Wednesday, 10 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

Assalamualaikum....Alhamdulillah pagi yang indah....selepas bersahur dengan suami dan anak-anak dipagi sambutan Ramadhan AlMubarak.....sekejap aje dah nak muncul kembali bulan yang penuh berkat ini, rasanya macam baru lepas aje kita berpuasa (aku le tu...baru lepas abis membayor puasa hehehe..)

Di bulan yang mulia ini kita dikehendaki menjaga percakapan, pandangan, pendengaran dan menjaga tatasusila diri kita....sungguh indah Islam itu...

Sempena menyambut bulan Ramadhan ini Leez's Homemade juga mengambil inisiatif membantu kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk membuat kek-kek sempena menyambut hari raya yang akan menjelma nanti....jangan susah hati lau tx sempat membuat kek2 untuk dihidangkan kepada tetamu, tempah aje dengan Leez....sedia menerima tempahan bila-bila masa....
Masa berbuka pun boleh makan sebagai pencuci mulut....kita kan disunatkan untuk memakan benda-benda yang manis waktu berbuka...x gitu...Leez cadangkan makan Tiramisu dan Marcheese Bercoklat....segarrrrnya....

Tiramisu... kek yang cantik lagi sedap....lagi2 kalau letak dalam fridge semalaman, strawberry Cameron diletakkan sebagai pembuka selera dengan taburan koko yang sedap...tak sabar nak dinikmati masa berbuka nanti...nyum nyum nyum.....
Pada hari raya pertama sajikan kelainan dengan menghidangkan kek Tiramisu ini kepada tetamu dan Leez pasti tetamu teringat-ingatkan  kek Tiramisu yang kita hidangkan kepada mereka.

Tiramisu nie pulak vesi cupcakes yang senang dimakan dimana2...lau x sempat berbuka dirumah boleh dimakan dimana-mana aje.  Yelah kecik aje kan?..Bila dah masuk ke tekak fuhh nyamannya..dengan sejuk cheese dan kek coklat moist...tu..wow meleleh air liur....alamak lupa pulak arini puasa...nasib baik perasan..lau tidak dah tentu kena buka...x gitu?hehehe





Anyway ini ada satu lagi resepi yang pada Leez pun terbaekk...gak. Ianya versi yang diadaptasi dari resepi kek dan Leez telah dijadikannya ala-ala cupcakes agar dapat dinikmati oleh ramai orang....lebih-lebih lagi waktu berbuka dengan keluarga kannnn....

 Tadaaaa..inilah resepi ciptaanku sempena Ramadhan ini yang bernama MARCHEESE BERCOKLAT...memang terbaeklah...lembut , sedap, sejuk, licin ajelah masuk ke tekak bila dimakan...seperti yang dikatakan tadi sesuai untuk berbuka dan dijadikan menu untuk open house nanti....Terliur...apa lagi tempahlah dengan Leez ok......012 7730491

 Pandangan dari atas...nampak x? itulah serdak biskut marrie coklat yang ditabur sebagai penyeri dan penyedap rasa.....tentu disukai dari budak kecil hingga orang dewasa...x gitu?

 Diantara layer tu Leez salutkan coklat ganache untuk lebih umppp lagi...barulah datang BERCOKLAT tu.... cheesenya pula dilapiskan bersama-sama biskut marie itu dibuat dengan penuh kasih sayang dan hati2 agar dapat memuaskan hati semua yang menikmatinya....
Nak rasa? jangan lupa contact Leez melalui hp atau PM di -->
https://www.facebook.com/LeezsHomemadeCookiesAndCakes/posts/652578731438505







Sunday, 7 July 2013

Resepi - Cupcakes Red Velvet



CUPCAKES RED VELVET TANPA TOPPING

BAHAN-BAHAN

BAHAN A (DIAYAK BERSAMA)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula castor
1 sk garam (aku guna hujung sudu aje)\
1 sk bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B
2 biji telor
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk
1 sk cuka putih
1 sk esen vanilla
1 sb pewarna merah
1/2 cawan air panas + 1 sudu b nescafe

