Tuesday, 10 December 2013

RESIPI TRIFFLE.....PEBERET LEEZ NIE....

Assalamualaikum....dah lama x kongsi apa2 resepi..so arini dengan kerajinan yang diluar jangkaan, sementara menunggu kek span pandan membakar dirinya di oven, adalah masa sikit nak update entri yang dah lama tertangguh.  Rasanya gambo2 yg x bape cun ni dishot bulan 11 aritu...Pun bolehhhh kan dari xda...hahaha..

Ketika gambo ini diambil, Leez sedang menyiapkan contoh-contoh door gift untuk majlis perkahwinan sahabat...jadi sambil menyelam boleh minum air...jgn tersedak atau lemas sudah..erkkk...Ok kita lihat kawan-kawan yang terlibat dalam menjayakan resepi triffle ini.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
Sepotong dua kek Swiss Roll (Leez guna perasa strawberry...Leez buat sendiri tau)
Buah-buahan koktel atau guna buah-buah fresh pun boleh (strawberry,kiwi,peach,mangga dll)

BAHAN B
1 cawan   tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair (apa jenama pun boleh..Leez guna jenama 1 Malaysia)
1 tin air mineral (sukatan guna tin susu cair)

BAHAN C
10 gm agar-agar kristal segera perasa strawberry (Leez guna jenama Nona)
1.2 litre air

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1. POTONG KEK SWISS ROLL...ikut suka nak besar mana 
DAN MASUKKAN KE DALAM BEKAS.  JANGAN LUPA TUANGKAN SEDIKIT AIR BUAH-BUAHAN DIDALAM TIN, SEKADAR UNTUK DIBASAHKAN SEDIKIT.

2.  MASAKKAN BAHAN B
     MASUKKAN SEMUA BAHAN2 SERENTAK DAN KACAU HINGGA LIKAT DAN BERKILAT


3.  KEMUDIAN TUANGKAN KASTAD YANG TELAH DIMASAK KEATAS KEK SWISS ROLL TADI...RATAKAN










4.  SEDIAKAN BUAH-BUAHAN UNTUK DILETAKKAN DIATAS KASTAD NANTI












5.  MASUKKAN BUAH-BUAHAN DIATAS KASTAD













6.  LARUTKAN JELLY DIATAS API DAN TUANGKAN KE ATAS BUAH-BUAHAN











7.  TUANGKAN KEDALAM BEKAS, DIATAS BUAH-BUAHAN DAN SEJUKKAN DIDALAM PETI SEJUK SELAMA 1 JAM....SEDIA DIHIDANGKAN



SELAMAT MENCUBA....




















Monday, 2 December 2013

BESORNYA KUASA ANAK-ANAK YANG BERCUTI SEKOLAH...MCM BOS AJE..MCM BOS AJE..

Assalamualaikum.... selamat pagi untuk semua...lamaaaaaaaaaaaa (nak bagi sungguh tau betapa lamanya x update blog)... nak kata sgt2 buzy x juga...ini penyakit 'M' dah melanda..he3.

Bulan 12, bulan Disember dah tiba...macam2 program ada kat bulan nie...

1.  BULAN ORANG BERTUNANG
2.  BULAN ORANG BERKAHWIN
3.  BULAN ORANG SUNATKAN ANAK
4.  BULAN UNTUK BUAT FAMILY DAY
5.  BULAN UNTUK BUAT ANNUAL DINNER COMPANY
6.  BULAN UNTUK BAWAK ANAK2 BERCUTI (KAN SEKARANG CUTI SEKOLAH)
7.  DALAM BANYAK2 KEISTIMEWAAN BULAN INI... YANG PALING MENAKUTKAN IALAH BULAN 12 NI MEMANG KERAP BANJIR SEBAB PADA BULAN NILAH BERLAKU MUSIM TENGKUJUH....YALAH KAT NEGARA BARAT MUSIM SALJI, BILA SAMPAI MALAYSIA SALJI CAIR MAKA JADILAH HUJAN....HA3 YELAH TU...

