Tuesday 10 December 2013

RESIPI TRIFFLE.....PEBERET LEEZ NIE....

Assalamualaikum....dah lama x kongsi apa2 resepi..so arini dengan kerajinan yang diluar jangkaan, sementara menunggu kek span pandan membakar dirinya di oven, adalah masa sikit nak update entri yang dah lama tertangguh.  Rasanya gambo2 yg x bape cun ni dishot bulan 11 aritu...Pun bolehhhh kan dari xda...hahaha..

Ketika gambo ini diambil, Leez sedang menyiapkan contoh-contoh door gift untuk majlis perkahwinan sahabat...jadi sambil menyelam boleh minum air...jgn tersedak atau lemas sudah..erkkk...Ok kita lihat kawan-kawan yang terlibat dalam menjayakan resepi triffle ini.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
Sepotong dua kek Swiss Roll (Leez guna perasa strawberry...Leez buat sendiri tau)
Buah-buahan koktel atau guna buah-buah fresh pun boleh (strawberry,kiwi,peach,mangga dll)

BAHAN B
1 cawan   tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair (apa jenama pun boleh..Leez guna jenama 1 Malaysia)
1 tin air mineral (sukatan guna tin susu cair)

BAHAN C
10 gm agar-agar kristal segera perasa strawberry (Leez guna jenama Nona)
1.2 litre air

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1. POTONG KEK SWISS ROLL...ikut suka nak besar mana 
DAN MASUKKAN KE DALAM BEKAS.  JANGAN LUPA TUANGKAN SEDIKIT AIR BUAH-BUAHAN DIDALAM TIN, SEKADAR UNTUK DIBASAHKAN SEDIKIT.

2.  MASAKKAN BAHAN B
     MASUKKAN SEMUA BAHAN2 SERENTAK DAN KACAU HINGGA LIKAT DAN BERKILAT


3.  KEMUDIAN TUANGKAN KASTAD YANG TELAH DIMASAK KEATAS KEK SWISS ROLL TADI...RATAKAN










4.  SEDIAKAN BUAH-BUAHAN UNTUK DILETAKKAN DIATAS KASTAD NANTI












5.  MASUKKAN BUAH-BUAHAN DIATAS KASTAD













6.  LARUTKAN JELLY DIATAS API DAN TUANGKAN KE ATAS BUAH-BUAHAN











7.  TUANGKAN KEDALAM BEKAS, DIATAS BUAH-BUAHAN DAN SEJUKKAN DIDALAM PETI SEJUK SELAMA 1 JAM....SEDIA DIHIDANGKAN



SELAMAT MENCUBA....




















Monday 2 December 2013

BESORNYA KUASA ANAK-ANAK YANG BERCUTI SEKOLAH...MCM BOS AJE..MCM BOS AJE..

Assalamualaikum.... selamat pagi untuk semua...lamaaaaaaaaaaaa (nak bagi sungguh tau betapa lamanya x update blog)... nak kata sgt2 buzy x juga...ini penyakit 'M' dah melanda..he3.

Bulan 12, bulan Disember dah tiba...macam2 program ada kat bulan nie...

1.  BULAN ORANG BERTUNANG
2.  BULAN ORANG BERKAHWIN
3.  BULAN ORANG SUNATKAN ANAK
4.  BULAN UNTUK BUAT FAMILY DAY
5.  BULAN UNTUK BUAT ANNUAL DINNER COMPANY
6.  BULAN UNTUK BAWAK ANAK2 BERCUTI (KAN SEKARANG CUTI SEKOLAH)
7.  DALAM BANYAK2 KEISTIMEWAAN BULAN INI... YANG PALING MENAKUTKAN IALAH BULAN 12 NI MEMANG KERAP BANJIR SEBAB PADA BULAN NILAH BERLAKU MUSIM TENGKUJUH....YALAH KAT NEGARA BARAT MUSIM SALJI, BILA SAMPAI MALAYSIA SALJI CAIR MAKA JADILAH HUJAN....HA3 YELAH TU...

Kenapa semua mengejar bulan 12 atau bulan Disember ini....jawapannya ialah masa inilah musim cuti sekolah dimana anak2 dari peringkat pra sekolah hingga Menara Gading kebanyakkannya sedang bercuti.  Jadi ini menunjukkan apa-apa program yang ibu bapa malah saudara mara kita di Malaysia ini nak rancang mestilah kena tanya dengan anak-anak..