BUTTERMILK
1 cawan susu segar/susu cair + 1 sudu cuka putih. Dicampur bersama dan biar kira-kira 10 minit baru digunakan. Campurkan sekali pewarna merah

TOPPING DAN INTI (xda dalam gambar)
125 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula icing
2 sudu besar perahan lemon/lemon paste

CARA-CARA MEMBUAT
  1. Satukan Bahan A dan ayak bersama
  2. Pukul telor hingga kembang. Kemudian masukkan kesemua Bahan B dan kacau hingga sebati
  3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.  Gaul sebati
  4. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180 C selama 15 minit
  5. Masukkan adunan ke dalam papercup 3/4 sahaja dan dibakar 15 minit - 20 minit
  6. Siap untuk dinikmati begitu sahaja atau bersama topping( gambar dengan topping x sempat amik hehehe)


Aktiviti Menghilangkan Kerinduan Pada Anak-anak - Homemade Black Forest Cake


Assalamualaikum....Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi lebih kurang 2hari lagi.  Syukur kita bakal bertemu kembali bulan yang penuh barakah itu.  Mudah-mudahan dipermudahkan diri ini untuk melakukan ibadah sebanyak yang boleh dibulan mulia itu nanti.

Sunyi tanpa anak-anak yang besar  2 orang tu ( Atiqah dan Hannany) ,mereka ikut rombongan sekolah ke Cameron Highlands dari hari Jumaat dan akan balik hari ini(Ahad).  Walaupun mereka berdua dah dewasa tetapi kalau xda didepan mata macam x lengkap pulak.  Si adik yang 2 orang tu ada dirumah, pun rindukan kakak-kakaknya.  Baru aku terfikir begitulah perasaan yang dirasakan oleh kawan2 yang terpaksa berpisah dengan anak-anak walaupun untuk belajar.  Be brave ok, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan kita demi anak-anak.  Satu hari mereka juga akan meninggalkan kita untuk berumahtangga jugak kan.  

Apapun ketika ketiadaan mereka dirumah aku telah melakukan R&D untuk kek black forest yang dah lama aku mengidam nak makan benornya.  Dengan segala ilmu yang telah dikorek aku cuba juga membuatnya...Haaa yang kat bawah tu percubaan pertama....setelah dihantar untuk diuji makan(sukalah korang dapat makan free hehehe)dapat feedback memang sedap.  Lega rasa hati.....x cukup aku buat kali kedua pulak dengan design yang berbeza tetapi rasa yang sama...of courselah k...hehehe

Percubaan pertama, design dengan fresh cream, anggur dan kiwi(apa yang ada dalam fridge aje)



Amacam ok x setelah dipotong..not bad untuk percubaan pertama(edisi perasan hihihi)

Percubaan kedua aku dapat idea dari blog2 yang lain, so pegilah ke Giant(bukan promote ye) mencarilah yang namanya ceri hitam...ropa2nye dari USA you...luar negera lagi...hehehe


Percubaan kedua dengan design canggih sikit garnish dengan ceri hitam dari USA uols

Yelah...yelah cik piah....nantilah aku upload resepi nie kemudian...x sempatlah harini...Tungguuuuu..Tengok tu cik piah jiran terhangat di pasaran sibuk asyik tanya aku bila nak share resepi ni hihihi.  Insyaallah aku akan share nanti okay..Benornya kek black forest kat atas tu nak diberi sebagai contoh dan test rasa pada kak yati( pemilik homestay di T6-KLIK
http://www.mudah.my/Yati+homestay-22097295.htm), manalah tau ada rezeki dan dia berminat nak promote kek aku ni ke tahap yang lebih tinggi...Amin...

Oklah nak share petua dulu untuk hari ini.