Kenapa semua mengejar bulan 12 atau bulan Disember ini....jawapannya ialah masa inilah musim cuti sekolah dimana anak2 dari peringkat pra sekolah hingga Menara Gading kebanyakkannya sedang bercuti.  Jadi ini menunjukkan apa-apa program yang ibu bapa malah saudara mara kita di Malaysia ini nak rancang mestilah kena tanya dengan anak-anak..

"Bila cuti sekolah ni kakak?" tanya si bapa..."hujung bulan 11 ayah" jawab si anak..."Oklah nanti ayah plan cuti ini kita jalan2 ke Melaka"balas si bapa...di pejabat para ibu bapa yang berkerja mula memohon cuti dari majikan masing2...kadang2 sampai berebut-rebut cuti, bertengkar sesama mereka..hai macam2.
Nampak tak betapa besarnya kuasa anak-anak yang masih belajar ini...mereka ini macam bos tau..Mereka inilah yang menentukan program2 diatas boleh dilakukan atau tidak..Pernah x kawan2 terfikir tentang perkara ini?... Hemmm

Sebenarnya sejak dari dahulu lagi cuti persekolahan menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang dalam melaksanakan apa jua progam mereka.  Betul x? Contohnya majlis perkahwinan yang hendak diadakan biasanya soalan pertama yang ditanya ialah Bila erk cuti sekolah? walaupun segelintir masyarakat sekarang mengadakan majlis perkahwinan bukan pada hari cuti sekolah panjang tetapi mereka tetap memilih untuk mengadakannya pada cuti sekolah hujung minggu...Kenapa erk? sebab masa tulah kaum ibu bercuti dari menguruskan anak2 yang bersekolah.  Kaum ibulah tunggak kepada sesuatu majlis perkahwinan..Mereka akan me'rewang' bersama-sama.  Bayangkan kalau ianya dilakukan ketika bukan cuti sekolah, para ibu akan terkejar2 untuk menguruskan anak dan juga membantu menguruskan majlis perkahwinan.  Silap hari bulan terus tak datang pada masa rewang tu, tak pening tuan rumah nak buat semuanya sendiri lebih-lebih lagi jika dia sendiri pun kena uruskan anak sekolah...haiiiii....
Anak2 yang hendak bersunat pulak, takkanlah nak buat masa hari persekolahan...gamaknya cuti mc lah mereka ni....
Nampak x permainan budak2 ni he3....

Bagi mereka yang ingin mengadakan hari keluarga pulak....dah tentu2 namanya hari keluarga mestilah termasuk anak2 kan.  Sekali lagi anak2 ini mempunyai kuasa veto untuk menentukan bila majlis itu boleh diadakan atau bolehkah majlis itu diadakan.

Bagi ibu bapa yang bekerja dan tidak dapat cuti, bagaimana cara untuk mengisi masa sengang anak2 yang tidak bersekolah ni...salah satunya ialah menghantar ke kem2 cuti sekolah yang melambak2 sekarang nie.  Pilih aje apa2 kem yang ada diMalaysia ini ada kem belajar ilmu agama, kem motivasi, kem memantapkan ilmu akademik malah kem untuk anak2 belajar ilmu kemahiran hidup juga ada seperti memasak, mengemas rumah dan lain-lain. Kalau waktu persekolahan mana boleh lakukan semua itu...Para ibu bapa yang nak malas nak dengar anak2 bergaduh sesama mereka, alasan atok dan nenek rindu kat kampung dijadikan asas untuk mereka menghantar anak2 ke kampung, kononnya untuk bermesra dengan atok dan nenek serta belajar merasa suasana kampung.  Sebenarnya ibubapa malas nak melayan anak2 mereka kerana bila anak2 bercuti maka terbatas segala aktiviti ibu bapa...macam ni pun ado...Yang tensen dan terjebak atok n nenek kat kampunglah...Cian cian cian...

