Sunday 7 July 2013

Resepi - Cupcakes Red Velvet



CUPCAKES RED VELVET TANPA TOPPING

BAHAN-BAHAN

BAHAN A (DIAYAK BERSAMA)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula castor
1 sk garam (aku guna hujung sudu aje)\
1 sk bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B
2 biji telor
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk
1 sk cuka putih
1 sk esen vanilla
1 sb pewarna merah
1/2 cawan air panas + 1 sudu b nescafe

BUTTERMILK
1 cawan susu segar/susu cair + 1 sudu cuka putih. Dicampur bersama dan biar kira-kira 10 minit baru digunakan. Campurkan sekali pewarna merah

TOPPING DAN INTI (xda dalam gambar)
125 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula icing
2 sudu besar perahan lemon/lemon paste

CARA-CARA MEMBUAT
  1. Satukan Bahan A dan ayak bersama
  2. Pukul telor hingga kembang. Kemudian masukkan kesemua Bahan B dan kacau hingga sebati
  3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.  Gaul sebati
  4. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180 C selama 15 minit
  5. Masukkan adunan ke dalam papercup 3/4 sahaja dan dibakar 15 minit - 20 minit
  6. Siap untuk dinikmati begitu sahaja atau bersama topping( gambar dengan topping x sempat amik hehehe)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com