PETUA UNTUK HARI INI
Bila dah dekat nak puasa ni mesti macam-macam resepi kena gunakan taugeh..cara agar taugeh tahan lama dan tetap segar
  • Ambil sebiji limau nipis dibelah tiga.  Masukkan ke dalam taugeh yang direndam di dalam air.  Pastikan airnya ditukar setiap hari
  • Masukkan taugeh ke dalam bekas berisi air ang menutupi keseluruhan taugeh, kemudian masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam bekas rendaman.  Selepas itu boleh disimpan di dalam peti sejuk
  • Rebus air sehingga mendidih dan sejukkan.  Apabila sudah sejuk rendamkan taugeh tadi di dalamnya dan disimpan di dalam peti sejuk
  • Atau tidak perlu rendam didalam air hanya perlu buang ekornya dan simpan didalam peti sejuk sahaja
SELAMAT MENCUBA!!!         -Lebih banyak petua di PETUA -







Resepi - Tiramisu Cake / Cupcake Idamanku !

Assalamualaikum....lamanya xda entri apa-apa.  Rindu gak nak mencoret tapi apakan daya tidak berkesempatan....ntah apa yang buzy sangat agaknya...huhuhu

Dimalam yang hening ini kugagahkan juga untuk berkongsi rasa, berkongsi resepi dengan kawan2 kat luar sana.  Kata orang sambil menyelam minum air, jangan pulak tenggelam gamaknya, tengok tiramisu nie memang dah cair, apatah lagi lau dapat merasanya...Ramai benar bertanyakan resepi tiramisu nie...ala kacang aje sambil tidur pun boleh jadi tiramisu nie (itupun kalau ada oranglain tolong buatkan..memanglah boleh tido..hahaha).

Tiramisu versi 8 x 8 ditempah untuk harijadi 2 orang anak saudara yang berumur 1 tahun

Kenapa namanya Tiramisu tak pulak aku tau, rasanya sebab berasal dari Jepun atau Korea sebab bunyinya cam dari sana aje...Anyway aku akan cuba google untuk cari jawapan dan pasti akan kongsi dengan kengkawan nanti ok


Tiramisu versi cupcakes..Tempahan dari sahabat 

Aku dah cuba Tiramisu versi kek besar dan cupcakes.  Benornya ada tempahan dari adik aku untuk kek birthday anaknya yang ke setahun.  Cupcakes pulak ditempah oleh beberapa sahabat yang suka makan ala2 kek cawan gitu...sukahati koranglah hehehe janji bahagia.  Yang ada love tu anak aku yang letak, sukahati dia aje nambah-nambah...hemmmm

Tiramisu cupcake yang baru dikeluarkan untuk dinikmati oleh empunya diri..
Oklah jom semak resepinya yang aku dapat dari majalah, rakan2 blogger dan orang persendirian....apalagi aku olah sendiri gabungan resepi2 itu menjadi resepi aku sendiri(bab mengolah dan mengedit nie memang kegemaran aku heheh...)

BAHAN-BAHAN

Untuk kek coklat
250gm butter
250gm tepung**
1/2 sudu teh bikabonat**
1 sudu teh baking powder**
200gm gula castor
5 biji telor gred A
1 sudu k esen vanilla

Coklat paste
1 cawan air biasa
1/2 cawan susu segar/susu cair
1 cawan koko
1/2 cawan gula pasir

Bahan utama untuk membentuk Tiramisu
250gm cream cheese (aku guna Philadelpia...lau Tantura pun boleh)
200ml whipping cream
1/2 cawan gula castor
1 cawan air panas
1 sudu b nescafe/indocafe
Sedikit serbuk koko untuk hiasan

CARA-CARA MEMBUAT
  1. Buat coklat paste dulu. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk. Panaskan diatas api, tak perlu sampai mendidih cuma sebati aje.  Tutup api bila kesemua bahan dah bersatu. Ketepikan untuk disejukkan sedikit.
  2. Tepung + bikarbonat + baking powder(ayak bersama).  
  3. Pukul butter bersama gula castor sampai kembang, Masukkan telor satu persatu hingga adunan sebati. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan coklat paste..dimulakan dengan tepung dan diakhiri pun dengan tepung
  5. Griskan loyang 8 in dengan butter.  Masukkan adunan ke dalam loyang dan hentak-hentakkan 3 kali untuk membuang angin yang ada dalam adunan tadi.
  6. Jangan lupa panaskan oven dulu dengan suhu 175 C.  Masukkan adunan selama 45minit - 1 jam(bergantung pada jenis oven)
  7. Sejukkan kek atas rak kek. 
  8. Untuk cupcakes adunan perlu dikukus dan terus disenduk kedalam mangkuk(cam gambar kat atas). Kukus selama 20 minit.
Untuk membuat Tiramisu
  1. Cream cheese dipukul bersama Whipping cream dan gula castor hingga gebuss/fluffy
  2. Potong kek kepada dua bahagian begitu juga kek yang dikukus, dikeluarkan dari mangkuk dan dipotong dua
  3. Potongan kek yang pertama di sapukan dengan air nescafe/Indocafe pada keseluruhan layer pertama dan diikuti dengan Cream cheese.  Sapu hingga rata guna spatula.  Tutup dengan lapisan kek yang kedua
  4. Buat perkara yang sama dengan layer kek yang kedua.
  5. Sejukkan didalam peti ais semalaman.  Bila hendak dimakan taburkan serbuk koko diatasnya.  Baru lah cun ..X gitu?

