

    Gulungan roti sosej versi biasa ( tanpa diletakkan biscuit crumbs )

    Gulungan roti sosej versi biscuit crumbs (  nampak x cara Leez mengetuk biskut cream crackers tu?  gunakan penggelek aje..klau xda, anak lesung pon bolehhh.. janji biskut jadi hancur-hancur..tapi jangan terlalu halus ye..supaya rasa crunchy biskut dapat dikekalakan )


    ROTI SOSEJ YANG SUDAH DIGORENG DAN DIPOTONG2, SIAP UNTUK DIMAKAN.








    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com