Assalamualaikum....pagi yang dingin dan syahdu (yelah masa menaip entry nie baru lepas subuh)tetiba plak teringat keriuhan dan kekecohan masa rewang di kampungku malam tadi. Sudah lama tidak terasa suasana macam itu. Kenduri kahwin anak sepupuku di kampung Parit Nipah, Parit Raja , Batu Pahat. Yo memang aku anak Jawa...eh! eh! ingat tak?, kan aku pernah share resepi nasi ambeng tu(testimoni aku nie Jawa)....tapi...bab bercakap bahasa Jawa memang aku fail abis tetapi kalau keluargaku bercakap denganku bolehlah aku faham sikit-sikit.. Itu berkat ajaran arwah abahku dulu...
Oklah hari ini kita citer pasal rewang atau dalam bahasa Melayunya gotong royong atau Berkampung kata orang Negeri Sembilan. Apapun ia di panggil maknanya tetap sama. Kami orang-orang Jawa masih lagi mengamalkan tradisi rewang nie dan aku rasalah masyarakat Jawa dikampung-kampung dalam Malaysia ini masih lagi mengamalkan adat tradisi kami sejak turun temurun. Masyarakat Jawa dibandar kebanyakkannya telah moden dan menggunakan khidmat catering menggantikan tradisi rewang ini. Yelah dibandar kan kehidupan masyarakatnya berbeza dan tidak sama seperti di kampung. Kadang-kadang orang sebelah pun kita tak kenal...inikan pulak yang sejalan jangan tanyalah. Tuntutan kerjaya masing-masing membuatkan kehidupan menjadi seperti itu, ditambah lagi dengan kekanggan masa. Nak mesyuarat tingkap pun tak sempat lagi nak rewang...hemmm.
Oklah berbalik kepada tradisi Rewang tadi...ada sesetengah tempat yang merewang pada malam sebelum majlis perkahwinan diketuai oleh kaum lelaki dan ada juga yang diketuai oleh kaum perempuan. Dikampungku sendiri pun tradisi ini dimonopoli oleh kaum lelaki dan yang pasti ketuanya adalah kaum lelaki. Maka berduyun-duyunlah mereka datang, yang muda menaiki motor...yang tua ada yag berkereta dan menaiki motor. Mereka datang dari kampung itu sendiri dan juga kampung berhampiran. Senang citer malam rewangan ini dah macam majlis kerja kahwin yang sebenarnya.
Kaum lelaki kan kuat dan banyak tenaga berbanding kaum perempuan yang lemah ini sebab itu mereka dipilih kan kan kan...hehehe. Orang lelaki akan dibahagikan kepada bebrapa kumpulan. Kumpulan yang bertanggungjawab hal-hal bahan mentah seperti daging, ayam akan diletakkan dibawah satu balai manakala yang terlibat dengan bahan mentah seperti bawang, lada kering, kentang, sayur-sayur dan seumpama dengannya akan ditempatkan di satu bahagian. Masing-masing begitu tekun melaksanakan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada mereka. Maka kedengaranlah macam-macam cerita dengan riuh rendahnya ketika mereka melakukan kerja tersebut. Yalah nak berjumpa kadang-kadang susah jadi malam rewangan ini menjadi platform mereka berborak, bertukar cerita dan bergembira. Lau tak caya tengok gambo yang aku amik masa malam itu.
Wak aka pakcik cute tengah melapah lembu 1 1/2 ekor (serius nampak..hihihi)
Ha...yang ini orang-orang kampung tengah mengerjakan kaki lembu..
(bahagian yang handle bawang, lada kering, sayur-sayur tak sempat amik)
Orang perempuan mana? ooo soalan yea...Orang perempuan selain dari memasak hidangan untuk diberi pada kaum lelaki masa malam merewang adalah menghias bilik pengantin, pelamin, menjadi penanggah aka kendarat pada hari majlis nanti atau sekadar melepak macam kat bawah ini. Bestkan dapat melepak macam nie....seronok..seronok..seronok hehehe..
Oklah akhir kalam aku benar-benar berharap agar tradisi sebegini tidak akan lupus begitu sahaja. Disinilah nilai-nilai kemanusiaan tercipta..x gitu..