Paling sedih sekali dalam bulan 12 nie kerap kita dengar anak2 mati lemas akibat mandi laut, sungai , kolam renang malah parit yang kecil tu pun ada.  Ini semua berpunca dari kekerapan hujan yang berlaku pada musim tengkujuh ini...disana sini banjir melanda.  Ibu bapa yang lalai menjaga anak2 atau kedegilan anak2 tidak mendengar kata nasihat selalunya menjadi penyebab berlakunya kejadian ini.
Banjir juga menyebabkan perancangan cuti tergendala kerana ada keluarga yang terpaksa pindah ketempat pemindahan banjir akibat rumah dan kawasan kejiranan dilanda banjir teruk...dimana biasanya mereka akan ditempatkan kalau bukan di sekolah2, balairaya dan sebagainya. Persoalannya sekarang kalau tak cuti sekolah mana mungkin mangsa2 ini diletakkan disekolah. Ada kemudahan tempat tinggal, bilik air, surau malah kantin untuk makan.

Kesimpulannya walau apa sahaja program yang perlu dan akan dirancang oleh masyarakat Malaysia khasnya malah masyarakat dunia amnya....pasti akan melihat pada waktu dan bulan bila cuti persekolah anak2 sebelum merancang apa2 aktiviti mereka...Besarnya kuasa cuti perskolahan anak2 ini.

Dan yang pasti yang paling2 berkuasa melaksanakan cuti ini ialah Kementerian Pendidikan dan konco2nya. Terima kasih Pak TPM merangkap Menteri Pendidikan kerana melaksanakan cuti2 persekolahan anak2 ini. Tanpa kemudahan ini anak2 kita tak mungkin ada kuasa 'Veto' untuk segala2 yang aku kongsikan diatas..

Wassalam


PETUA UNTUK HARI INI
Petua untuk menghilangkan batuk...

PETUA 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan air suam.

PETUA 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.

PETUA 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.

PETUA 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.

PETUA 5
Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.

SELAMAT MENCUBA!!!         -Lebih banyak petua di PETUA -



Friday, 4 October 2013

RESEPI NASI LEMAK ALA MAKTUA....P RAMLEE PUN PERNAH MAKAN TAU...

BAHAN-BAHAN

BERAS BASMATHI ( BERAS BIASA PUN BOLEH)                                       5 POT (TIN SUSU)
SANTAN CAIR                                                                                                5 POT (TIN SUSU)
SANTAN PEKAT                                                                                             1/3 POT
BAWANG BESAR (POTONG DADU)                                                          2 BIJI
BAWANG KECIL (POTONG DADU)                                                           5 ULAS
HALIA (HIRIS NIPIS)                                                                                      1 BUKU
SERAI (KETUK AJE)                                                                                        4 BATANG
DAUN PANDAN (IKAT)                                                                                 2 HELAI
GARAM SECUKUP RASA
HALBA SEDIKIT (LETAK KALAU SUKA)
MINYAK UNTUK MENUMIS

CARA MEMBUATNYA: -                                                                        
1.  BERAS DIBASUH DAN DIRENDAM SELAMA 1 JAM KEMUDIAN DITOSKAN
2.  MASUKKAN MINYAK SEDIKIT DAN TUMIS DAUN PANDAN,HALIA,SERAI,BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH HINGGA NAIK BAU
3.  SANTAN CAIR YANG TELAH DISUKAT SEBANYAK 5 POT (SANTAN PEKAT ASINGKAN)
4.  MASUKKAN SANTAN CAIR KEDALAM TUMISAN TADI DAN BIARKAN MENDIDIH
5.  SETELAH MENDIDIH MASUKKAN BERAS DAN GARAM. KACAU SEKEJAP DAN KECILKAN API. KALAU MENGGUNAKAN RICE COOKER TERUS TUTUP PERIUK. BILA NASI DAH AGAK KERING MASUKKAN SANTAN PEKAT DAN KACAU. TUNGGU HINGGA MASAK.
6.  SAMBAL TUMIS PUN NAK INTERFRAME JAP...HIHIHI..RESEPI IKUT SUKA MASING-MASING. INSYALLAH LEEZ AKAN KONGSIKAN KEMUDIAN
7.  NASI LEMAK YANG SIAP DIMASAK DAN SIAP UNTUK DICETAK KEDALAM BEKAS
8.  NASI LEMAK ENAK DIMAKAN DENGAN TIMUN, KACANG TANAH GORENG, TELUR ATAU NUGGET.  (DISEDIAKAN UNTUK TEMPAHAN OLEH  GURU KELAS ANAKKU UNTUK MURID-MURID SEKOLAH RENDAH CHONG ENG)

