Friday, 6 September 2013

MY LITTLE FRUITY TARTS.....KENANGAN DIBULAN RAMADHAN....


MY FRUITY TARTS VERSI MANGGIS PERGHHH...

MY FRUITY TARTS VERSI STRAWBERRY..YUM YUM YUM


 MY FRUITY TARTS VERSI EPAL HIJAU....GITEW....


 MY FRUITY TARTS VERSI LABU KUNING YG NAMPAK MANIS SEKALI...AUW..


READY STOK SIAP UNTUK DIEDAR...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah nampaknya bulan Syawal baru melabuhkan tirainya...pelbagai peristiwa, kenangan terindah telah tercipta dibulan yang mulia ini.  Kenangan yang akan sentiasa terlipat didalam sejarah hidup kita dan sesungguhnya kita amat bersyukur sebab dapat dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang mulia dan penuh keberkatanNya...Amin...  Aku sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan, mudah-mudahan akanku lipatgandakan amalanku Ya Allah...Amin..

Fuhhh...bila minda dah kena virus cik "M" tangan pulak dah mula kebas2 nak menaip jawabnya xdalah apa-apa entry yang dapat dikongsi....wake-up Leez!!!...hahaha...Benornya byk yang nak taip tapi masa pulak mencemburui ditambah lagi kekangan masa dan banyak gambo2 cun yg belum upload.....ALASAN???.......aku teringat kata-kata salah seorang yang pernah mendidikku dulu....DALAM HIDUP KALAU SENTIASA DIPENUHI DENGAN ALASAN, HIDUP KITA AKAN SENTIASA BERGERAK SATU TAPAK KE BELAKANG SEDANGKAN SEMUA PERKARA AKAN BERGERAK BERTAPAK-TAPAK KE HADAPAN....Aku sangat-sangat suka dengan kata-kata itu, walaupun aku cuba melakukannya tetapi sebagai manusia yang lemah aku sering kalah dengan kata-kata itu.....hehehe mungkin kengkawan kat sana pun macam tu agaknya...Anyway yang penting kita sentiasa dikelilingi oleh kata-kata positif ok.  Jadikan kata-kata positif dari sesiapa sahaja mahupun dari diri sendiri sebagai kamus hidup kita ya. 

Oklah kat atas sinun tu adalah biskut tart buah-buahan @ Fruity Tart iaitu salah satu produk Leez yang laris di jual dan ditempah sempena hariraya yang lalu.  Biskut yang asalnya tidak pernah terfikir nak buat ditambah lagi dengan tiada ilmu untuk membuatnya. Kenapa erk? (bahasa Johor dah kluar nie hihihi).  Ceciter2...pada bulan Ramadhan yang lalu aku mendapat offer untuk buat door gift bagi sekumpulan NGO's sempena majlis berbuka puasa mereka.  Mereka minta aku buat biskut tarts dan biskut suji sebanyak 300 balang.  Alhamdulillah rezeki tu...dengan rendah diri aku terima offer itu.  Biskut suji pada aku xda hal sebab itu resepi keluargaku begitu juga dengan biskut tarts tapi....biskut tarts aku nak try cara lain dari kebiasaanku(aku selalu buat Tart Nyonya aje) tapi camana erk...belek2 majalah NONA tahun 2000 (lau x silap) ada pulak tart bentuk buah-buahan nie.  Walaupun aku tahu pesen nie dah lama tapi aku yg baru perasan...Berkat terus mencuba, akhirnya terhasillah tat buah-buahan versi Leez...WALAUPUN..x pegi kelas formal...kira oklah tu(perasan kejap)...Nak jadi citer kengkawan suka pulak sebab of cause rasa dia dan kepelbagaian warna yang ada...Meriah raya uolllls...hahaha.

Bermula dari 300 balang bertambah 150 balang, mereka menempah lagi...syukur....walau kerjanya rumit tapi seronok....untuk tahun depan wallahualam x tau lagi...Anyway pada sapa-sapa nak tempah untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau apa-apa majlis sangat dialu-alukan..Hanya PM saya di www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes atau email di norlizasarno@gmail.com ok...x gitu?

Untuk resepi biskut tart buah-buahan dan biskut suji Insyallah Leez akan kongsikan nanti..Tunggu yea....tengok tu cik 'M' dah datang...shoo shoo shoo (gaya menghalau kucing) hahaha...


PETUA UNTUK HARI INI
Untuk merangupkan biskut tart, selain menyimpan doh biskut didalam peti ais selama 1 -2 jam,kita boleh letakkan sedikit minyak sapi di dalam adunan tart kita dan digaul bersama butter. Insyallah biskut tart kita akan menjadi lebih rangup dan gebu....

SELAMAT MENCUBA!!!       -Lebih banyak petua di PETUA -



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com