"Bila cuti sekolah ni kakak?" tanya si bapa..."hujung bulan 11 ayah" jawab si anak..."Oklah nanti ayah plan cuti ini kita jalan2 ke Melaka"balas si bapa...di pejabat para ibu bapa yang berkerja mula memohon cuti dari majikan masing2...kadang2 sampai berebut-rebut cuti, bertengkar sesama mereka..hai macam2.
Nampak tak betapa besarnya kuasa anak-anak yang masih belajar ini...mereka ini macam bos tau..Mereka inilah yang menentukan program2 diatas boleh dilakukan atau tidak..Pernah x kawan2 terfikir tentang perkara ini?... Hemmm

Sebenarnya sejak dari dahulu lagi cuti persekolahan menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang dalam melaksanakan apa jua progam mereka.  Betul x? Contohnya majlis perkahwinan yang hendak diadakan biasanya soalan pertama yang ditanya ialah Bila erk cuti sekolah? walaupun segelintir masyarakat sekarang mengadakan majlis perkahwinan bukan pada hari cuti sekolah panjang tetapi mereka tetap memilih untuk mengadakannya pada cuti sekolah hujung minggu...Kenapa erk? sebab masa tulah kaum ibu bercuti dari menguruskan anak2 yang bersekolah.  Kaum ibulah tunggak kepada sesuatu majlis perkahwinan..Mereka akan me'rewang' bersama-sama.  Bayangkan kalau ianya dilakukan ketika bukan cuti sekolah, para ibu akan terkejar2 untuk menguruskan anak dan juga membantu menguruskan majlis perkahwinan.  Silap hari bulan terus tak datang pada masa rewang tu, tak pening tuan rumah nak buat semuanya sendiri lebih-lebih lagi jika dia sendiri pun kena uruskan anak sekolah...haiiiii....
Anak2 yang hendak bersunat pulak, takkanlah nak buat masa hari persekolahan...gamaknya cuti mc lah mereka ni....
Nampak x permainan budak2 ni he3....

Bagi mereka yang ingin mengadakan hari keluarga pulak....dah tentu2 namanya hari keluarga mestilah termasuk anak2 kan.  Sekali lagi anak2 ini mempunyai kuasa veto untuk menentukan bila majlis itu boleh diadakan atau bolehkah majlis itu diadakan.

Bagi ibu bapa yang bekerja dan tidak dapat cuti, bagaimana cara untuk mengisi masa sengang anak2 yang tidak bersekolah ni...salah satunya ialah menghantar ke kem2 cuti sekolah yang melambak2 sekarang nie.  Pilih aje apa2 kem yang ada diMalaysia ini ada kem belajar ilmu agama, kem motivasi, kem memantapkan ilmu akademik malah kem untuk anak2 belajar ilmu kemahiran hidup juga ada seperti memasak, mengemas rumah dan lain-lain. Kalau waktu persekolahan mana boleh lakukan semua itu...Para ibu bapa yang nak malas nak dengar anak2 bergaduh sesama mereka, alasan atok dan nenek rindu kat kampung dijadikan asas untuk mereka menghantar anak2 ke kampung, kononnya untuk bermesra dengan atok dan nenek serta belajar merasa suasana kampung.  Sebenarnya ibubapa malas nak melayan anak2 mereka kerana bila anak2 bercuti maka terbatas segala aktiviti ibu bapa...macam ni pun ado...Yang tensen dan terjebak atok n nenek kat kampunglah...Cian cian cian...

Paling sedih sekali dalam bulan 12 nie kerap kita dengar anak2 mati lemas akibat mandi laut, sungai , kolam renang malah parit yang kecil tu pun ada.  Ini semua berpunca dari kekerapan hujan yang berlaku pada musim tengkujuh ini...disana sini banjir melanda.  Ibu bapa yang lalai menjaga anak2 atau kedegilan anak2 tidak mendengar kata nasihat selalunya menjadi penyebab berlakunya kejadian ini.
Banjir juga menyebabkan perancangan cuti tergendala kerana ada keluarga yang terpaksa pindah ketempat pemindahan banjir akibat rumah dan kawasan kejiranan dilanda banjir teruk...dimana biasanya mereka akan ditempatkan kalau bukan di sekolah2, balairaya dan sebagainya. Persoalannya sekarang kalau tak cuti sekolah mana mungkin mangsa2 ini diletakkan disekolah. Ada kemudahan tempat tinggal, bilik air, surau malah kantin untuk makan.

Kesimpulannya walau apa sahaja program yang perlu dan akan dirancang oleh masyarakat Malaysia khasnya malah masyarakat dunia amnya....pasti akan melihat pada waktu dan bulan bila cuti persekolah anak2 sebelum merancang apa2 aktiviti mereka...Besarnya kuasa cuti perskolahan anak2 ini.

Dan yang pasti yang paling2 berkuasa melaksanakan cuti ini ialah Kementerian Pendidikan dan konco2nya. Terima kasih Pak TPM merangkap Menteri Pendidikan kerana melaksanakan cuti2 persekolahan anak2 ini. Tanpa kemudahan ini anak2 kita tak mungkin ada kuasa 'Veto' untuk segala2 yang aku kongsikan diatas..

Wassalam


PETUA UNTUK HARI INI
Petua untuk menghilangkan batuk...

PETUA 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan air suam.

PETUA 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.

PETUA 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.

PETUA 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.

PETUA 5
Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.

SELAMAT MENCUBA!!!         -Lebih banyak petua di PETUA -



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved norlizasarno70.blogspot.com