RESEPI KEK MARBLE.....TIGA WARNA

Assalamualaikum....bermacam-macam versi resepi untuk kek marble ada di internet, majalah bahkan dari bondaku sendiri....setelah dicuba bermacam-macam cara, akhirnya Leez menggunakan resepi dari blog Cik Mat Gebu (tima kasih yea bagi idea) bergabung dengan resepi bondaku. Alhamdulillah berkat doa semua Leez berjaya mendapat tempahan semasa bulan puasa, hari raya puasa dan berterusan beberapa order dari rakan-rakan sehingga ke hari ini.  Oklah mari kita check resepinya...

KEK MARBLE READY UNTUK DI AMBIL CUSTOMER

BAHAN-BAHAN

2 CAWAN                TEPUNG SUPERFINE    **
1 SUDU KECIL         BAKING POWDER **
(** DIAYAK BERSAMA)
1 CAWAN                 GULA CASTOR
TELOR GRED A        5 BIJI
OVELLETE 1 SUDU BESAR
MINYAK JAGUNG/MENTEGA CAIR  1/3 CAWAN
SUSU CAIR/SANTAN CAIR                  1/3 CAWAN
ESEN VANILA                                    1 SUDU KECIL
PEWARNA CECAIR (BIRU, PINK,ORANGE)

CARA MEMBUATNYA:-

  1. TEPUNG SUPERFINE AYAK BERSAMA BAKING POWDER. KETEPIKAN
  2. GULA CASTOR, OVELLET, TEPUNG YANG TELAH DIAYAK DAN TELOR 5 BIJI(KUNING DAN PUTIH SEKALI) DIMASUKKAN KEDALAM MANGKUK MIXER.  
  3. PUTAR MIXER 5 - 10 MINIT( BERGANTUNG PADA KELAJUAN MIXER MASING-MASING)
  4. PUTAR ADUNAN SAMPAI BERTANDUK ATAU ALA-ALA ADUNAN BAHULU
  5. MASUKKAN MINYAK, ADUK GUNA SPATULA SAHAJA. DIIKUTI DENGAN  SUSU CAIR + ESEN VANILA. ADUK HINGGA SEBATI
  6. BAHAGIKAN KEPADA 3 MANGKUK DAN DIWARNAKAN BIRU, PINK DAN ORANGE
  7. KALAU NAK LETAK PASTE STRAWBERRY (PINK), PASTE ORANGE (ORANGE) PUN BOLEH...SUKAHATI    HEHEHE........
  8. LETAK BERSELANGSELI ANTARA 3 WARNA TADI. MULA-MULA MASUKKAN BIRU, PINK DAN ORANGE SEHINGGA HABIS (MACAM KAT GAMBO BAWAH NUN)
  9. AKHIR SEKALI GUNA LIDI DAN LOREKKAN CORAK PADA ADUNAN KITA.
  10. HENTAK LOYANG 3 KALI UNTUK MEMBUANG ANGIN2 MASA MENGADUK TADI
  11. BAKAR PADA SUHU 150c SELAMA 45 MINIT DAN TERBALIKKAN DI REDAI SELAMA 5 MINIT UNTU ELAK KEK TERKEMPIS.  BILA SEJUK DAH BOLEH DIKELUARKAN DARI LOYANG 

SELAMAT MENCUBA!!



LOREKKAN GUNA LIDI SATAY UNTUK MEMBENTUK CORAK SEPERTI DIATAS

KEK MARBLE YANG TELAH SIAP

Sunday, 29 September 2013

Tradisi rewang yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas..

Assalamualaikum....pagi yang dingin dan syahdu  (yelah masa menaip entry nie baru lepas subuh)tetiba plak teringat keriuhan dan kekecohan masa rewang di kampungku malam tadi.  Sudah lama tidak terasa suasana macam itu.  Kenduri kahwin anak sepupuku di kampung Parit Nipah, Parit Raja , Batu Pahat.  Yo memang aku anak Jawa...eh! eh! ingat tak?, kan aku pernah share resepi nasi ambeng tu(testimoni aku nie Jawa)....tapi...bab bercakap bahasa Jawa memang aku fail abis tetapi kalau keluargaku bercakap denganku bolehlah aku faham sikit-sikit.. Itu berkat ajaran arwah abahku dulu...

