Sunday 7 July 2013

Aktiviti Menghilangkan Kerinduan Pada Anak-anak - Homemade Black Forest Cake


Assalamualaikum....Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi lebih kurang 2hari lagi.  Syukur kita bakal bertemu kembali bulan yang penuh barakah itu.  Mudah-mudahan dipermudahkan diri ini untuk melakukan ibadah sebanyak yang boleh dibulan mulia itu nanti.

Sunyi tanpa anak-anak yang besar  2 orang tu ( Atiqah dan Hannany) ,mereka ikut rombongan sekolah ke Cameron Highlands dari hari Jumaat dan akan balik hari ini(Ahad).  Walaupun mereka berdua dah dewasa tetapi kalau xda didepan mata macam x lengkap pulak.  Si adik yang 2 orang tu ada dirumah, pun rindukan kakak-kakaknya.  Baru aku terfikir begitulah perasaan yang dirasakan oleh kawan2 yang terpaksa berpisah dengan anak-anak walaupun untuk belajar.  Be brave ok, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan kita demi anak-anak.  Satu hari mereka juga akan meninggalkan kita untuk berumahtangga jugak kan.  

Apapun ketika ketiadaan mereka dirumah aku telah melakukan R&D untuk kek black forest yang dah lama aku mengidam nak makan benornya.  Dengan segala ilmu yang telah dikorek aku cuba juga membuatnya...Haaa yang kat bawah tu percubaan pertama....setelah dihantar untuk diuji makan(sukalah korang dapat makan free hehehe)dapat feedback memang sedap.  Lega rasa hati.....x cukup aku buat kali kedua pulak dengan design yang berbeza tetapi rasa yang sama...of courselah k...hehehe

Percubaan pertama, design dengan fresh cream, anggur dan kiwi(apa yang ada dalam fridge aje)



Amacam ok x setelah dipotong..not bad untuk percubaan pertama(edisi perasan hihihi)

Percubaan kedua aku dapat idea dari blog2 yang lain, so pegilah ke Giant(bukan promote ye) mencarilah yang namanya ceri hitam...ropa2nye dari USA you...luar negera lagi...hehehe


Percubaan kedua dengan design canggih sikit garnish dengan ceri hitam dari USA uols

Yelah...yelah cik piah....nantilah aku upload resepi nie kemudian...x sempatlah harini...Tungguuuuu..Tengok tu cik piah jiran terhangat di pasaran sibuk asyik tanya aku bila nak share resepi ni hihihi.  Insyaallah aku akan share nanti okay..Benornya kek black forest kat atas tu nak diberi sebagai contoh dan test rasa pada kak yati( pemilik homestay di T6-KLIK
http://www.mudah.my/Yati+homestay-22097295.htm), manalah tau ada rezeki dan dia berminat nak promote kek aku ni ke tahap yang lebih tinggi...Amin...

Oklah nak share petua dulu untuk hari ini.

PETUA UNTUK HARI INI
Bila dah dekat nak puasa ni mesti macam-macam resepi kena gunakan taugeh..cara agar taugeh tahan lama dan tetap segar
  • Ambil sebiji limau nipis dibelah tiga.  Masukkan ke dalam taugeh yang direndam di dalam air.  Pastikan airnya ditukar setiap hari
  • Masukkan taugeh ke dalam bekas berisi air ang menutupi keseluruhan taugeh, kemudian masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam bekas rendaman.  Selepas itu boleh disimpan di dalam peti sejuk
  • Rebus air sehingga mendidih dan sejukkan.  Apabila sudah sejuk rendamkan taugeh tadi di dalamnya dan disimpan di dalam peti sejuk
  • Atau tidak perlu rendam didalam air hanya perlu buang ekornya dan simpan didalam peti sejuk sahaja
SELAMAT MENCUBA!!!         -Lebih banyak petua di PETUA -







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com