TIRAMISU IDAMANKU ! >.<


Monday, 1 July 2013

TART KASTARD BUAH !

TART KASTARD BUAH YANG DIDATANGKAN DENGAN KOTAK HOMEMADE..CUN X?
Assalamualaikum...kabare...waras yo...ha3 itu ajelah yang aku tahu..lebih2 nanti pasti fail atau ke laut katabudak2 sekarang.  Apapun rugi x pandai berbahasa Jawa walau hakikatnya aku memang dilahirkan sebagai anak Jawa...

Dipersilakan dengan segala hormatnya produk terbaru dari dapur Leez's Homemade iaitu TART BUHA-BUAHAN atau FRUIT TARTS. Idea ini aku dapat dari blog Cik Mat Gebu sebab terliur tengok gebu2 tart buah dia.  Aku memang minat giler kat fruits tart ini.  Kata orang jatuh cinta pandang berkali2 bukan sekali aje tau.  Beberapa hari buat R&D. Kombinasi resepi internet, orang2 perseorangan dan ilham aku sendiri maka terciptalah tart buah yang tidak sebarapa nie...Insyallah dasri semasa ke semasa aku akan upgrade lagi. Sebagai permulaan tart ini telah dijual aka test rasa masa jualan pada hari sabtu hari tu.  Wow feedback memang marvellous sb diaorang kata macam kat kedai bakery....Alhamdulillah..

Walaubagaimanpun tart ini hanya akan dijual bermula dengan minima 25 pcs, 30pcs, 50 pcs ++ aje, almaklumlah lau seorg order hanya 10 biji sedangkan tenaga yang dicurah sama dengan membuat lebih dari 10 biji rasa macam tak seimbang pulak...faham-faham ajelah ye...Untuk harga sila lihat disini ya -->  HARGA

TART BUAH-BUAHAN..READY TO GO !
Semua produk tart Leez's Homemade didatangkan dengan kotak untuk kemudahan pelanggan-pelanggan membawa balik dan terus dihidangkan dimeja atau terus dimasukkan ke dalam peti ais(Insyallah tahan selama3,4 hari).

TART KASTARD BUAH-BUAHAN YANG MENGGIURKAN..

Mudah-mudahan pada hari raya nanti meja makan akan lebih meriah dan bervariasi dengan hidangan tart buah-buahan dan cheese tart pelbagai perisa....baru meriah..x gitu? Jom tempah sekarang bukan untuk hari raya aje tetapi untuk dinikmati ketika berbuka, moreh ataupun open house nanti. 


PETUA UNTUK HARI INI
Bulan puasa dah dekat dan tak lama lagi nak menyambut hari raya.  Apalagi surirumah pun pasti sibuk membersihkan balang-balang kuih yang boleh direcycle semula, jangan membazir tau.  Macamana erk...he3 oklah mula-mula basuh balang kuih dan keringkan. Masukkan kayu arang yang telah bersih dan kering ke dalam balang tersebut.  Tutup dan biarkan selama lebih kurang dua jam.  Selepas itu, buka tutup balang dan jika bau sudah hilang, barulah dibersihkan atau jika bau masih ada tutup balang dan biar arang didalamnya.


SELAMAT MENCUBA!!!   -Lebih banyak petua di PETUA -



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com