Oklah hari ini kita citer pasal rewang atau dalam bahasa Melayunya gotong royong atau Berkampung kata orang Negeri Sembilan.  Apapun ia di panggil maknanya tetap sama.  Kami orang-orang Jawa masih lagi mengamalkan tradisi rewang nie dan aku rasalah masyarakat Jawa dikampung-kampung dalam Malaysia ini masih lagi mengamalkan adat tradisi kami sejak turun temurun.  Masyarakat Jawa dibandar kebanyakkannya telah moden dan menggunakan khidmat catering menggantikan tradisi rewang ini.  Yelah dibandar kan kehidupan masyarakatnya berbeza dan tidak sama seperti di kampung. Kadang-kadang orang sebelah pun kita tak kenal...inikan pulak yang sejalan jangan tanyalah.  Tuntutan kerjaya masing-masing membuatkan kehidupan menjadi seperti itu, ditambah lagi dengan kekanggan masa.  Nak mesyuarat tingkap pun tak sempat lagi nak rewang...hemmm.

Oklah berbalik kepada tradisi Rewang tadi...ada sesetengah tempat yang merewang pada malam sebelum majlis perkahwinan diketuai oleh kaum lelaki dan ada juga yang diketuai oleh kaum perempuan. Dikampungku sendiri  pun tradisi ini dimonopoli oleh kaum lelaki dan yang pasti ketuanya adalah kaum lelaki. Maka berduyun-duyunlah mereka datang, yang muda menaiki motor...yang tua ada yag berkereta dan menaiki motor.  Mereka datang dari kampung itu sendiri dan juga kampung berhampiran.  Senang citer malam rewangan ini dah macam majlis kerja kahwin yang sebenarnya.

Kaum lelaki kan kuat dan banyak tenaga berbanding kaum perempuan yang lemah ini sebab itu mereka dipilih kan kan kan...hehehe. Orang lelaki akan dibahagikan kepada bebrapa kumpulan.  Kumpulan yang bertanggungjawab hal-hal bahan mentah seperti daging, ayam akan diletakkan dibawah satu balai manakala yang terlibat dengan bahan mentah seperti bawang, lada kering, kentang, sayur-sayur dan seumpama dengannya akan ditempatkan di satu bahagian. Masing-masing begitu tekun melaksanakan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada mereka.  Maka kedengaranlah macam-macam cerita dengan riuh rendahnya ketika mereka melakukan kerja tersebut.  Yalah nak berjumpa kadang-kadang susah jadi malam rewangan ini menjadi platform mereka berborak, bertukar cerita dan bergembira.  Lau tak caya tengok gambo yang aku amik masa malam itu.
Wak aka pakcik cute tengah melapah lembu 1 1/2 ekor (serius nampak..hihihi)

Ha...yang ini orang-orang kampung tengah mengerjakan kaki lembu..
(bahagian yang handle bawang, lada kering, sayur-sayur tak sempat amik)

Orang perempuan mana? ooo soalan yea...Orang perempuan selain dari memasak hidangan untuk diberi pada kaum lelaki masa malam merewang adalah menghias bilik pengantin, pelamin, menjadi penanggah aka kendarat pada hari majlis nanti atau sekadar melepak macam kat bawah ini. Bestkan dapat melepak macam nie....seronok..seronok..seronok hehehe..
Oklah akhir kalam aku benar-benar berharap agar tradisi sebegini tidak akan lupus begitu sahaja.  Disinilah nilai-nilai kemanusiaan tercipta..x gitu..
   

Saturday, 28 September 2013

Pengat pisang oh Pengat pisang...RESEPI..

