Monday 1 July 2013

TART KASTARD BUAH !

TART KASTARD BUAH YANG DIDATANGKAN DENGAN KOTAK HOMEMADE..CUN X?
Assalamualaikum...kabare...waras yo...ha3 itu ajelah yang aku tahu..lebih2 nanti pasti fail atau ke laut katabudak2 sekarang.  Apapun rugi x pandai berbahasa Jawa walau hakikatnya aku memang dilahirkan sebagai anak Jawa...

Dipersilakan dengan segala hormatnya produk terbaru dari dapur Leez's Homemade iaitu TART BUHA-BUAHAN atau FRUIT TARTS. Idea ini aku dapat dari blog Cik Mat Gebu sebab terliur tengok gebu2 tart buah dia.  Aku memang minat giler kat fruits tart ini.  Kata orang jatuh cinta pandang berkali2 bukan sekali aje tau.  Beberapa hari buat R&D. Kombinasi resepi internet, orang2 perseorangan dan ilham aku sendiri maka terciptalah tart buah yang tidak sebarapa nie...Insyallah dasri semasa ke semasa aku akan upgrade lagi. Sebagai permulaan tart ini telah dijual aka test rasa masa jualan pada hari sabtu hari tu.  Wow feedback memang marvellous sb diaorang kata macam kat kedai bakery....Alhamdulillah..

Walaubagaimanpun tart ini hanya akan dijual bermula dengan minima 25 pcs, 30pcs, 50 pcs ++ aje, almaklumlah lau seorg order hanya 10 biji sedangkan tenaga yang dicurah sama dengan membuat lebih dari 10 biji rasa macam tak seimbang pulak...faham-faham ajelah ye...Untuk harga sila lihat disini ya -->  HARGA

TART BUAH-BUAHAN..READY TO GO !
Semua produk tart Leez's Homemade didatangkan dengan kotak untuk kemudahan pelanggan-pelanggan membawa balik dan terus dihidangkan dimeja atau terus dimasukkan ke dalam peti ais(Insyallah tahan selama3,4 hari).

TART KASTARD BUAH-BUAHAN YANG MENGGIURKAN..

Mudah-mudahan pada hari raya nanti meja makan akan lebih meriah dan bervariasi dengan hidangan tart buah-buahan dan cheese tart pelbagai perisa....baru meriah..x gitu? Jom tempah sekarang bukan untuk hari raya aje tetapi untuk dinikmati ketika berbuka, moreh ataupun open house nanti. 


PETUA UNTUK HARI INI
Bulan puasa dah dekat dan tak lama lagi nak menyambut hari raya.  Apalagi surirumah pun pasti sibuk membersihkan balang-balang kuih yang boleh direcycle semula, jangan membazir tau.  Macamana erk...he3 oklah mula-mula basuh balang kuih dan keringkan. Masukkan kayu arang yang telah bersih dan kering ke dalam balang tersebut.  Tutup dan biarkan selama lebih kurang dua jam.  Selepas itu, buka tutup balang dan jika bau sudah hilang, barulah dibersihkan atau jika bau masih ada tutup balang dan biar arang didalamnya.


SELAMAT MENCUBA!!!   -Lebih banyak petua di PETUA -



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com