Padaku customerku kali ini agak unik sebab tidak pernah ada customer yang menempah 4 kek pandan layer tetapi minta disatukan menjadi kek yang amat besar...Atas kek pulak kena letak 10 nama mereka yang menyambut harilahir bermula dari bulan 1 hingga bulan 8...Fuhh cabaran nie tapi akanku sahut cabaran ini walaupun sebenarnya xda idea pun camana nak buat (pada masa itulah...). Setelah di fikir-fikir dan dibincangkan dengan suami dan anak-anakku akhirnya kami mendapat gambaran macamana nak melakukannya...DAN...inilah hasilnya...
DARI SEBIJI KEK SPAN PANDAN BEGINI......
BERTUKAR MENJADI BEGINI.....
DAN AKHIRNYA MENJADI SEPERTI INI....TADAAA.....
Pandangan dari atas kek...nama 10 orang yang menyambut harilahir...
Pandangan dari sisi ...kastad pandan dan buttercream
Kotak kek buatan sendiri hasil karya suamiku...besor tu.....
Alhamdulillah...berjaya juga aku menghasilkannya. Sepanjang hari kami sekeluarga berganding bahu bekerjasama merealisasikan kejadian kek harijadi nie...ada jemputan open house pun terpaksa ditolak..harap mereka faham. Jam 7.30malam aku dan suami deliver kek ini ke rumah customer di Taman Intan...TERIMA KASIH KAK NORHAFIZA kerana sudi menempah kek ini. Terima kasih juga membenarkan Leez mengutip pengalaman melakukannya. Harapan Leez agar customer berpuashati...Amin.
PETUA UNTUK HARI INI
Dalam keghairahan menghadiri majilis dan kenduri sana sini (yelah sekarang nie kan musim orang pergi haji). Kadang kala makan dan minum dah tak boleh control. Akibatnya terkena keracunan makanan. Ini ada petua yang boleh dilakukan dirumah sebelum mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Rebus hingga mendidih secekak kangkung. setelah agak kering sedikit, angkat dan sejukkan. Apabila telah suam bolehlah diminum airnya. Insyallah akan dapat melegakan sedikit kesakitan itu.
SELAMAT MENCUBA!!! -Lebih banyak petua di PETUA -
No comments:
Post a Comment