Pengat pisang merupakan pencuci mulut atau desert yang memang digemari oleh masyarakat kita tidak kira bangsa.  Melayu, China dan India, malah bangsa-bangsa lain sudah mula menikmati pengat ini.  Mungkin dalam bahasa lain mereka tidak memanggil pengat tetapi manisan.  Tidak kira apa nama yang diberi,  nikmat pengat pisang ini memang tidak terkata...boleh dimakan panas atau sejuk.  Kalau dapat dimakan dibulan puasa lagi terangkat...dengan lemak dan manis itu pastinya pulih tenaga selepas seharian kita berpuasa. Oklah taknaklah cakap banyak-banyak sebab air liur dah nak kluar dah nie, masa nak snap gambo pengat nie...hehehe



BAHAN-BAHAN

PISANG NIPAH                       2 SISIR (ANGGARAN 15 BIJI)
GULA PASIR                            2 SENDUK ( SENDUK KECIK)
GULA MELAKA                      1/2 SENDUK
SAGU BIJI                                1 SENDUK (DIBERSIHKAN DAN DITAPIS)
SANTAN  PEKAT                    200 ML
SANTAN CAIR                        200 ML
DAUN PANDAN                     2 HELAI (DISIMPULKAN)
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
AIR SECUKUPNYA


CARA MEMBUATNYA:-

  1. PISANG DIKUPAS KULIT DAN DIPOTONG SECARA MENYERONG. KETEPIKAN.
  2. GULA PASIR + GULA MELAKA (DIPOTONG KECIL) + AIR (ANGGARAN 1 CAWAN) DIMASAK BERSAMA SEHINGGA GULA PASIR DAN GULA MELAKA HANCUR. SETELAH MASAK TUANG DAN TAPISKAN, YALAH TAKUT  ADA MAKHLUK ASING MASA MASAK TADI.
  3. NAIKKAN SEMULA BAHAN-BAHAN TADI ATAS API. KALI INI MASUKKAN SANTAN CAIR DAN DAUN PANDAN. BIAR MENDIDIH SEKEJAP
  4. MASUKKAN PISANG, SAGU BIJI DAN MASAK SEHINGGA SAGU BIJI MENGEMBANG.
  5. SETELAH SAGU BIJI MENGEMBANG DAN PISANG TELAH LEMBUT, MASUKKAN SANTAN PEKAT, DIDIHKAN SEKEJAP.
  6. JIKA SUKA KEPEKATAN BIASA, PENGAT TADI SUDAH BOLEH DIHIDANGKAN TETAPI JIKA MAHU SEDIKIT PEKAT.  AMBIL 2 SUDU TEPUNG JAGUNG DAN 3 SUDU AIR BIASA, SATUKAN DAN KACAU.  MASUKKAN KEDALAM PENGAT TADI.  KACAU CEPAT-CEPAT DAN TUTUP API
  7. SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN PANAS-PANAS...LEEZ SUKA MAKAN SEJUK (MASUK PETI AIS)....TERPULANG PADA SELERA MASING-MASING.



YUM..YUM..YUM...

Thursday, 26 September 2013

Kudoakan Angah sentiasa tabah......info penyakit SLE..

Assalamualikum....bertemu lagi..hihihi...memang lau nak bertemu lagi kat blog nie selalunya amat2 lama. Hahaha macam2 hal yang berlaku sepanjang ketiadaanku disini...

Walaubagaimanpun salah satu sebabnya aku mendapat berita yang mengejutkan, sepupuku yang sihat walafiat tiba-tiba disahkan menghidap penyakit SLE.  Pernahku dengar penyakit itu tetapi tidak pernah pun amik kisah...tetapi bila adik sepupuku sendiri yang kena kami sekeluarga amat panik.  Angah....mohon kak long bercerita...

Angah merupakan pelajar USM di Pulau Pinang, seorang yang ceria dan bijak..pernah mengambil jurusan kedoktoran di USM Kubang Kerian, Kelantan tetapi telah menukar course ke bidang kimia di USM Pulau Pinang atas sebab-sebab kesihatan...Segalanya bermula ketika cuti semester yang lalu, seperti biasa angah ceria aje sebab sepupuku ini jenis orang yang tidak kisah sangat...semua ok aje pada dia.  Ketika cuti semester angah telah buat praktikal disalah sebuah kilang berkaitan bahan kimia di Kluang.  Segalanya berjalan seperti biasa sehingga lagi seminggu nak habis praktikal tiba-tiba ditempat kerja dia muntah-muntah tidak berhenti.  Panik juga auntie aku tengok anak dia macam tu.   Malam pulak tiba-tiba demam yang tinggi amat. Badan menjadi semakin lemah.


