Friday, 4 October 2013

RESEPI KEK MARBLE.....TIGA WARNA

Assalamualaikum....bermacam-macam versi resepi untuk kek marble ada di internet, majalah bahkan dari bondaku sendiri....setelah dicuba bermacam-macam cara, akhirnya Leez menggunakan resepi dari blog Cik Mat Gebu (tima kasih yea bagi idea) bergabung dengan resepi bondaku. Alhamdulillah berkat doa semua Leez berjaya mendapat tempahan semasa bulan puasa, hari raya puasa dan berterusan beberapa order dari rakan-rakan sehingga ke hari ini.  Oklah mari kita check resepinya...

KEK MARBLE READY UNTUK DI AMBIL CUSTOMER

BAHAN-BAHAN

2 CAWAN                TEPUNG SUPERFINE    **
1 SUDU KECIL         BAKING POWDER **
(** DIAYAK BERSAMA)
1 CAWAN                 GULA CASTOR
TELOR GRED A        5 BIJI
OVELLETE 1 SUDU BESAR
MINYAK JAGUNG/MENTEGA CAIR  1/3 CAWAN
SUSU CAIR/SANTAN CAIR                  1/3 CAWAN
ESEN VANILA                                    1 SUDU KECIL
PEWARNA CECAIR (BIRU, PINK,ORANGE)

CARA MEMBUATNYA:-

  1. TEPUNG SUPERFINE AYAK BERSAMA BAKING POWDER. KETEPIKAN
  2. GULA CASTOR, OVELLET, TEPUNG YANG TELAH DIAYAK DAN TELOR 5 BIJI(KUNING DAN PUTIH SEKALI) DIMASUKKAN KEDALAM MANGKUK MIXER.  
  3. PUTAR MIXER 5 - 10 MINIT( BERGANTUNG PADA KELAJUAN MIXER MASING-MASING)
  4. PUTAR ADUNAN SAMPAI BERTANDUK ATAU ALA-ALA ADUNAN BAHULU
  5. MASUKKAN MINYAK, ADUK GUNA SPATULA SAHAJA. DIIKUTI DENGAN  SUSU CAIR + ESEN VANILA. ADUK HINGGA SEBATI
  6. BAHAGIKAN KEPADA 3 MANGKUK DAN DIWARNAKAN BIRU, PINK DAN ORANGE
  7. KALAU NAK LETAK PASTE STRAWBERRY (PINK), PASTE ORANGE (ORANGE) PUN BOLEH...SUKAHATI    HEHEHE........
  8. LETAK BERSELANGSELI ANTARA 3 WARNA TADI. MULA-MULA MASUKKAN BIRU, PINK DAN ORANGE SEHINGGA HABIS (MACAM KAT GAMBO BAWAH NUN)
  9. AKHIR SEKALI GUNA LIDI DAN LOREKKAN CORAK PADA ADUNAN KITA.
  10. HENTAK LOYANG 3 KALI UNTUK MEMBUANG ANGIN2 MASA MENGADUK TADI
  11. BAKAR PADA SUHU 150c SELAMA 45 MINIT DAN TERBALIKKAN DI REDAI SELAMA 5 MINIT UNTU ELAK KEK TERKEMPIS.  BILA SEJUK DAH BOLEH DIKELUARKAN DARI LOYANG 

SELAMAT MENCUBA!!



LOREKKAN GUNA LIDI SATAY UNTUK MEMBENTUK CORAK SEPERTI DIATAS

KEK MARBLE YANG TELAH SIAP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com