Assalamualaikum...diam x diam dah dekat 10 hari berhari raya...nak tunggu punyalah lama...tup tup dah masuk keminggu ke2 kita berhari raya...Oklah sempena hari raya yang penuh dengan open house nie apa kata hari nie kita semak resepi yang Leez nak kongsikan bersama kengkawan...resepi yang boleh dibuat utk open house. Boleh juga disediakan awal dan difrozenkan...jimat masa kan..kan...kan. Jom layan resepinya...
BAHAN-BAHAN DOH
400gm - Tepung gandum
1/2 cawan - Minyak masak
2 1/2 sudu - Margerin/Butter
1/2 cawan - Air Sejuk ( masukkan ketulan ais batu)
1 sdt - Garam
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
1. Campurkan garam dalam tepung (ayak bersama). Masukkan marjerin/butter ke dalam tepung dan diuli menjadi seperti serbuk roti.
2. Dalam masa yang sama panaskan minyak di kuali sebentar dan curah atas tepung yang dijadikan seperti serbuk roti tadi. Uli sedikit.
3. Curahkan air sejuk ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Untuk meranggupkan doh curry puff masukkan doh ke dalam peti sejuk selama 1 -2 jam dan ianya juga memudahkan untuk dicanai nanti
4. Doh yang di perap kemudiannya di bahagikan kepada bulatan kecil untuk memudahkan di canai.
BAHAN-BAHAN INTI
500gm - Daging hancur
3 sudu - Serbuk kari daging
1 labu - Bawang besar (dipotong dadu)
1 biji - Bawang putih (dipotong dadu)
1/2 inci - Halia (dipotong dadu)
1/2kg - Kentang (dipotong dadu)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Daun sup dihiris nipis
Sedikit tepung gandum
garam dan gula sebagai perasa
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama-sama hingga naik bau
2. Masukkan daging hancur dan kentang bersama-sama. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging dan kentang empuk
3. Setelah empuk kedua-duanya(daging dan kentang) masukkan daun sop. Akhir sekali masukkan tepung gandum untuk memekatkan inti curry puff kita
CARA MEMBUAT CURRY PUFF
1. Ambil doh yang dibulat-bulatkan tadi dan dicanaikan. Letak inti dan di kelim tepi curry puff tadi..(Leez x reti kelim so guna pencetak...senang citer..hihihi). Nak buat bentuk kotak pun boleh..sukahati kengkawanlah nak buat gaya apa...gaya bebas pun boleh
2. Sapukan kuning telur diatas curry puff tadi dan dibakar pada suhu 180 C - 200 C selama 1/2 jam( oven jangan lupa panaskan dulu 10 minit).
3. Jangan terperanjat kalau kelim tepi ternganga...biasalah tu kadang-kadang currp puff nie pun termelatah, terperanjat kat dalam oven tu so terngangalah dia. Bior aje janji sedap sebab rasanya yang ranggup dan gebu memang terangkatlah....
SELAMAT MENCUBA !!
Curry Puff 'ternganga' versi Leez...itulah yang sedap sekali
YUM...YUM... SEDAP ! SUDI-SUDIKAN MENJAMU... :D
No comments:
Post a Comment