Ke klinik angah dibawa tetapi doktor kata dia stress masa praktikal atau mungkin terhidu bau chemical kat kilang tu...Pada hari angah nak balik USM dia masih kelihatan lemah dan masih muntah-muntah.  Aku nasihatkan dia sambung cuti tetapi dia tetap nak pegi...sayangkan pengajiannya, katanya.  Itulah sikap Angah bila disentuh bab pelajaran, apa pun dia tidak dengar..Seminggu berlalu...rupa-rupanya selepas 2 hari mendaftar Angah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Besar P Pinang...auntie sekeluarga menyusul ke P Pinang......
Telefon berdering pada satu pagi...mak call dari PD mengatakan Angah masuk wad dan disahkan menghidap SLE...Kami sekeluarga terkejut dan sedih sekali..Terus aku google segalanyadisini-chindek.blogspot.com/.../apa-itu-peny... cari apa itu penyakit SLE...
Baruku sedar selama ini banyak tanda-tanda telah kulihat ada pada Angah, malah ianya sejak dari sekolah rendah lagi.....Untuk pengetahuan semua disini aku copy pastekan tentang penyakit tersebut untuk kita rujuk bersama-sama...Sebelum itu nak ucapkan terima kasih kepada penulis BLOG SEGALA DISINI...oleh nazlyrahim kerana info yang sangat berguna  ini aku serta semua ahli keluargaku telah tahu sedikit sebanyak apa itu penyakit SLE...

APA ITU PENYAKIT SLE

Penyakit lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh keliru menyerang jaringan sehat. Hal ini menyebabkan peradangan kronis jangka panjang. Dari segi bahasa, Eritematosus artinya kemerahan, sedangkan sistemik berarti tersebar luas diberbagai organ tubuh, tetapi dalam pembicaraan sehari-hari SLE disebut lupus saja (Philips, 1996; Heru, 2002).
lupus (sistemik lupus eritomasus)

Mengenal Sekilas tentang Penyakit Lupus
Tubuh manusia telah dirancang untuk mekanisme pertahanan (kekebalan/imunitas) dari serangan penyakit dan menjaganya agar tetap sehat. Namun, pada penyakit ini kekebalan tubuh justru menyerang organ tubuh yang sehat.
Penyakit Lupus disinyalir berhubungan dengan sistem imunologi yang berlebihan. Tubuh manusia memiliki antibodi yang berfungsi menyerang sumber penyakit yang hendak memasuki tubuh. Akan tetapi, pada penyakit Lupus ini antibodi yang terbentuk dalam tubuh muncul berlebihan sehingga yang terjadi adalah antibodi tersebut justru menyerang sel-sel organ tubuh yang sehat (autoimunitas) .
Penyakit Lupus ini setidaknya terdiri dari 3 jenis yaitu:

  1. Cutaneus lupus atau seringkali disebut discoid . Penyakit ini hanya menyerang bagian kulit saja. Ditandai dengan gejala-gejala: adanya ruam yang muncul didaerah leher, kulit kepala atau bahkan ruam pada seluruh tubuh, salah satu bagian tubuh dan atau seluruh tubuh berwarna merah sampai bersisik, kadang-kadang sampai gatal dan hampir semua golongan ini akan berubah menjadi sistemik.
  2.  Sistemik lupus yaitu penyakit lupus yang menyerang organ tubuh seperti: persendian, otak/saraf, darah, pembuluh darah, paru-paru, ginjal, jantung, hati dan mata. Penyakit ini adalah tahap penyakit lupus yang sangat berat karena jenis ini menyerang organ-organ vital baik satu dan atau beberapa organ vital lainnya.
  3. Drug Induced Lupus (DIL) yang timbul setelah sering menggunakan obat-obat tertentu. Obat-obat antibiotik seperti golongan sulfa, obat-obat antituberkulosa seperti INH, golongan obat hydralazin untuk hipertensi dan golongan obat prokainamid untuk jantung, namun untuk beberapa tahun terakhir ini obat hydrlazin dan prokainamid sudah jarang sekali dipakai.
Umumnya prevalensi penyakit ini lebih sering terjadi pada wanita dibandingkan pria. Hal ini dapat terjadi pada usia berapapun, tetapi paling sering muncul pada orang  antara usia 10 dan 50, dengan mayoritas penderita berasal dari ras Afrika, Amerika dan Asia daripada ras lain.
Gejala-Gejala Penyakit Lupus (SLE)
Gejala penyakit SLE bervariasi dari orang ke orang. Kebanyakan mengalami nyeri sendi dan bengkak, dan bisa berkembang ke arah arthritis. Sendi yang sering terkena adalah jari, tangan, pergelangan tangan, dan lutut.Selain itu penderita juga mengalami:

  • Ruam kulit – sebuah “kupu-kupu” ruam di pipi dan jembatan hidung mempengaruhi sekitar setengah dari orang dengan SLE. Ruam semakin parah di bawah sinar matahari. Ruam juga dapat meluas.
  • Nyeri dada saat mengambil napas dalam
  • Kelelahan
  • Demam
  • Mengalami ketidaknyamanan, kegelisahan, atau perasaan sakit (malaise)
  • Rambut rontok
  • Luka pada mulut
  • Sensitif terhadap sinar matahari
  • Pembengkakan kelenjar getah bening
Gejala lain tergantung pada apa bagian tubuh yang terkena:
  • Otak dan sistem saraf:  sakit kepala, mati rasa, kesemutan, kejang, masalah penglihatan, perubahan kepribadian
  • Saluran pencernaan: nyeri perut, mual, dan muntah
  • Jantung: ritme jantung abnormal (aritmia)
  • Paru-paru: batuk darah dan kesulitan bernapas
  • Kulit: warna kulit tidak merata, jari-jari yang berubah warna saat dingin (fenomena Raynaud). Sebagian penderita hanya memiliki gejala-gejala kulit. Hal ini disebut lupus discoid.
Sementara itu menurut pedoman diagnosis SLE dari American Rheumatism Association (ARA). Diagnosis lupus adalah berdasarkan adanya 4 dari 11 gejala lupus yang khas, yaitu:
  1. Ruam kupu-kupu pada wajah (pipi dan pangkal hidung)
  2. Ruam pada kulit
  3. Luka pada mulut (biasanya tidak menimbulkan nyeri)
  4. Cairan di sekitar paru-paru, jantung, dan organ lainnya
  5. Artritis (artritis non-erosif yang melibatkan 2 atau beberapa sendi perifer, dimana tulang di sekitar persendian tidak mengalami kerusakan)
  6. Kelainan fungsi ginjal, dimana kadar protein dalam air kemih >0,5 mg/hari atau +++,
  7. Adanya elemen abnormal dalam air kemih yang berasal dari sel darah merah/ putih maupun sel tubulus ginjal
  8. Fotosensitivitas (peka terhadap sinar matahari, menyebabkan pembentukan atau semakin memburuknya ruam kulit)
  9. Kelainan fungsi saraf atau otak (kejang atau psikosa)
  10. Hasil pemeriksaan darah positif untuk antibodi antinuklear
  11. Kelainan imunologis (hasil positif pada tes anti-DNA rantai ganda, tes anti-Sm, tes antibodi antifosfolipid; hasil positif palsu untuk tes sifilis)
  12. Kelainan darah, dimana terjadi anemia hemolitik, penurunan jumlah sel darah putih (lekopenia)
Aku harap info yang aku kongsikan disini akan memberi panduan dan rujukan kepada kengkawan diluar sana.  Perhatikan ahli keluarga kita jika terdapat tanda-tanda yang aku kongsikan diatas...Cepat-cepatlah rujuk ke klinik atau hospital...SEGALANYA BOLEH DIELAK JIKA KITA BERTINDAK AWAL.

Buat Angah, Auntie dan keluarga aku berharap dapat bersabar dalam menempuh dugaan yang mendatang ini.  Kami semua mendoakan yang terbaik untuk kalian.  AMIN....Sesungguhnya ALLAH SWT MENDATANGKAN MUSIBAH KEPADA HAMBANYA KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SANGAT PEDULI DAN MENYANYANGI HAMBANYA dan setiap yang berlaku itu pasti ada HikmahNYA...Amin... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com